web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Pemeriksaan Kereta Untuk Perjalanan Jarak Jauh

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperiksa pada kereta anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang musim cuti panjang, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. 

Sebahagian besar individu memilih untuk memandu kereta masing-masing ke destinasi pilihan.

Namun perlu diingatkan terdapat beberapa perkara yang perlu diperiksa pada kereta anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi enam pemeriksaan yang harus dilakukan terhadap kereta sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

Gambar: Anna Shvets, Pexels
Gambar: Anna Shvets, Pexels

Komponen kereta

Komponen kereta merangkumi bahagian-bahagian dalaman kereta termasuk radiator, brek, minyak hitam dan juga penghawa dingin. Amalkan untuk membuat pemeriksaan sehari sebelum perjalanan untuk memastikan komponen dalaman kereta berada dalam keadaan baik.

Jika terdapat bahagian komponen yang telah lama dan haus serta perlu ditukar, adalah lebih baik untuk menghantarnya ke bengkel bagi melakukan servis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. 

Selain itu, pastikan jangka hayat bateri kereta dan tali sawat berada dalam keadaan baik. Tambahan pula, pastikan bahagian tali sawat kereta tidak merekah atau hampir putus.

Kebiasaannya tali sawat perlu ditukar selepas setiap 100,000km. Ia bagi mengelakkan kereta terkandas di jalan raya

Gambar: Andrea Piacquadio, Pexels
Gambar: Andrea Piacquadio, Pexels

Tayar kereta

Tayar kereta memainkan peranan yang penting untuk perjalanan jarak jauh. Ambil sedikit masa untuk memeriksa tekanan angin dalam tayar. Jika ia kelihatan kempis, segera pamkan angin di kawasan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Selain itu, kenal pasti PSI (Julat angin) yang sepatutnya diisi kerana lain kenderaan, lain kapasiti angin yang ditetapkan. Ini bagi memastikan kenderaan anda tidak bergoyang dan tayar tidak gelong semasa dipandu. 

Kekurangan angin pada tayar juga boleh menyebabkan permukaan di tepi tayar cepat haus, manakala jika terlebih angin pula, ia memberi kesan haus pada permukaan tengah tayar.

Maka PSI angin yang dipam perlulah mengikut kadar kapasiti yang sesuai dan tepat. Kebiasaannya jumlah PSI akan tercatat pada meter digital atau meter jarum yang dipaparkan di peralatan pam angin untuk mengawal kadar kemasukan angin yang diisi pada tayar.

Gambar: Erik Mclean, Pexels
Gambar: Erik Mclean, Pexels

Lampu kereta

Pemeriksaan terhadap lampu kereta pula bukan sahaja pada lampu di bahagian hadapan dan belakang. Ia merangkumi semua komponen dalaman yang berlampu termasuk lampu isyarat penunjuk yang ada di papan pemuka di bahagian pemandu.

Ini kerana pemasangan lampu yang ada bukan sahaja bertumpu pada perjalanan waktu malam, malah ia berfungsi ketika hujan semasa menuju destinasi. Pemandu wajib menyalakan lampu kereta supaya kenderaan lain peka dengan jarak kenderaan anda.

Pastikan anda menguji beberapa kali terutamanya pada bahagian lampu tinggi dan rendah sebelum memulakan perjalanan. 

Gambar: Jaromir Kavan, Unsplash
Gambar: Jaromir Kavan, Unsplash

Pengelap cermin

Pengelap cermin berfungsi untuk memberikan pandangan yang jelas pada cermin hadapan dan belakang semasa hujan. Selain itu, ia juga digunakan pada kawasan yang sejuk dan berkabus yang akan menyebabkan cermin anda berwap.

Jika bahagian getah pengelap carmin sudah lama dan merekah, pastikan anda menukarkannya bagi ia berfungsi dengan baik. Periksa juga aras air pengelap cermin.

Amalkan untuk mengisi tangki air pengelap cermin dengan paras yang ditetapkan dan meletakkan sedikit sabun supaya ia lebih licin dan bersih apabila digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada cermin kereta.

Gambar: Careta.my
Gambar: Careta.my

Pemadam Api

Terdapat pemadam api khas yang dicipta untuk diletakkan dalam kereta anda. Memilikinya adalah salah satu aspek keselamatan yang disarankan buat pemilik kereta.

Selain daripada fungsinya untuk memadamkan api, ia juga berfungsi sebagai alat keras yang boleh membantu anda untuk mengetuk atau memecahkan cermin sekiranya terperangkap dalam kenderaan semasa kemalangan atau kecemasan lain. 

Peti Kecemasan

Pastikan anda mempunyai peti kecemasan. Ia perlu dilengkapi dengan barang kecemasan seperti kain pembalut, pita pelekat, pad kasa, aspirin, kapas antiseptic, krim antiseptik dan sebarang ubatan yang mungkin boleh membantu untuk merawat apabila berlaku kecederaan kecil semasa dalam perjalanan.

Tidak mudah untuk mendapatkan perubatan segera jika anda berada di lebuh raya, lebih-lebih lagi jika anda terperangkap di tengah jalan. Jadi sediakan satu peti kecemasan kecil.

Jangan sesekali kita ambil mudah soal keselamatan. Sentiasa berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. - Getaran, 2 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN