web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


G-Shock Terbaharu Memiliki Teknologi Pemantauan Kadar Degupan Jantung

Casio Malaysia telah melancarkan koleksi jam tangan baharu G-Shock dibawah keluarga G-SQUAD, iaitu G-Shock DW-H5600 dilengkapi dengan terknologi penderia optik dan accelerometer.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 6:26PM

Koleksi jam tangan baharu G-Shock di bawah keluarga G-SQUAD, iaitu G-Shock DW-H5600 telah dilancarkan baru-baru ini. - Gambar Casio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat pelbagai edisi atau varian khas dikeluarkan terhadap sebuah jam tangan berjenama G-Shock. Sinonim dengan ciri-ciri jam yang lasak, kini jam G-Shock memiliki jumlah peminat dan pemakai yang agak tinggi tidak kira tua atau muda.

Baru-baru ini, Casio Malaysia telah melancarkan koleksi jam tangan baharu G-Shock di bawah keluarga G-SQUAD, iaitu G-Shock DW-H5600. Model pada kali ini dikatakan sangat mantap.

Ini kerana ia dilengkapi dengan teknologi penderia optik dan accelerometer yang berfungsi untuk memantau kadar degupan jantung, membaca  kandungan oksigen dalam darah, jumlah jarak larian dan kalori yang telah dibakar ketika bersukan. 

Wah! Pasti ramai penggemar jam tangan G-Shock akan memburu model ini.

Ini kerana ia dilengkapi dengan teknologi penderia optik dan accelerometer yang berfungsi untuk memantau kadar degupan jantung, membaca  kandungan oksigen dalam darah, jumlah jarak larian dan kalori yang telah dibakar ketika bersukan. 
Ini kerana ia dilengkapi dengan teknologi penderia optik dan accelerometer yang berfungsi untuk memantau kadar degupan jantung, membaca  kandungan oksigen dalam darah, jumlah jarak larian dan kalori yang telah dibakar ketika bersukan. 

Selain itu, ia menggunakan sistem algoritma Polar Electro Oy yang mampu memberikan analisis terhadap latihan dan corak tidur pemakai berdasarkan data yang diperoleh. 

Ini bagi membantu anda untuk memantau penggunaan tenaga atau pergerakan terhadap rutin seharian anda.

Model ini juga turut mengekalkan elemen kalis hentakan seperti model G-Shock yang lain dan mampu bertahan di bawah permukaan air sedalam 200 meter.

Jam ini menggunakan sistem algoritma Polar Electro Oy yang mampu memberikan analisis terhadap latihan dan corak tidur pemakai berdasarkan data yang diperoleh. 
Jam ini menggunakan sistem algoritma Polar Electro Oy yang mampu memberikan analisis terhadap latihan dan corak tidur pemakai berdasarkan data yang diperoleh. 

Selain  itu, DW-H5600 turut mempraktikkan sistem pengecasan solar, Malah ia boleh dicas dengan menggunakan sistem pengecasan khas (USB-A) yang disertakan di dalam kotak. Canggih dan mantap, itulah yang boleh digambarkan terhadap model G-Shock terbaharu ini. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, terdapat lima varian model DW-H5600 ditawarkan iaitu DW-H5600-1DR (RM1,345), DW-H5600-2DR (RM1,345), DW-5600MB-1DR (RM1,395), DW-H5600MB-2DR (RM1,395), DW-H5600EX-1DR (RM1,995). - Getaran, 6 Jun 2023 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia