web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ciri-Ciri Keselamatan Yakinkan Orang Ramai Untuk Teroka NFT

NFT ialah satu unit data tidak boleh saling ditukar yang disimpan pada ‘blockchain’ - satu bentuk lejar digital - yang boleh disertakan dengan fail digital seperti foto, video dan audio.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 9:23AM

Peningkatan populariti token ‘non-fungible’ (NFT) menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk meneroka penggunaan NFT - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peningkatan populariti token ‘non-fungible’ (NFT) menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk meneroka penggunaan NFT.

NFT ialah satu unit data tidak boleh saling ditukar yang disimpan pada ‘blockchain’ - satu bentuk lejar digital - yang boleh disertakan dengan fail digital seperti foto, video dan audio.

Ini merupakan token kriptografi unik yang wujud pada ‘blockchain’ yang tidak boleh ditiru atau  replika, dan boleh mewakili item dunia sebenar seperti karya seni.

NFT turut dilihat sebagai bentuk pelaburan digital yang selamat dan terjamin.

Pemilikan NFT direkodkan dalam ‘blockchain’ dan boleh dijual dan didagangkan oleh pemiliknya.

Pengarah Pembangunan Perniagaan NFT Pangolin Asia Tenggara, Mohamad Johan Nasir berkata NFT juga berfungsi sebagai platform untuk menyokong artis dan bakat, kerana ia menyediakan lebih banyak pendedahan dan peluang untuk menjual produk mereka dalam talian.

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 10 platform NFT di Malaysia, termasuk NFTPangolin.com, Pentas.io, NFTapir, Nftology serta Numismatic, dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa apabila orang ramai secara beransur-ansur memahami faedah NFT.

“NFT membantu artis dalam mendapatkan hak harta intelek dan hak cipta mereka pada ‘blockchain’ dan memastikan pemilikan mereka dilindungi, di samping memastikan royalti masa hadapan karya mereka diterima secara berterusan, walaupun selepas beberapa jualan NFT yang sama.

“NFT juga tidak terhad kepada seni digital memandangkan artis medium fizikal juga boleh memanfaatkan pasaran pembeli NFT,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Melangkah ke hadapan, Mohamad Johan berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengiktiraf penyelesaian NFT, Metaverse, Kripto dan Blockchain (NMCB) untuk terus berdaya saing.

Ini kerana ramai peserta teknologi dan industri global kini menggunakan tulang belakang NMCB dalam menginovasi produk dan perkhidmatan mereka, katanya.

NFT Pangolin ialah pasaran global bagi pencipta serantau di Asia untuk menerbitkan dan menjual aset dilindungi kripto unik kepada pengumpul global. - Bernama

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan