web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Twitter Bentuk Majlis Moderasi Kandungan, Tiada Keputusan Utama Sebelum Majlis Itu Bersidang - Musk

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 3:29PM

Elon Musk - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Syarikat media sosial Twitter akan membentuk majlis khas moderasi bagi platform itu sebagai sebahagian daripada langkah penambahbaikan yang diambil oleh pembeli jutawan Elon Musk.

Usahawan teknologi itu pada Jumaat bagaimanapun berkata tiada sebarang keputusan mengenai kandungan atau pengembalian semula akaun sehingga majlis itu bersidang.

"Twitter akan membentuk majlis moderasi kandungan dengan sudut pandangan yang pelbagai," Sputnik memetik Musk sebagai berkata melalui media sosial.

Pada Khamis, Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan Twitter berjumlah AS$44 bilion selepas rundingan bermula pada April. Pemerolehan itu bagaimanapun tertangguh setelah Musk bimbang mengenai jumlah akaun palsu di platform itu.

Musk berikrar untuk meningkatkan perlindungan untuk kebebasan bersuara di Twitter sebagai sebahagian daripada pemerolehan platform itu. Awal tahun ini Musk berkata beliau bersedia untuk membatalkan larangan Twitter terhadap bekas Presiden AS Donald Trump, yang dikuatkuasakan berikutan rusuhan 6 Jan 2021 di Capitol AS.

Kenyataan baharu Musk mencadangkan pengembalian semula mungkin merupakan keputusan yang dibuat oleh majlis moderator kandungan.

Bagaimanapun, pada Jumaat, Trump dilaporkan berkata beliau akan kekal di platformnya sendiri, Truth Social, namun mengucapkan selamat maju jaya kepada Musk dengan pemerolehan Twitternya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

2

TARA 2 tahun yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

4

TARA 2 tahun yang lalu

10 Perkara Mengenai Aplikasi X Yang Anda Perlu Tahu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN