Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 12:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi hari ini dimulakan dengan pengenalan dua buah peranti iaitu siri terbaharu telefon pintar Samsung Galaxy A33 5G dan jam tangan pintar Amazfit T-Rex Pro. Ini diikuti dengan aplikasi pencarian kerja yang bernama Troopers serta pelancaran permainan oleh PC Games di lima buah negara. Tidak dilupakan juga karakter terbaharu permainan Mobile Legend Malaysia.

Samsung Galaxy A33 5G

Sebuah lagi telefon pintar terbaharu daripada Samsung telah dilancarkan baru-baru ini iaitu model Galaxy A33 5G. 

Mempunyai saiz skrin 6.4 inci dengan paparan HD penuh, ia mempunyai kadar segar semula sebanyak 90Hz. 

Dari segi keselesaan, ia memiliki berat yang sederhana iaitu 186 g dan ketebalannya pula ialah 8.1 m. 

Menariknya pada siri kali ini, ia dipasangkan bersama teknologi kalis air IP67. Jadi ia mampu bertahan jika dimasukkan ke dalam air sedalam 1 meter, selama 30 minit. 

Akan tetapi menurut pengalaman penulis, teknologi ini bukanlah bertujuan untuk diguna pakai secara agresif di dalam air. 

Namun ia lebih kepada aspek keselamatan, sebagai contoh jika ia terjatuh ke dalam takungan air atau terkena hujan, ia masih boleh berfungsi dengan baik.

Namun telefon pintar yang mempunyai teknologi tersebut sedikit sebanyak mempunyai risiko untuk rosak jika  beberapa elemen atau komponen kecil peranti terkena air dengan banyak. 

Seterusnya, ia memiliki sistem audio Dolby Atmos. Malah kelebihan pada model ini adalah anda boleh menukarkannya kepada mod audio Dolby Atmos Gaming yang dikhususkan untuk pengguna mendapatkan bunyi yang mantap semasa bermain permainan dalam talian. 

Bahagian kameranya pula mempunyai resolusi sebanyak 48 MP (kamera depan), 8 MP (ultra lebar), 5 MP (macro) dan 2 MP (dalaman) serta 13 MP (Swafoto). 

Menggunakan chipset Exynos 1280 (5 nm) dan sistem android 12, model ini terdapat empat varian warna iaitu hitam, putih, biru dan pic buah. 

Harga bagi seunit model ini bernilai RM1,499 bersama storan sebanyak 8GB+128GB.

Jam Tangan Amazfit T-Rex Pro

Amazfit T-Rex Pro yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health) adalah model jam pintar yang boleh dipakai bagi memantau tahap kesihatan selain untuk bersenam setiap masa. 

Reka bentuknya menampilkan gaya terkini yang sangat sesuai buat golongan muda yang menjalani gaya hidup aktif dan positif. 

Antara spesifikasi yang dipasangkan pada gajet ini ialah skrin 1.3 inci AMOLED berdefinisi tinggi (HD) dengan binaan dalaman empat Sistem Navigasi Satelit Global (Quad GNSS). 

Tambahan pula, Model T-Rex Pro ini lulus 15 pensijilan ketenteraan di mana jam pintar ini boleh mengharungi tahap suhu gurun yang panas, kelembapan hutan hujan dan ketahanan sejuk glacier. 

T-Rex Pro ini didatangkan dalam tiga warna iaitu, hitam meteorit, biru keluli dan kelabu gurun.

Ia dijual pada harga promosi sekarang iaitu RM599 secara dalam talian.

Aplikasi Troopers 

Memperkenalkan Troopers, sebuah aplikasi mencari pekerjaan yang mudah dan mesra pengguna. 

Pengguna hanya perlu mendaftarkan butiran peribadi yang akan disimpan rapi oleh pihak Troopers dan ia akan terus mengaktifkan arahan pencarian kerja seperti mana yang diinginkan. 

Tambahan lagi, ia bukan sahaja boleh meletakkan jangkaan gaji yang ingin dimohon, pengguna juga boleh menentukan kadar bayaran upah harian jika ingin membuat kerja sampingan. 

Malahan aplikasi ini boleh menetapkan hari apa yang anda mahu berkerja. 

Selain itu secara automatik akan muncul profil majikan yang sedang mencari pekerja. 

Aplikasi ini turut menyediakan pilihan untuk menggunakan ruang simpanan e-dompet sebagai sistem pembayaran upah atau gaji. 

Boleh dimuat turun ini di google play dan App Store secara percuma.

Pelancaran cdi Lima Buah Negara 

Pada 21 April, PC Game Pass yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan langganan permainan video di bawah Microsoft telah mengumumkan bahawa permainan mereka sudah boleh didapati di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam. 

Ia merangkumi lebih 100 pilihan permainan PC bermutu tinggi termasuk Studio Permainan  Xbox, permainan Bethesda, dan keahlian EA Play. 

Dengan pelbagai pilihan permainan PC baharu yang dinaik taraf serta paparan yang berkualiti tinggi, ia pasti memenuhi kehendak para peminatnya yang tersendiri. 

Antara permainan menarik yang ditawarkan oleh PC Games Pass ialah Age of Empires IV, Back 4 Blood, Forza Horizon 5, Marvel’s Guardians of the Galaxy, Hades, Minecraft, Sea of Thieves dan Microsoft Flight Simulator. 

Tambahan lagi, semua pemain PC boleh mula bermain dengan kadar langganan serendah RM5.00 selama tiga bulan pertama. 

Setelah melengkapkan percubaan tiga bulan pertama pada harga tersebut, PC Game Pass menawarkan harga bulanan istimewa serendah RM15.00 sebulan. 

Karakter Terbaharu Permainan Mobile Legends Malaysia

Mobile Legends permainan mudah alih terbesar dunia mengumumkan tiga wira terbaharu yang bakal bertempur dan diinspirasikan daripada pelakon tanah air iaitu Janna Nick, Hairul Azreen serta Hun Haqeem pada 8 April yang lalu. 

Menurut MOOTON yang merupakan syarikat gergasi dalam dunia permainan, penerbitan dan e-sukan ini, ia bersesuaian dengan karakter dan karisma yang dimiliki oleh pelakon-pelakon tersebut.

Di samping itu, pembabitannya dalam dunia seni mempertahankan diri menjadikan Hairul Azreen salah seorang persona yang sangat sempurna buat permainan ini. 

Manakala pemilihan Hun Haqeem secara tidak langsung menyempurnakan identiti citrawarna Malaysia sebagai individu kelahiran Sarawak. 

Jadi inilah wira terbaharu yang boleh dicuba oleh penggemar permainan Mobile Legends. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini