web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MACC AR Inisiatif Mendidik Pelajar Perangi Rasuah

Inisiatif cetusan idea Tan Sri Azam Baki boleh dimuat turun melalui platform GAMMA, Google Play (Android), App Store (iOS) dan AppGallery (Huawei).

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 12:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendidikan mengenai gejala rasuah adalah usaha berterusan yang perlu menjadi keutamaan dalam menangani jenayah kolar putih berkenaan daripada berlarutan dalam masyarakat.

Biarpun usaha sudah banyak dijalankan pelbagai agensi terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk melalui ceramah kesedaran, siaran radio dan pameran, ia tidak sekadar terhenti pada kaedah konvensional semata-mata.

Pelancaran MACC AR pada Jumaat lalu. - gambar SPRM
Pelancaran MACC AR pada Jumaat lalu. - gambar SPRM

Menyedari keperluan untuk menjadikan pendidikan antirasuah lebih menarik, SPRM kini menggunakan kaedah permainan digital.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, ia seiring dengan peredaran teknologi lantas satu permainan digital mudah alih pendidikan antirasuah “Malaysian Anti-Corruption Commission Augmented Reality (MACC AR)” dibangunkan.

Permainan digital itu dilancarkan pada Jumaat lalu, sempena dengan Karnival Bahasa Melayu anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan suruhanjaya itu.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong ketika melancarkan MACC AR, berkata, inisiatif tersebut adalah cetusan idea Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sendiri dalam usaha mendekati murid-murid sekolah agar cakna mengenai peranan SPRM dan bahaya jenayah rasuah dalam kehidupan.

Jelas beliau, MACC AR dibangunkan sebagai antara Bahan Bantu Mengajar yang secara tidak langsung menepati fungsi suruhanjaya itu untuk mendidik orang ramai supaya menentang rasuah dan mendapatkan serta memelihara sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah.

Katanya, teknologi Augmented Reality atau AR adalah teknologi terkini yang membolehkan kandungan seperti model 3D, animasi, video, imej dan lain-lain dipaparkan sebagai visual alam sebenar melalui penggunaan peranti pintar seperti telefon mudah alih, tablet atau kaca mata pintar.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong ketika melancarkan MACC AR. - gambar SPRM
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong ketika melancarkan MACC AR. - gambar SPRM

Dengan itu, ia memudahkan pemahaman pelajar terhadap mesej antirasuah walau di mana pun mereka berada.

Malah, penggunaan teknologi itu adalah antara tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang membolehkan kandungan disalurkan kepada pengguna dengan efektif serta menarik minat mereka melalui audio dan visual yang menarik.

Orang ramai yang berhasrat untuk bermain MACC AR boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi itu melalui platform GAMMA, Google Play (Android), App Store (iOS) dan AppGallery (Huawei). – Getaran, 12 November 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia