Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 11:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi kali ini dimulakan dengan berita tentang aplikasi terbaharu yang diberi nama Marhaen.my. dan pelancaran ucapan AR aplikasi Snapchat sempena bulan Ramadan. 

Seterusnya ada juga  kempen “Jumpaverse” yang dianjurkan oleh pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara dan akhir sekali pengenalan dua buah model skuter elektrik riadah yang dikeluarkan oleh jenama Okai dan Xiaomi.

Aplikasi Marhaen.my

Marhean.my adalah sebuah aplikasi terbaharu yang dilancarkan pada 29 Mac 2022 dan salah satu kaedah mudah untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Ia diinspirasikan oleh rakyat Malaysia hasil daripada kerjasama dan sikap saling membantu antara satu sama lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini. 

Platform ini dibangunkan dengan kutipan derma dalam talian bagi membantu mereka yang bergelut dengan masalah kewangan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera. 

Malah ia membantu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan platform digital dalam menyampaikan dana, infaq, wakaf serta sumbangan secara atas talian. 

Aplikasi ini juga turut menjalankan pemeriksaan latar belakang penerima secara teliti bagi memastikan ia disalurkan dan diterima pemohon yang benar-benar memerlukan bantuan. 

Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kes penipuan dalam kalangan penerima bantuan. Orang ramai juga boleh menyumbang dengan memilih untuk menambah barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain di ruangan Gerobok Rezeki. 

Malahan, pemohon juga boleh memohon barangan keperluan tertentu seperti lampin bayi, ubat-ubatan dan lain-lain. 

Sehubungan dengan itu, platform ini telah menjalinkan kerjasama dengan 24 badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi Marhaen.my.

Ucapan AR Aplikasi Snapchat

Aplikasi Snapchat yang menghubungkan pemilik akaunnya di serata dunia telah melancarkan sebuah tetapan baharu iaitu ucapan dalam bentuk simulasi dan teknik berkomputer (AR) sempena menyambut bulan Ramadan. 

Pelbagai  Bitmoji atau “Avatar” yang comel, dan filter yang menawan boleh didapati menerusi aplikasi ini. 

Tambahan lagi, anda juga boleh memilih dan membentuk “Avatar” mengikut pilihan hati. 

Pengguna juga boleh menyimpannya sebagai pilihan kegemaran di dalam telefon pintar dan menghantar ucapan iftar atau selamat menyambut Ramadan kepada yang tersayang pada bila-bila masa. 

Dengan tetapan ini ia lebih praktikal dan memudahkan untuk menyampaikan salam Ramadan di Snapchat tanpa perlu menulis ucapan yang panjang. 

Caranya mudah, hanya muat turun aplikasi ini dan aktifkan tetapan tersebut dengan mengimbas Snap Kod yang terpapar di aplikasi tersebut. 

Manakala bagi Bitmoji pula, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan sambungkannya bersama akaun Snapchat anda. 

Kemudia terpaparlah pelbagai jenis “Avatar” yang boleh digunakan.

Kempen “Jumpaverse”

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan hampir seluruh rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian mereka dengan membuat pembelian secara dalam talian. 

Pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara sudah memulakan sebuah kempen yang diberi nama “Jumpaverse” bermula dari sekarang hingga 15 Mei 2022. 

Dengan beberapa pengubahsuaian tempat serta teknologi keselamatan yang dipasangkan seperti pengimbas suhu di setiap pintu masuk, IPC mengajak anda untuk melangkah masuk kembali meramaikan suasana tersebut dengan ceria. 

Menerusi kempen ini pengunjung dapat menikmati kembali persekitaran yang serba mudah, selesa dan selamat di IPC berkat bantuan teknologi yang ada. 

Untuk maklumat lanjut layari Facebook rasmi IPC.

Skuter Elektrik ES800

Skuter ini sebenarnya tersenarai sebagai sebuah alat sukan lasak atau kenderaan untuk beriadah. 

Kini sebuah jenama dari China iaitu Okai telah mengeluarkan sebuah skuter yang berasaskan kuasa elektrik diberi nama ES800. 

Model yang dikeluarkan pada awal Januari 2022 ini mempunyai reka bentuk yang sama seperti skuter riadah yang lain dengan pemasangan roda depan belakang yang berukuran sekitar 31cm. 

Menariknya, ciptaan ini bukan sahaja boleh digunakan pada trek on-road (jalan rata), malah ia juga sesuai digunakan pada trek off-road (jalan lasak). 

Maka dengan kelajuan maksimum 60km/j serta kuasa bateri setinggi 1800 watt, ia menampilkan prestasi yang tahan lasak apabila ditunggang.

Tambahan lagi, ia adalah 30 peratus lebih berat daripada model lain sepertinya yang bergerak menggunakan kaedah tolakan kaki. 

Jadi risiko untuk ia terbang melayang semasa digunakan agak rendah walaupun dalam kadar kelajuan yang maksimum. 

Bagi penulis ia tidak berapa sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana agak bahaya namun bergantung juga pada saiz tubuh badan individu yang menunggangnya. 

Harga bagi model ES800 ini dianggarkan mencecah RM1600 seunit.

Mi Skuter Elektrik

Sebuah lagi produk skuter riadah keluaran negara China telah dicipta melalui jenama Xiomi yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar. 

Kini mereka tampil dengan Mi Skuter Elektrik. Model ini juga dilancarkan pada Januari 2022. 

Berbeza dengan model ES800 diatas, ia lebih kepada penggunaan secara santai dan khusus buat aktiviti riadah. 

Selain daripada mempunyai berat maksimum sebanyak 12kg, kuasa bateri yang dipasangkan memiliki kapasiti sebanyak 500 watt. 

Dalam pada itu, kelajuan yang dimilikinya pula hanya 20km/j dengan jarak maksimum 20km. 

Menariknya model ini  boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui bluetooth yang berfungsi sebagai penunjuk arah, penanda kelajuan pergerakan dan lain-lain. 

Malah terdapat juga paparan skrin digital pada bahagian tengah pendikit. 

Cara untuk menggerakkannya juga mudah sahaja dengan menyentuh menggunakan ibu jari pada permukaan butang sensitif yang ada pada kanan pendikit. 

Ia boleh dimiliki secara dalam talian bermula dari RM1,133, namun ia bergantung pada aksesori yang dipasangkan. - Getaran, 13 April 2022


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 5 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 1 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 21 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 10 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya