Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahu Bikin Filem Pendek? Cuba Guna 2 Telefon Pintar Ini

Telefon pintar masa kini bukan lagi sekadar alat komunikasi tetapi juga peranti yang mampu menghasilkan karya seni berupa filem dan drama!

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 9:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teknologi zaman kini sentiasa dinaik taraf hari demi hari bagi memberikan daya saing yang sihat di antara para pengusaha. 

Contoh termudah sudah tentulah telefon pintar. Secara asasnya, telefon pintar digunakan untuk berhubung. 

Kini ia bertambah maju dan antara kemampuannya adalah mengambil gambar serta merakam video dengan kualiti yang tinggi.

Samsung Galaxy S22 Ultra dan Vivo X80 Pro
Samsung Galaxy S22 Ultra dan Vivo X80 Pro

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi dua jenis telefon pintar yang berjaya menghasilkan filem atau drama pendek yang baik. 

Samsung Galaxy S22 Ultra untuk filem pendek Rezeki Memori 

Berkat teknologi kamera yang canggih pada model telefon pintar Samsung Galaxy S22 Ultra, sebuah filem pendek berjudul Rezeki Memori berjaya dihasilkan dengan peranti tersebut.

Ia juga diangkat menjadi iklan Hari Raya jenama telefon pintar ini.

Menampilkan Bront Palarae sebagai watak utama, filem ini merupakan hasil garapan Emir, Ketua Pegawai Kreatif projek tersebut.

Selain Emir, pengalaman menggunakan model ini untuk pembikinan filem juga telah dikongsikan seorang pengarah filem pendek yang bernama Taufiq. 

Dia menggunakan telefon pintar ini untuk pembikinan sebuah cerita yang berkonsepkan suasana romantik. 

Biarpun maklumat filem ini belum didedahkan, Taufik menghasilkan nuansa romantis secara visual dengan bantuan beberapa alat pencahayaan, prop hiasan dalaman, bunga-bungaan dan juga lilin.

Menurutnya lagi, walaupun dalam keadaan yang malap untuk mengekalkan suasana romantik, setiap rakaman nampak jelas dan berkualiti berkat teknologi telefon pintar ini. 

Tambahan lagi, Taufiq agak terkejut dengan ketahanan bateri yang ada pada model ini. 

Dia menggunakan peranti ini seharian tanpa mengalami sebarang masalah atau apa-apa isu yang berkait dengan bateri. 

Berbanding dengan kamera konvensional yang digunakan untuk penggambaran filem yang perlu kerap dicas semula dan memakan masa yang agak lama. 

Penggunaan telefon pintar ini menjadikan proses kerjanya lebih lancar dan menjimatkan masa. 

Katanya, “Telefon pintar seperti ini membantu pembikin filem seperti saya dengan memudahkan proses untuk membuat rakaman atau mencari inspirasi dengan cepat.”

Vivo X80 Pro Untuk Filem Pendek ‘Chup!Raya Dulu!”

Seterusnya model terbaharu daripada Vivo iaitu siri X80 Pro juga sudah berjaya menghasilkan sebuah filem pendek sempena Hari Raya.

Filem pendek tersebut dihasilkan oleh pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar yang menggunakan teknologi kamera telefon pintar ini sepenuhnya. 

Filem pendek ini merupakan tahap uji yang pertama untuk melihat prestasi teknologi kamera yang ada pada model ini. 

Ternyata ia memiliki keupayaan untuk membikin filem dan dapat menghasilkan paparan yang jelas dan berkualiti. 

Ditambah lagi dengan selingan lagu ‘Takbir Lebaran’ daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, filem ini pasti menarik untuk ditonton. 

Anda boleh tonton filem pendek ini di saluran YouTube Vivo Malaysia untuk melihat sendiri kualiti rakaman Vivo X80 Pro.

Pada pendapat penulis, kedua-dua telefon pintar ini menampilkan teknologi yang sangat mengagumkan.

Tambahan lagi, dari segi kos penggambaran sudah pasti ia lebih menjimatkan dan tidak memakan masa yang lama. 

Namun ia bukanlah semudah yang disangkakan. Kedua-dua filem ini dibikin bukan hanya dengan menggunakan sebuah telefon pintar semata-mata. 

Penggambaran masih perlu dilengkapi dengan beberapa alat sokongan seperti tripod, skrin paparan rakaman dan sebagainya. 

Gambar: Laman web ubuy.com.my
Gambar: Laman web ubuy.com.my

Malah, rakaman tersebut perlu  disimpan dan dijaga rapi bagi mengelakkan serangan virus internet yang pada masa kini kerap terjadi. 

Serangan virus boleh mengakibatkan semua simpanan rakaman terpadam dan tidak boleh dikembalikan. 

Barangkali, itulah risiko terbesar saat menghasilkan filem menggunakan telefon pintar.

Kesimpulannya, dua model telefon pintar ini berjaya diuji kehebatan teknologinya dalam pembikinan filem dan drama pendek. 

Kualiti dan hasil yang telah ditunjukkan ini boleh menjadi sandaran kepada pengguna yang ingin menjadi pembikin filem tanpa menguras belanja yang besar.

Selamat mencuba dan selamat berkarya. - Getaran, 4 Mei 2022

Gambar: Samsung Malaysia dan Vivo Malaysia, kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

2

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Sleep Call Rekod Lebih 150,000 Penonton Dalam Masa 4 Hari

3

TARA 8 bulan yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

4

TARA 10 bulan yang lalu

Vivo Y36 5G Bergaya, Muda Dan Berbaloi Dengan Ciri Yang Mengejutkan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi