Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


9 Tanda Amaran Penting Di Papan Pemuka Kereta, Anda Wajib Ambil Tahu! 

Teknovasi hari ini berkongsi 9 tanda amaran di papan pemuka kereta yang bermaksud terdapat masalah yang berlaku pada sesuatu komponen penting kenderaan.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 4:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Simbol-simbol yang terdapat di papan kemuka kereta adalah salah satu elemen yang wajib diketahui oleh pemandu dan merupakan tanda amaran kepada mereka.

Lazimnya ia akan menyala, berkelip atau sesetengah model kereta akan mengeluarkan bunyi amaran. 

Ini bermaksud terdapat masalah yang berlaku pada sesuatu komponen penting kenderaan.

Sebaik sahaja tanda-tanda ini muncul, anda dinasihatkan untuk bertindak segera bagi memastikan masalah berkenaan dapat ditangani dengan cepat.

Bagaimana pun pemandu tidak perlu panik kerana ia adalah sebagai peringatan dan masalah yang dihadapi lazimnya masih di peringkat awal.

Teknovasi hari ini berkongsi sembilan tanda amaran di papan pemuka kereta yang mungkin anda tidak ketahui maksudnya tetapi wajib untuk anda ambil tahu. 

Jika lampu sudah berkelip, ia bermakna anda sudah hampir kehabisan minyak di dalam tangki. - Gambar hiasan pexels
Jika lampu sudah berkelip, ia bermakna anda sudah hampir kehabisan minyak di dalam tangki. - Gambar hiasan pexels

Lambang Minyak

Lambang minyak ini adalah tanda yang paling popular dialami kebanyakan pemandu. Ia akan menyala sejurus sahaja jarum yang menunjukkan sukatan minyak menunjukkan tepat ke arah ‘E’.

Itu menandakan kereta yang dipandu sudah menggunakan minyak tangki simpanan untuk bergerak. 

Namun, anda tidak perlu risau kerana secara asasnya semua model kereta akan dipasangkan tangki simpanan yang mempunyai ruang sekitar 4.5 liter. Ia mampu menggerakkan lagi kereta dengan jarak tambahan kira-kira 60 km. 

Jika ia sudah berkelip, bermakna anda sudah hampir kehabisan minyak di dalam tangki. Tetapi tanda ‘E’ bukannya bermaksud empty (kosong) sebaliknya ia adalah enough (mencukupi). 

Lambang ini menunjukkan bateri kereta semakin lemah dan perlu ditukar. - Gambar dari cartreatments.com
Lambang ini menunjukkan bateri kereta semakin lemah dan perlu ditukar. - Gambar dari cartreatments.com

Lambang Bateri

Simbol ini pula, ia menunjukkan kuasa bateri kereta anda sudah lemah (istilah lain kong) untuk dihidupkan. Ia sering berlaku jika bateri tersebut telah digunakan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun, bergantung kepada kekuatan bateri yang dipasangkan.

Namun, kekuatan komponen ini juga boleh berkurang jika kereta tersebut tidak dihidupkan dalam tempoh yang agak lama.

Malah, jika anda terlupa untuk mematikan lampu atau radio semasa mematikan enjin, situasi yang sama boleh berlaku. 

Apabila situasi ini berlaku, kebiasaannya enjin kereta tidak akan dapat dihidupkan dan perlu menggunakan kaedah ‘jumpstart’. Adalah lebih baik lagi jika anda menukarnya terus kepada bateri baharu.

Jika lambang ini tiba-tiba muncul, maka anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di bengkel. - Gambar dari toyotaofnorthcharlotte.com
Jika lambang ini tiba-tiba muncul, maka anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di bengkel. - Gambar dari toyotaofnorthcharlotte.com

Lambang enjin

Bagi simbol ini pula, ia adalah sesuatu yang agak rumit kerana situasi tersebut melibatkan masalah beberapa komponen dalaman penting pada enjin.

Ia boleh berlaku akibat masalah pada pengaliran oksigen, pemangkin (catalyst), penutup tangki bahan api longa, palam pencucuh, masalah sambungan wayar dan beberapa lagi.

Perkara ini perlu diperiksa secara terperinci dan anda dinasihatkan untuk menghantar kereta tersebut ke bengkel untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Jika situasi ini berlaku, hentikan kereta dan matikan enjin dengan segera. - Gambar dari ganshoren.be
Jika situasi ini berlaku, hentikan kereta dan matikan enjin dengan segera. - Gambar dari ganshoren.be

Lambang Penyejuk

Secara amnya, komponen penyejuk atau coolant berfungsi untuk mengeluarkan angin panas dan menyejukkan enjin di dalam bonet kereta ketika ia dihidupkan.

Jika lambang tersebut menyala dan jarum di sebelah simbol ini menunjukan peningkatan kepada aras yang tinggi dengan laju, anda dinasihatkan untuk menghentikan kereta dan mematikan enjin dengan segara. 

Terdapat kemungkin kipas atau komponen penyejuk tersebut rosak dan boleh membawa kepada risiko enjin kereta terbakar.

Andai perkara ini berlaku, pemandu perlu menggunakan perkhidmatan kereta tunda untuk menghantar kenderaan ke bengkel. 

Jika anda mendapati terdapat bengkel yang berhampiran, dinasihatkan untuk membawanya dengan segera sambil memantau jarum penyejuk tersebut.

Lambang ini menunjukkan tayar anda kekurangan angin. - Gambar dari  aircooledcommunity.com
Lambang ini menunjukkan tayar anda kekurangan angin. - Gambar dari aircooledcommunity.com

Lambang Tekanan Angin Tayar

Simbol ini juga akan menyala apabila berlaku kekurangan tekanan angin pada tayar.

Situasi ini tidak terlalu membimbangkan namun anda perlu segera memandu secara perlahan-lahan untuk mengisi angin tayar di kawasan yang menyediakan perkhidmatan ini.

Ia bagi mengelakkan tayar daripada terus kempis dan rosak. 

Kebanyakan kawasan stesen minyak menyediakan perkhidmatan untuk mengisi angin tayar.

Pada masa yang sama, jika keadaan ini kerap berlaku, kemungkinan tayar kereta  tertusuk benda tajam seperti paku.

Langkah yang efektif yang patut anda lakukan adalah menggunakan kaedah pacat atau menukar terus tayar kereta yang baharu.

Bila logo merah itu muncul, itu tandanya anda tidak memakai tali pinggang keledar. - Gambar hiasan dari pexels
Bila logo merah itu muncul, itu tandanya anda tidak memakai tali pinggang keledar. - Gambar hiasan dari pexels

Lambang Tali Pinggang Keledar

Pemakaian tali pinggang keledar adalah peraturan yang wajib dilaksanakan pemandu mahupun penumpang.

Lambang ini adalah peringatan kepada mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kenderaan. 

Bagi sesetengah model kenderaan, terdapat sistem yang akan mengeluarkan bunyi tanpa henti jika anda tidak menghiraukan peringatan tersebut.

Selain itu, ada sesetengah model kereta memiliki sistem teknologi yang akan memberhentikan kenderaan secara automatik pada jarak tertentu jika pemandu masih tidak menghiraukan amaran tersebut.

Sila perlahankan kenderaan kerana keadaan jalan yang licin. - Gambar dari carput.my
Sila perlahankan kenderaan kerana keadaan jalan yang licin. - Gambar dari carput.my

Lambang Jalan Licin

Satu lagi teknologi yang dicipta dan disambungkan pada bahagian tayar adalah pemberitahuan keadaan jalan yang licin. Ia dinyatakan menerusi lambang ini. 

Sejurus tayar tersebut melalui jalan yang licin, secara automatik lambang itu akan menyala dan mengingatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan.

Lambang ini menunjukkan pintu kenderaan anda tidak ditutup dengan rapat.
Lambang ini menunjukkan pintu kenderaan anda tidak ditutup dengan rapat.

Lambang Pintu Terbuka

Lambang ini  juga kerap kali dilihat selepas anda menaiki kereta. 

Ia bukan hanya berfungsi untuk memberitahu bahawa pintu anda masih terbuka, bahkan jika pintu kereta tidak ditutup dengan rapat, lambang ini akan terus menyala. 

Ini termasuk untuk bonet di bahagian depan dan belakang kenderaan.

Selain itu, ada sesetengah model kereta akan mengeluarkan bunyi amaran jika pemandu dan penumpangnya tidak menyedari keadaan berkenaan. 

Ia sebagai langkah keselamatan kepada pemandu dan juga penumpang.

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan pemeriksaan segera perlu dilakukan. - Gambar dari wapcar.my
Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan pemeriksaan segera perlu dilakukan. - Gambar dari wapcar.my

Lambang Sistem Brek Anti-Kunci ABS

ABS direka untuk menghalang roda kereta anda daripada terkunci ketika membrek secara mengejut yang boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan stereng.

Ini adalah satu lagi tanda amaran yang memerlukan pemeriksaan secara terperinci jika ia menyala.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan perkara ini terjadi.

Antaranya ialah minyak brek berkurangan, masalah sensor sert dan pam hidraulik sudah lama.

Jadi, teknologi ini memerlukan kemahiran tertentu dan anda disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan atau baik pulih di bengkel yang terpilih. - Getaran, 24 Julai 2022

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran