web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warna 'Gempak', Rekaan Padu, Playstation 5 Edisi Marvel’s Spider-Man 2 Bakal Tawan Hati Peminat

Syarikat permainan video Insomniac Games telah mengumumkan bahawa konsol tersebut semasa acara konvensyen Comic-con di San Diego

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:00AM

PS5 bakal mengeluarkan konsol terbaharu keluaran edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 - gambar Marvel.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan salah satu adiwira daripada komik Marvel iaitu Spiderman? Jika diteliti kembali, pelbagai versi Spiderman yang ditonjolkan menerusi filem telah diterjemahkan dalam bentuk permainan video.

Konsol terbaharu ini menampilkan merah dan hitam sebagai simbolik kepada warna tema adiwira tersebut - gambar Marvel.com
Konsol terbaharu ini menampilkan merah dan hitam sebagai simbolik kepada warna tema adiwira tersebut - gambar Marvel.com

Baru-baru ini, syarikat permainan video Insomniac Games telah mengumumkan bahawa Playstation 5 (PS5) bakal mengeluarkan konsol terbaharu keluaran edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2. Pengumuman tersebut dibuat semasa acara konvensyen  Comic-con, San Diego dan ini merupakan edisi pertama yang direka khas serta bakal menjadi tumpuan peminat-peminat superhero tersebut.

Sebelum ini, rekaan konsol Playstation edisi Spiderman hanya pernah dikeluarkan untuk Playstation 4 dengan menggunakan warna merah penuh berserta lambang labah-labah sahaja. Rekaan konsol kali ini menampilkan campuran merah dan hitam sebagai simbolik kepada warna tema edisi khas tersebut.

Edisi khas ini bagaimanapun masih mengekalkan  lambang rasmi Spiderman iaitu labah-labah berwarna putih. Bezanya, logo tersebut berada di bahagian depan dan belakang konsol. 

 pemilihan warna baharu PS 5 I I turut dipraktikkan kepada alat kawalan tanpa wayar DualSense - gambar Marvel.com
pemilihan warna baharu PS 5 I I turut dipraktikkan kepada alat kawalan tanpa wayar DualSense - gambar Marvel.com

Rekaan warna tersebut turut dipraktikkan kepada alat kawalan tanpa wayar DualSense, agar sepadan dengan set edisi khas ini. Ia akan ditawarkan dalam satu berkas yang disertakan bersama kod Standard Edition untuk Marvel’s Spider-Man 2. 

Menariknya, jika anda sudah memiliki PS5  berminat untuk mendapatkan versi ini, usah khuatir. Setiap rekaan ini menawarkan set berasingan, jadi pemilik PS5 yang lain boleh mendapat sarung PlayStation 5 dan juga DualSense Marvel’s Spider-Man 2. Barulah anda boleh beraksi di rumah sambil bergaya bersama rakan-rakan.

Imsomniac Games turut  berkongsi treler penceritaan untuk permainan tersebut menerusi saluran Youtube Playstation. Treler itu memperlihatkan Harry Osborn yang sudah berada bahagian akhir permainan untuk set pertama. 

Harry kelihatan kelihatan seperti dalam kesakitan dan memerlukan rawatan segera yang mungkin diakibatkan oleh  jangkitan simbiote (spesies luar angkasa yang masuk ke dalam tubuh manusia untuk mendapat kekuatan dan kuasa) sebelum ia berpindah kepada Peter Parker.

Bekas yang akan akan disertakan bersama kod Standard Edition untuk Marvel’s Spider-Man 2  - gambar Marvel.com
Bekas yang akan akan disertakan bersama kod Standard Edition untuk Marvel’s Spider-Man 2  - gambar Marvel.com

Melalui penulisan di PlayStation Blog, Insomniac Games juga mengatakan yang permainan kali ini menyentuh kesukaran untuk dua watak Spider-Man iaitu Peter Parker dan Miles Morales sebagai ‘adiwira’ dan juga manusia biasa.

Sesi pra-tempahan PlayStation 5 Marvel’s Spider-Man 2 akan bermula pada 28 Julai ini . Bagaimanapun mereka masih lagi tidak  mendedahkan harga jualan yang sebenar. Bekas PS5 Marvel’s Spider-Man 2 akan tiba pada 15 September di Malaysia, manakala sarung PlayStation 5 dan juga DualSense pula akan tiba pada 1 September. - Getaran, 1 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan