web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi masa kini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi minggu ini dimulakan dengan dua peranti terbaharu iaitu Realme 9 Pro dan televisyen Samsung Crystal 4K UHD. Seterusnya berita mengenai 12,000 pelajar Universiti Malaya (UM) menikmati manfaat #DIY4UM dan akhir sekali ciapan #KpopTwitter, Malaysia menjadi tanda pagar sohor kini di tempat ketujuh dunia pada 2021.

Realme 9 Pro 

Awal bulan ini, jenama telefon pintar Realme telah melancarkan sebuah lagi siri terbaharu iaitu Realme 9 Pro. Menariknya, ini adalah model telefon pintar yang buat julung kalinya menggunakan teknologi kamera tahap pertengahan daripada Sony IMX 766 OIS.

Gabungan ini menaikkan taraf prestasi kamera yang cemerlang pada model tersebut kerana ia mempunyai lensa imej lebih besar dan berkualiti berbanding siri sebelumnya. 

Ia memiliki resolusi sebanyak 64 MP IOS bagi kamera depan, 8 MP ultra lebar dan 2 MP untuk imej makro. Bagi kamera swafoto pula, ia mempunyai resolusi sebanyak 16 MP. Selain daripada permukaan skrin bersaiz 6.6 inci super amoled, model ini menggunakan chipset Snapdragon 695. Di samping itu, ia memiliki kuasa bateri 5000 mAh dan tiga varian pilihan warna iaitu gelap malam, hijau aurora dan biru matahari terbit. Harga bagi sebuah unit yang mempunyai storan 128GB+ 6GB RAM atau 128GB+ 8GB RAM dianggarkan mencecah RM 900.

Televisyen Samsung Crystal 4K UHD

Samsung telah mengeluarkan sebuah model terbaharu televisyen pintar iaitu Samsung Crystal 4K UHD. Ia menampilkan reka bentuk yang nipis dan permukaan skrin yang bersaiz daripada 43 inci sehingga maksimum 85 inci. Menariknya, model ini menggunakan paparan kristal dan resolusi sehingga 4K yang pasti memukau mata anda. 

Ini menjadikan imej serta warna yang dipaparkan kelihatan terang dan jelas. Walau bagaimanapun, teknologi kristal yang dipasangkan lebih efektif paparannya jika menonton dalam keadaan gelap atau malap berbanding di kawasan yang terang. Ini kerana, pantulan cahaya dalam keadaan yang terang akan menyebabkan ia kelihatan sedikit silau semasa menontonnya namun tidak terlalu ketara kesannya. Dengan memiliki fungsi sebagai televisyen pintar anda boleh mendapatkannya dengan harga maksimum RM 13,729.00 mengikut saiz yang dikehendaki oleh pembeli.

12,000 pelajar Universiti Malaya (UM) menikmati manfaat #DIY4UM

Satu kolaborasi antara Mr.DIY, Touch n´Go dan Universiti Malaya #DIY4UM telah berlangsung pada 21 Januari lalu.  Hasil daripadanya, RM3.6 juta telah dikeluarkan sebagai dana bagi membantu pelajar di Universiti Malaya (UM) membuat  persiapan pulang ke kampus.

Lebih daripada 12,000 pelajar menikmati pelbagai barangan dan kemudahan hasil kolaborasi ini. 

Para pelajar tersebut menerima bantuan wang tunai sebanyak RM300 yang dimasukkan melalui  e-dompet Touch ‘n Go. Selain itu, 11,000 pelajar pertama yang membuat pembelian menggunakan e-dompet tersebut dapat menikmati pulangan tunai RM10 dengan pembelian minuman RM20 ke atas.

Ia boleh digunakan di mana-mana cawangan MR D.I.Y yang terdapat di Malaysia.

Ciapan #KpopTwitter, Malaysia menjadi tanda pagar sohor kini ketujuh dunia pada 2021

Malaysia merupakan negara yang menduduki tempat ketujuh dalam membincangkan perihal dunia K-POP di platform Twitter. Dengan menggunakan #KpopTwitter, ia telah memecahkan rekod tahun sebelumnya daripada 6.7 bilion ciapan, naik sehingga 7.8 bilion jumlah ciapan mengenai K-Pop. 

Antara perkara yang menjadi perbualan hangat ialah kemunculan artis-artis muda dari korea seperti ENHYPEN, Stray Kids, aespa dan ITZY yang telah menjalinkan hubungan dan berinteraksi bersama peminat mereka di Twitter.

Tidak ketinggalan, pengguna Twitter juga menjadikan kumpulan BTS sebagai isu yang dibincangkan lebih-lebih lagi apabila kelab BTS ARMY di Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas semasa tragedi banjir Disember lalu.

Selain Malaysia, terdapat juga negara-negara lain yang mencatatkan bilangan tinggi dalam ciapan berkenaan K-pop. Indonesia  menduduki tempat pertama diikuti Jepun dan Filipina. Turut tersenarai dalam kedudukan tangga 20 teratas ialah Peru, Colombia, Singapura dan Ecuador. - Getaran, 9 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik