web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


USIM Cipta Aplikasi Quran Isyarat Pertama Di Malaysia

Komuniti OKU pendengaran, bukan sahaja dari Malaysia malah di seluruh pelosok dunia mampu untuk membaca Quran menggunakan Aplikasi Quran Isyarat.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 5:16PM

Orang Kelainan Upaya (OKU) Noordin Hassan menunjukkan kaedah Tilawah Quran OKU Pendengaran (Kod Tangan Quran). Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) berjaya mencipta aplikasi Quran Isyarat pertama di negara bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran untuk membaca dan mendalami Al-Quran.

Naib Canselor USIM Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di FPQS telah menjalankan penyelidikan meneroka ilmu baharu ke arah mempromosi keseimbangan hidup komuniti OKU bertunjangkan Maqasid Syariah dan pendekatan Islami.

“Kekuatan visual dan celik IT dalam kalangan OKU pendengaran menjadi asas kepada penerokaan dan kajian berkaitan kesediaan, kebolehgunaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran berasaskan kekuatan mereka.

“Komuniti OKU pendengaran, bukan sahaja dari Malaysia malah di seluruh pelosok dunia mampu untuk membaca Quran menggunakan Aplikasi Quran Isyarat dan boleh muat turun aplikasi ini melalui platform android dan iOS secara percuma,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Aplikasi Quran Isyarat dan perasmian bangunan Falkulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) di USIM, Nilai, hari ini.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan merasmikan majlis yang turut dihadiri Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (dua, kiri) berkenan melihat replika bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis perasmian bangunan tersebut dan pelancaran Aplikasi Quran Isyarat USIM hari ini. Gambar: Bernama
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (dua, kiri) berkenan melihat replika bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis perasmian bangunan tersebut dan pelancaran Aplikasi Quran Isyarat USIM hari ini. Gambar: Bernama

Mohamed Ridza berkata aplikasi tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai First Sign Languange Al-Quran Application.

Jelasnya aplikasi tersebut bermula daripada hasil projek tahun akhir pelajar FPQS sesi 2015/2016 yang menciptakan courseware software interaktif pembelajaran Quran dan Solat (iSign QurANIS) pada 2017.

Kemudian hasil maklum balas Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) membuka ruang penambahbaikkan produk ini daripada courseware software kepada platform Android dan iOS.

Katanya projek ini menerima suntikan dana di bawah program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan SME Corp bagi menyempurnakan Fasa satu dan dua iaitu menaik taraf reka bentuk aplikasi dan melengkapkan 30 juzuk kaedah Tilawah Quran dengan isyarat kod tangan Quran dan transliterasi Makhraj.

Pengarah UMMI Dr Norakyairee Mohd Raus berkata setakat ini Surah Al-Fatihah dan Juzuk Amma atau Juz ke-30 dalam Al-Quran telah lengkap dibangunkan dan baki 29 juzuk lagi memerlukan dana khas bagi menyempurnakan 30 Juzuk Quran.

Norakyairee berkata kos pembangunan aplikasi tersebut bagi fasa satu dan dua mencecah hampir RM1 juta dan memerlukan kira-kira RM3 juta lagi bagi fasa tiga untuk melengkapkan baki 29 juzuk Terjemahan Quran mesra OKU pendengaran.

Noraini dalam ucapannya berkata kejayaan aplikasi tersebut telah menarik minat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan menjemput penyelidik daripada UMMI mempromosikan aplikasi tersebut di Expo Dubai 2020 sebagai pendedahan di peringkat antarabangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik