web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shop with IKHLAS, Membeli Sambil Menderma

AirAsia Digital kembali dengan produk baru dan kali ini ia sebuah platform e-dagang mesra Muslim. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 3:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim AirAsia Digital melancarkan platform e-dagang ‘Shop with IKHLAS’ baru-baru ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada para pelanggan mesra Muslim.

Shop with IKHLAS’ kini boleh dilayari di ikhlas.com yang menawarkan pelbagai produk termasuklah sejadah dan telekung, makanan kering, makanan siap dibungkus, daging segar halal, produk kecantikan, makanan tambahan kesihatan, buku, produk seni Islam, pakaian, barangan cenderamata IKHLAS dan banyak lagi. 

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin memberitahu pihaknya berbesar hati memperkenalkan platform e-dagang terbaru ini kerana ia dapat membantu peniaga tempatan untuk meneruskan perniagaan ketika berdepan dengan waktu sukar.

 “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan platform e-dagang yang memfokuskan pada produk mesra Muslim. Apa yang penting, kami bersyukur kerana dapat membantu peniaga tempatan melalui platform ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan pada masa yang sukar ini."

"Pelancaran ‘Shop with IKHLAS’ ini juga tepat pada masanya untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kami berharap untuk menjadi platform sehenti yang menawarkan produk dan perkhidmatan mesra Muslim pada harga berpatutan bagi komuniti Islam di seluruh negara,”ujar Ikhlas.

Sempena pelancaran platform ini, IKHLAS menawarkan diskaun 10% untuk produk di ‘Shop with IKHLAS’ dari 15 - 31 Mac 2021. 

Selain itu juga, IKHLAS turut melancarkan kempen Mystery Box untuk masa terhad dari 20 Mac hingga 30 April 2021. 20 pemenang bertuah akan berpeluang menerima Mystery Box bernilai RM300 setiap satu.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu menghantar video bersama barangan atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web IKHLAS di Instagram dengan meletakkan tanda pagar - #ikhlasmsyterybox;  tag @ikhlasdotcom dan lima rakan serta kongsikan sebab anda menggunakan produk dan perkhidmatan IKHLAS.    

Untuk setiap pembelian melalui ‘Shop with IKHLAS’, sebahagian daripadanya akan didermakan kepada perkhidmatan ‘Sedekah IKHLAS’ dan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

Selain itu, para pelanggan juga dapat mengumpul 1 BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di ikhlas.com dari 15 hingga 31 Mac 2021. 

'Shop with IKHLAS' menyediakan penghantaran ke seluruh negara. Para peniaga yang berminat untuk menyertai 'Shop with IKHLAS' boleh menghubungi [email protected]

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, sila layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram @ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom. – Getaran, 17 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Ikhlas.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 5 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 5 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN