web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Meta Lancar Akademi Pempengaruh Media Sosial Di Malaysia

Acara itu mengumpulkan sebanyak 120 pencipta kandungan berpengalaman yang mewakili pelbagai genre termasuk makanan, fesyen dan gaya hidup, muzik serta format baharu muncul seperti realiti tambahan (AR) dan koleksi digital.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 8:00AM

Menurut kajian Meta, Malaysia adalah antara pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara iaitu 99 peratus dan mempunyai bilangan pencipta kandungan terbesar di rantau ini iaitu sebanyak 17 peratus - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meta, sebelum ini dikenali sebagai Facebook Inc telah melancarkan ‘The Meta Creator Academy di Malaysia’ (Akademi Pempengaruh Sosial Meta) yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyediakan latihan dan sokongan percuma untuk pencipta kandungan (content creator) yang bercita-cita tinggi.

Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan berkata akademi itu akan memberi peluang kepada pencipta kandungan untuk belajar daripada rakan setara yang sudah berjaya di Malaysia.

“Kami telah mendengar daripada beberapa pencipta kandungan bahawa mereka mahu dihubungkan dengan lebih banyak peralatan dan kemahiran.

“Menerusi akademi ini, pencipta kandungan boleh membuat rangkaian dan mempelajari amalan terbaik mengenai cara menggunakan alat dan produk pencipta kandungan Facebook dan Instagram untuk menambah penonton dan pengikut, menyampaikan cerita dengan lebih baik dan membina jenama mereka sendiri serata menjadi sebahagian daripada ekonomi yang semakin berkembang pesat,” katanya pada pelancaran akademi tersebut di sini semalam.

Acara itu mengumpulkan sebanyak 120 pencipta kandungan berpengalaman yang mewakili pelbagai genre termasuk makanan, fesyen dan gaya hidup, muzik serta format baharu muncul seperti realiti tambahan (AR) dan koleksi digital.

Tan berkata menurut kajian Meta, Malaysia adalah antara pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara iaitu 99 peratus dan mempunyai bilangan pencipta kandungan terbesar di rantau ini iaitu sebanyak 17 peratus.

Sementara itu, Pengarah Dasar Awam Instagram, Asia Pasifik (APAC) di Meta, Philip Chua berkata akademi itu bukan sahaja akan menyediakan pelbagai peluang kepada pencipta kandungan bekerjasama dengan jenama terkenal di Malaysia tetapi juga membolehkan peminat (pengikut) mereka membeli perkhidmatan atau item, melanggan atau memberi ganjaran kepada pencipta kandungan yang mereka sukai dari seluruh dunia.

“Jika anda pergi ke akaun pencipta kandungan iklan kami di Instagram atau creators.instagram.com, anda akan menemui amalan, nasihat dan maklumat terbaik yang datang bukan sahaja daripada sudut pandangan kami tetapi juga orang yang bekerja di Instagram dan Facebook.

"Kami sangat teruja untuk mengumpulkan lebih banyak cerita dari Malaysia serta mempamerkan budaya Malaysia kepada seluruh dunia dan sebaliknya," kata Chua.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan Digital MDEC Raymond Siva berkata akademi itu akan menyokong pencipta kandungan Malaysia terutamanya golongan “Generasi Z” atau “Gen-Z” (mereka yang lahir antara tahun pertengahan 1990-an sehingga awal tahun 2000-an) dengan cara yang formal atau tersusun mengenai cara mereka boleh menyampaikan kandungan mereka di media sosial.

Beliau berkata setakat tahun lepas, ekonomi digital menyumbang 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka menyumbang 25.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025 di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

“Ini didorong oleh e-dagang yang menjual secara ‘live’ (secara langsung) dengan pesat sejak dua tahun lalu dan kini kita melihat ekonomi pencipta kandungan menggunakan kaedah berkenaan dan dipengaruhi olehnya dalam urus niaga perdagangan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun 2021, ekonomi digital menyumbang sebanyak RM2 bilion kepada KDNK yang dipercepatkan oleh perkongsian kandungan dalam talian yang pantas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan