web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi Al-Inarah, Ruang Soal Jawab Kemusykilan Agama Pertama Di Malaysia

Platform ini dikendalikan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Mufti Wilayah Persekutuan.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 4:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Soal jawab mengenai kemusykilan berkaitan agama adalah antara kaedah penting bagi orang ramai termasuk masyarakat bukan Islam memahami mengenai Islam.

Ia berikutan sesuatu persoalan dan kemusykilan perlu ditanyakan kepada mereka berilmu dan pakar bagi memperoleh jawapan sahih.

Menyedari keperluan itu, satu aplikasi untuk soal jawab mengenai ajaran dan fahaman Islam dibangunkan bagi memudahkan orang awam.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi ciapan di aplikasi X, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan beliau memperkenalkan satu aplikasi pintar pertama Malaysia dikenali sebagai Al-Inarah.

“Segala puji bagi Allah SWT yang mempermudahkan urusan pembinaan aplikasi peranti pintar Al-Inarah.

“Al-Inarah merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan,” ciapannya di X.

Aplikasi itu menghimpunkan lebih 4,000 artikel kemusykilan agama, meliputi 75 kategori dan akan dikemaskini setiap hari.

Buat masa ini, Al-Inarah boleh dimuat turun oleh pengguna sistem operasi Android dan pihaknya sedang mengusahakan agar aplikasi itu boleh dimanfaatkan oleh pengguna sistem operasi iOS dalam masa terdekat.

Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi sebarang cadangan bagi penambahbaikan aplikasi Al-Inarah ini. – Getaran, 10 November 2023

Sumber: X @drzul_albakri

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia