Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Filem Adaptasi Permainan Video

Sejak era 90-an, ada sahaja filem yang diadaptasi daripada permainan video untuk tayangan pawagam. Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima filem yang diadaptasi daripada permainan video yang menarik.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain filem yang diadaptasi daripada novel dan kisah benar, karya adaptasi permainan video juga semakin banyak.  

Sejak era 90-an lagi, ada sahaja filem yang diadaptasi daripada permainan video untuk tayangan pawagam. 

Malahan terdapat juga watak permainan video yang ditampilkan dalam bentuk animasi 3D dengan menggunakan teknologi terkini yang canggih.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima filem adaptasi permainan video yang menarik.

Gambar: Imdb.com
Gambar: Imdb.com

Resident Evil

Resident Evil merupakan sebuah filem aksi seram yang telah mengeluarkan sebanyak 7 siri bermula daripada 2002. Siri terkini filem ini ialah Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang ditayangkan pada 2021. 

Diadaptasikan daripada permainan Resident Evil itu sendiri, permainannya dilancarkan pada 1996 dan dibangun serta diterbitkan oleh Capcom untuk Syarikat Playstation. 

Ia berkonsepkan permainan seram mengisahkan sekelompok manusia mencari penawar terhadap dunia yang telah dilanda virus dan zombie yang memakan manusia. 

Menariknya, setiap siri filem yang ditayangkan masih seakan-akan mengikuti jalan cerita seperti dalam permainan video. Namun, hanya beberapa bahagian plot terbaik sahaja diadaptasi dan masih mengekalkan konsep seram seperti permainan asal. 

Filem ini telah menjadi fenomena dan mempunyai jumlah pengikut yang meningkat setiap kali siri baharu ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Gambar: Techradar.com
Gambar: Techradar.com

Mortal Kombat

Ini adalah sebuah lagi filem yang diadaptasi daripada permainan video dan pastinya dikenali oleh kebanyakan individu yang lahir pada 90-an. 

Mortal Kombat sebuah filem berasaskan seni pertahanan diri dan ditayangkan buat kali pertama pada 1995. Kemudian siri kedua pada 1997 iaitu Mortal Kombat: Annihilation dan terkini dengan teknologi dan grafik yang lebih canggih pada 2021 arahan James Wan dan Todd Garner. 

Jika dilihat perjalanan kisah Mortal Kombat menerusi permainan video yang dikeluarkan kali pertama pada 1992, ia menceritakan tentang pengembaraan watak utamanya, Lui Kang dan Kung Lau dalam menewaskan musuh ketat mereka, Shang Tsung. Bagi filem pertama dan kedua, plot penceritaan tidak banyak beza dari permainan asal. 

Akan tetapi filem ketiga lebih memfokuskan pada kisah dan perlawanan di antara dua karakter ninja yang popular di dalam Mortal Kombat iaitu Scorpion dan Sub-Zero serta beberapa karakter lain. 

Kini, Mortal Kombat sudah mempunyai 24 edisi permainan video yang bermula dengan versi komputer sehingga peranti Playstation 5.

Gambar: Imdb.com
Gambar: Imdb.com

Prince of Persia: The Sands of Time

Filem ini pula berkonsepkan aksi fantasi yang dikeluarkan Walt Disney pada 2010. 

Filem ini diadaptasi daripada salah satu siri yang diambil dari lima edisi permainan videonya iaitu Prince of Persia 2: The Shadow and the Flame pada 1993 yang hanya dimainkan melalui telefon bimbit sahaja ketika itu. 

Filem ini menampilkan karakter, aksi dan kuasa yang sama seperti dalam permainan video termasuk jalan ceritanya. 

Gambar: Retrogames.cz 
Gambar: Retrogames.cz 

Dalam siri tersebut, seorang putera raja Parsi memburu sebilah pisau yang memiliki kuasa mengawal masa. 

Teknik lawan dan senjata yang digunakan juga mirip permainan asal. 

Namun, respons penonton mengatakan filem ini agak meleret dan kurang aksinya seperti dalam permainan asal serta mendapat penilaian yang kurang memberangsangkan daripada penonton.

Gambar: Moviesanywhere.com
Gambar: Moviesanywhere.com

Hitman Agent 47

Hitman adalah sebuah permainan video bersiri berkonsepkan pembunuh upahan dan perisikan yang menggegar dunia pada 2000 serta diterbitkan oleh Eidos Interactive untuk Microsoft Windows. 

Ia merupakan sebuah permainan video tentang pembunuh upahan yang mampu menyamar pelbagai watak dan terbabit dalam banyak adegan ganas dengan aksi tembak-menembak serta pembunuhan. 

Pada 2007 dan 2015, Aleksander Bach telah mengambil peluang mengarah dua siri filem ini iaitu Hitman dan Hitman Agent 47

Kedua-duanya mengikuti permainan video asal dari segi karakter, perwatakan, gaya komunikasi, teknik penyamaran dan cara membunuh. 

Walaupun misi atau plot ceritanya jauh beza dengan permainan asal, filem ini medapat sambutan ramai kerana aksi yang ditampilkan memukau mata penonton. 

Sungguhpun begitu, filem ini dikategorikan sebagai tontonan 18 tahun ke atas kerana mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas.

Gambar: Moviesanywhere.com
Gambar: Moviesanywhere.com

Need For Speed

Need for speed antara permainan video berkisar kereta lumba haram berkuasa tinggi paling digemari peminat seluruh dunia sejak kali pertama ia dikeluarkan pada 1994. 

Menariknya, semua kereta di dalam permainan ini merupakan jenama mewah yang wujud di dunia nyata seperti Mclaren dan Ferrari. 

Filem ini diterbitkan pada 2014 arahan Scott Waugh yang menceritakan tentang pembalasan dendam seorang pelumba kereta untuk rakannya yang mati akibat disabotaj seorang anak ahli perniagaan semasa perlumbaan haram.

Aksi dan gaya perlumbaan yang ditampilkan hampir serupa dengan permainan video termasuk kereta yang digunakan.

Namun plot ceritanya berlainan. Filem ini juga pernah dibandingkan dengan Fast and Furious kerana menampilkan konsep yang dikatakan mirip dengan filem tersebut. - Getaran, 9 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 21 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

4

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY