web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Capaian Internet Lemah Di Rumah Disebabkan Masalah Set-Up: TM

'Set-up' itu sama ada berhubung kait dengan lokasi alatan jalur lebar di rumah atau terdapat zon mati (deadzones) Wi-Fi kerana susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke Wi-Fi.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 1:25PM

Masalah capaian Internet lemah yang seringkali dialami pelanggan Unifi berkemungkinan besar tiada kaitan dengan kualiti rangkaian Wi-Fi yang disediakan - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masalah capaian Internet lemah yang seringkali dialami pelanggan Unifi berkemungkinan besar tiada kaitan dengan kualiti rangkaian Wi-Fi yang disediakan, sebaliknya disebabkan oleh set-up perkhidmatan itu di rumah, kata Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM) Lolita Mohamed Suffian.

Beliau berkata set-up itu sama ada berhubung kait dengan lokasi alatan jalur lebar di rumah atau terdapat zon mati (deadzones) Wi-Fi kerana susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke Wi-Fi.

Katanya dengan bilangan pengguna Unifi meningkat sebanyak 22 peratus kepada 2.85 juta orang setakat Jun lepas sejak pandemik COVID-19 melanda, TM memahami keperluan masyarakat menggunakan Internet bagi melaksanakan kelas dalam talian dan bekerja dari rumah.

Malah menurut beliau, trend penggunaan Internet untuk penstriman video dan pelayaran web juga meningkat kerana memerlukan liputan Wi-Fi yang stabil dan konsisten.

Lolita Mohamed Suffian - Gambar Bernama
Lolita Mohamed Suffian - Gambar Bernama

“Oleh itu, untuk meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi di rumah, beberapa langkah perlu diambil oleh pelanggan termasuk memindahkan penghala ke bahagian rumah yang kebanyakan masa diluangkan. Contohnya jika anda sering berada di ruang tamu, letakkan penghala di sana.

“Selain itu, pastikan penghala tidak berada dalam ruangan tertutup atau berhampiran dengan permukaan reflektif atau logam untuk mengoptimumkan sambungan Wi-Fi anda,“ katanya pada program bual bicara ‘Internet dan Anda’: Bagaimana Untuk Mendapatkan Sambungan Wi-Fi Terbaik Di Rumah, terbitan Bernama TV malam semalam.

Lolita juga menyarankan pelanggan supaya mengelak daripada meletakkan penghala berhampiran peranti yang menghasilkan gangguan elektromagnetik seperti telefon tanpa wayar, ‘baby monitor’ dan ketuhar gelombang mikro atau menindih peralatan jalur lebar kerana ini mungkin boleh menyebabkan penghala menjadi terlalu panas dan kurang efisien.

“Pelanggan juga boleh melabur dalam mesh kerana kebanyakan rumah di Malaysia adalah dua tingkat. Tambahkan mesh untuk meluaskan liputan Wi-Fi anda,“ katanya.

Bagi mengoptimumkan pengalaman Wi-Fi, Lolita berkata Unifi kini ada menawarkan pelbagai jenis alat tambah mesh berdasarkan keperluan gaya hidup pelanggan, daripada serendah RM15 sebulan berdasarkan jumlah peranti yang digunakan dan saiz rumah.

Selain itu, semua pelanggan baharu Unifi berkapasiti 100Mbps dan ke atas akan menerima penghala Wi-Fi 6 untuk memastikan mereka mempunyai isyarat Wi-Fi terbaik di rumah.

“Untuk pelanggan sedia ada yang menghadapi prestasi Internet yang lemah, penggantian kepada penghala Wi-Fi 6 akan dibuat. Secara proaktif, kami juga sedang menukar peralatan pelanggan sedia ada yang mungkin menghadapi masalah Internet secara berkala disebabkan penghala semasa mereka yang lama.

“Unifi Elite: pakar Wi-Fi kami on-demand juga boleh datang ke rumah untuk menyemak dan menasihati cara-cara mengoptimum dan meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi anda di rumah,” katanya dan menambah maklumat terkini mengenai tawaran Unifi termasuk alat tambah mesh serta tip untuk meningkatkan liputan Wi-Fi boleh didapati menerusi laman web unifi.com.my, aplikasi myunifi dan TMpoint. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TM Perkenal Pakej Jalur Lebar Unifi Baharu Serendah RM99 Bagi 100mbps

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berang Masalah Masih Tak Selesai, Penduduk Tahan Kenderaan Agong Untuk Mengadu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden