Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Sebab Cat Kereta Mewah Mahal Dan Kelihatan Cantik

Warna cat yang ada pada kereta mewah pastinya mempunyai kualiti yang tinggi dan terdapat tiga jenis pigmen warna utama yang menjadi pilihan pelanggan.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 5:49PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenderaan mewah seperti Ferrari, Roll Royce dan seumpamanya dicipta dengan rekaan serta warna yang khusus serta istimewa.

Bukan itu sahaja, setiap komponen luaran dan dalamannya juga mempunyai nilai, trademark dan keterampilan yang tersendiri.

Proses mengecat kenderaan mewah pastinya menelan kos yang tinggi. - Gambar hiasan dari pexels
Proses mengecat kenderaan mewah pastinya menelan kos yang tinggi. - Gambar hiasan dari pexels

Begitupun, kerja-kerja pengubahsuaian kenderaan mengambil masa tertentu mengikut kehendak pelanggan dan kos yang dikenakan pula agak tinggi. 

Ini termasuk cat yang digunakan pada kenderaan tersebut.

Namun ada segelintir pemilik kereta mewah yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit demi mendapatkan warna yang diidamkan. 

Persoalannya mengapakah kos mengecat kereta mewah ini begitu mahal? 

Ketahui empat sebab-sebab utamanya. 

Pastikan pemilihan cat yang tepat bagi bagi mengelakkan kereta tersebut menggunakan kualiti gred yang rendah. - Gambar hiasan dari Pexels
Pastikan pemilihan cat yang tepat bagi bagi mengelakkan kereta tersebut menggunakan kualiti gred yang rendah. - Gambar hiasan dari Pexels


 

Warna Cat

Warna eksklusif dan gred cat pada sesuatu kereta mewah adalah faktor utama yang menjadikan harganya mahal dan premium.

Jika warna tersebut jarang ditemui, maka nilainya akan menjadi lebih tinggi.

Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan untuk mengenal pasti terlebih dahulu warna yang dipilih sebelum mengecat kenderaan mereka bagi mengelakkan cat yang digunakan berkualiti rendah. 

Ini kerana cat gred A memberikan pengekalan warna yang lebih lama dan tidak mudah pudar. Jadi tidak hairanlah jika kereta mewah sentiasa nampak lebih mantap dan elegan, tidak kira pada waktu siang atau malam. 

Terdapat sekurang-kurangnya 3 lapisan warna akan disemburkan pada bahagian badan kereta bagi mendapatkan salutan warna yang sekata. - Gambar hiasan dari foc4u.com
Terdapat sekurang-kurangnya 3 lapisan warna akan disemburkan pada bahagian badan kereta bagi mendapatkan salutan warna yang sekata. - Gambar hiasan dari foc4u.com

Lapisan Salutan

Semburan lapisan cat untuk kereta mewah adalah berbeza dengan kenderaan biasa kerana ia memerlukan peralatan khas bagi mengekalkan kualiti setiap salutan permukaan yang diwarnakan. 

Sekurang-kurangnya tiga lapisan warna akan disemburkan pada bahagian badan kereta bagi mendapatkan salutan warna yang sekata. 

Kebiasaannya, terdapat tiga jenis pigmen warna utama yang menjadi pilihan iaitu warna logam (metallic) yang memiliki campuran elemen serbuk aluminium untuk memberikan kilauan cahaya pada permukaan kereta.

Pilihan warna kedua ialah mutiara (pearlescent) yang mengandungi kandungan kristal seramik. Ia berfungsi untuk menimbulkan warna campuran kedua mengikut keadaan cuaca dan merupakan cat yang paling mahal.

Ketiga ialah warna matte. Ia memaparkan warna kemas namun tidak berkilat dan tidak praktikal untuk membuat salutan warna jernih pada badan kenderaan.

Kemahiran pekerja juga memainkan peranan dalam penetapan kos mengecat kenderaan mewah. - Gambar hiasan dari Unsplash
Kemahiran pekerja juga memainkan peranan dalam penetapan kos mengecat kenderaan mewah. - Gambar hiasan dari Unsplash

Kemahiran Tenaga Kerja

Kemahiran tenaga kerja terutama ketika mengendalikan mesin khas pengecat kenderaan turut menyumbang kepada kos mengecat kenderaan. 

Teknologi yang ada pada mesin tersebut mempunyai fungsi yang khusus dan harganya mempu mencecah RM30,000 seunit bergantung kepada saiz dan kegunaannya.

Pengendalinya perlu mahir mengendalikannya terutama semasa proses pengeringan dan bijak memilih warna yang tepat. 

Ini bagi memastikan cat tersebut tidak mudah rosak serta sentiasa menyerlah.

Pastikan kenderaan yang dicat mempunyai tempoh jaminan bagi membolehkan kenderaan dicat semula sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penggunaan cat terbabit. - Gambar hiasan dari Pexels
Pastikan kenderaan yang dicat mempunyai tempoh jaminan bagi membolehkan kenderaan dicat semula sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penggunaan cat terbabit. - Gambar hiasan dari Pexels

Tempoh Jaminan

Kebanyakan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti pasti mempunyai tempoh jaminan.

Ini termasuk cat pada kereta mewah dan biasanya tempoh jaminan adalah antara dua hingga lapan tahun. Ia bagi memastikan tiada apa-apa masalah berlaku selepas kenderaan terbabit selesai dicat. 

Lazimnya, harga yang ditawarkan disertakan dengan tempoh jaminan.

Ia bertujuan memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa cat yang digunakan adalah berkualiti dan memuaskan hati mereka.

Sepanjang tempoh jaminan berkenaan, pemilik kenderaan mewah juga boleh menghantar kenderaan mereka untuk dicat semula jika warna cat menjadi pudar atau warna cat bertukar kesan campuran sukatan warna yang salah. 

Tiada sebarang bayaran dikenakan dalam tempoh jaminan ini namun jika berlaku masalah pada cat berkenaan disebabkan kecuaian pemilik, maka kerosakan itu tidak akan ditanggung. - Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi