web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bintang Dolla Makin Menyerlah Dengan Samsung Galaxy A Series

Samsung kuasakan minat dan kreativiti untuk seni dan muzik ‘A Rising Star’ Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni dan muzik adalah teras dalam budaya belia kita dan memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan kemahiran sosial mereka. 

Seraya itu, Samsung Malaysia bersama Universal Music Malaysia dan REX KL menyahut cabaran ini dengan melancarkan kempen ‘A Rising Star’.

Kempen ini dijalankan bagi memberi inspirasi dan menyatukan anak muda dengan menyediakan platform untuk mereka menikmati seni dan muzik menerusi ciri-ciri unik siri Galaxy A terbaharu.

Sebagai peneraju teknologi telefon pintar, ‘A Rising Star’ membolehkan belia mengekspresikan diri mereka dalam bentuk yang lebih kreatif melalui Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72. 

Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk membawa anak-anak muda bersatu melalui minat yang dikongsi bersama, malah memberi penghargaan kepada seni dan muzik tempatan. 

Anak muda hari ini mempengaruhi budaya pop dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka. Minat dan semangat mereka tidak pernah berhenti untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. 

Cabaran TikTok Dolla

Usaha kreatif ini diteruskan lagi dengan menyokong industri muzik tempatan dengan pelancaran muzik video Raya Raya Raya oleh Dolla!

Ia menyentuh perbezaan antara cara tradisional dan moden dalam menyambut Hari Raya. Kepesatan inovasi teknologi telah membentuk cara baharu bagaimana hari penting ini diraikan. 

Terutamanya, media sosial yang begitu ketara dalam mempengaruhi interaksi dan perhubungan sosial antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dalam golongan milenial.

Bersempena semangat ‘norma baharu’ teknologi ini juga, Samsung dan Universal melancarkan Cabaran TikTok Dolla! 

Bagi menyertai, anda hanya perlu menari dengan iringan lagu ‘Raya Raya Raya’ oleh Dolla dan berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa sembilan unit Samsung Galaxy A32!

“Ini adalah pencapaian penting buat Dolla kerana terpilih sebagai bintang baharu yang semakin meningkat naik (a rising star) oleh Samsung.”

“Ia selaras dengan tujuan luar biasa mereka untuk menyokong anak muda, seni dan muzik di Malaysia,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Layari 'Cabaran TikTok Dolla' untuk maklumat lanjut. – Getaran, 12 Mei 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Muzik 18 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

3

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Jom Bawa Keluarga Sertai MPO Terokai Pengembaraan Muzik Yang Luar Biasa Pada 23 Mei

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi