web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Cara Baharu Untuk Menikmati Status WhatsApp, Pasti Membuatkan Anda Teruja 

Kini aplikasi yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia ini telah  menambah satu set ciri baharu pada status di WhatsApp yang memudahkan anda menyatakan diri anda dan berhubung dengan orang lain.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 6:14PM

Kemas kini status di WhatsApp ini telah dilancarkan kepada pengguna. - Gambar ihsan PR 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Status ialah cara popular untuk berkongsi kemas kini dalam tempoh singkat dengan rakan dan kenalan rapat di WhatsApp. Status akan hilang dalam masa 24 jam dan mungkin termasuk foto, video, GIF, teks dan banyak lagi. 

Sama seperti sembang dan panggilan peribadi anda, status WhatsApp anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya anda boleh berkongsi secara peribadi dan selamat.

Kini aplikasi yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia ini telah menambah satu set ciri baharu pada status di WhatsApp yang memudahkan anda menyatakan diri anda dan berhubung dengan orang lain.

Pemilih Penonton Peribadi

Setiap status yang anda kongsi mungkin tidak selalunya sesuai untuk semua kenalan anda. Ciri baharu WhatsApp memberi anda fleksibiliti untuk mengemas kini tetapan privasi bagi setiap status supaya anda boleh memilih orang yang boleh melihat status anda setiap kali anda membuat kemas kini. Pemilihan penonton terkini anda akan disimpan dan digunakan sebagai lalai untuk status anda yang seterusnya.

Status Suara

Ciri baharu ini juga turut memperkenalkan keupayaan untuk merakam dan berkongsi mesej suara hingga 30 saat pada status WhatsApp. Status suara boleh digunakan untuk menghantar lebih banyak kemas kini peribadi, terutamanya jika anda berasa lebih selesa menyatakan diri anda dengan bercakap daripada menaip.

Reaksi Status

WhatsApp juga menambah reaksi status bagi menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk membalas kemas kini status daripada rakan dan kenalan rapat anda. Ini ialah ciri #1 yang dikehendaki pengguna berikutan pelancaran Reaksi pada tahun lepas. 

Kini anda boleh membalas sebarang status dengan cepat dengan meleret ke atas dan mengetik pada satu daripada lapan emoji. Anda sudah tentu masih boleh membalas status dengan teks, mesej suara, pelekat dan banyak lagi.

Gelang Profil Status untuk Kemas Kini Baharu

Dengan gelang profil status baharu, anda tidak akan terlepas status daripada orang tersayang. Gelang ini akan muncul di sekeliling gambar profil kenalan anda apabila mereka berkongsi kemas kini status. Gelang akan kelihatan dalam senarai sembang, senarai peserta kumpulan dan maklumat hubungan.

Pratonton Pautan pada Status

Kini apabila anda menyiarkan pautan pada status anda, anda akan melihat pratonton visual kandungan pautan secara automatik, sama seperti semasa anda menghantar mesej.

Pratonton visual menjadikan status anda kelihatan lebih baik dan memberikan gambaran yang lebih baik tentang pautan itu kepada kenalan anda sebelum mereka mengklik.

Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

Kami berharap orang ramai akan menikmati ciri status baharu ini tidak lama lagi.  – Getaran, 8 Februari 2023 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden