Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Dron Untuk Kegunaan Peribadi 

Segmen Teknovasi hari ini ingin berkongsi tiga jenis dron mungkin menarik minat anda yang suka merakam visual luar biasa dari udara.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dron atau pesawat udara tanpa pemandu adalah sejenis pesawat yang dikawal melalui alat kawalan jauh malah ia boleh dikendalikan melalui telefon pintar atau komputer yang canggih.

Semenjak lima tahun kebelakangan ini, dron menjadi peranti kegilaan ramai untuk merakam video dan menangkap foto secara kasual dari ruang udara. 

Pelbagai syarikat elektronik telah membangunkan alat ini bagi menghasilkan dron yang mampu memenuhi kepuasan para pengguna terutamanya jurufoto dan juruvideo. 

Ia sangat sesuai untuk merakam visual perarakan, bangunan tinggi, suasana di tepi pantai, pergunungan dan macam-macam lagi.

Segmen Teknovasi hari ini ingin berkongsi tiga jenis dron yang mungkin menarik minat anda yang suka merakam visual luar biasa.

Gambar: Dji.com
Gambar: Dji.com

DGI Mavic 3

DGI Mavic 3  adalah jenis dron yang berasal dari China. Ia juga antara kategori dron yang mempunyai bilangan pengguna yang tinggi. Model ini merupakan generasi ketiga serta dikeluarkan pada November 2021.

Beratnya 895g dan lebih ringan berbanding siri sebelumnya. Ia juga dipasangkan empat bilah (propellers) yang boleh dilipat. Reka bentuknya pula agak fleksibel dan ia mempunyai ukuran panjang 247.5mm, lebar 283mm dan tinggi 107.7mm tanpa bukaan bilah.

Jarak antara setiap empat penjuru pula ialah 380.1 mm, maka bentuk model ini boleh dikatakan masih kelihatan agak besar.

Bagi pergerakan naik dron ke udara, DGI Mavic 3 mempunyai kelajuan sebanyak 6m/s hingga 8m/s mengikut keadaan persekitaran angin manakala bagi pergerakan mendarat pula model ini mempunyai kelajuan sebanyak 6m/s. 

Selain daripada kelajuan maksimum 21m/s ketika bergerak di ruang udara, DGI Mavic 3 mempunyai kemampuan terbang setinggi 6,000m dan jarak maksimum daripada alat kawalan jauh mencecah 15km.

Dengan menggunakan kuasa bateri 5,000mAh jenis LiPo 4S,  dron ini mampu bertahan selama 46 minit bergantung pada kekuatan angin di sekelilingnya.

Dipasangkan dengan kualiti kamera yang mempunyai resolusi gambar 20 MP dan rakaman sehingga 5.1K, dron ini sesuai dikendalikan oleh individu yang berkemahiran dan mempunyai lesen penerbangan dron sahaja. Harga bagi sebuah unit mencecah RM9,799.

Gambar: Fimi.com
Gambar: Fimi.com

 

Xiaomi Fimi 8 Mini

Tidak ketinggalan jenama Xiaomi juga turut mengeluarkan alat dron yang diberi nama Fimi 8 Mini yang dilancarkan pada 18 April 2021. Dron jenama Xiaomi yang berasal dari China ini adalah generasi yang kedua dan mempunyai permintaan agak tinggi oleh pengguna.

Dron ini mempunyai berat yang bergantung kepada bateri yang dipasangkan. Bagi penggunaan bateri pro, berat keseluruhan ialah 245g manakala bateri standard lebih berat sedikit iaitu 258g.

Beralih kepada reka bentuknya, model ini juga mempunyai bilah yang boleh dilipat dan jika dibuka ia memiliki saiz panjang 145mm, lebar 145mm dan tinggi 56mm. Jadi, bentuknya boleh dikatakan sederhana besar tetapi masih comel dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.

 Dari segi pergerakan naik ke udara, ia mempunyai kelajuan maksimum 5m/s manakala untuk mendarat ialah 3.5m/s. Kelajuan bergerak bagi model ini mencecah sehingga 16m/s dan ia mampu terbang setinggi 4,000m di ruang udara.

Selain itu, dengan pemasangan bateri jenis LiPo 25 yang mempunyai kuasa bateri sebanyak 2,200 mAh, model ini mampu bertahan hingga 31 minit dengan jarak maksimum dari alat kawalan jauh ialah 8km.

Walau bagaimanapun ia masih bergantung pada keadaan angin di sekelilingnya. Kamera yang dipasangkan pula memiliki resolusi gambar sebanyak 12MP dan rakaman video sehingga 4K.

Model ini berada di peringkat pertengahan dan masih lagi sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan lesen penerbangan dengan harga RM1,300 seunit.

Gambar: Instagram @gadgetrebellion.com
Gambar: Instagram @gadgetrebellion.com

 

KY101 D 

Sebuah lagi dron asal China ialah KY101 D yang dikeluarkan pada tahun lepas. Ia mempunyai kapasiti penggunaan yang rendah dan sesuai untuk individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia dron.

Mempunyai saiz panjang 17cm, lebar 17 cm dan tinggi 4cm, ia hanya mampu terbang tinggi sebanyak 100 m dan jarak sejauh 80 m sahaja. Tambahan pula, alat kawalan jauhnya tidak rumit untuk dikendalikan dan hanya mempunyai fungsi yang asas seperti alat kawalan jauh yang lain.

Dari segi pergerakan naik di ruang udara, KY101 D mempunyai kelajuan sebanyak 0.83m/s dan terbang setinggi 100m. Memiliki berat hampir 1 kg secara keseluruhan termasuk kamera, hasil gambar dan video pada kameranya boleh dikatakan agak baik kerana memiliki paparan resolusi sehingga 4K(video) dan 8.5MP (gambar). 

Selain itu, KY101 D mempunyai kuasa bateri sebanyak 1800mAh, ia mampu terbang di ruang udara selama 18 minit dengan jarak maksimum 300m.

Namun, disarankan untuk tidak menggunakannya di kawasan angin kuat seperti di persisiran pantai kerana ia tidak memiliki ketahanan yang kuat dan dron ini mudah hilang kawalan.

Anda boleh mendapatkannya dengan anggaran harga RM300 bergantung pada promosi dan aksesori yang diberikan dalam satu set pembelian.

Maka, model KY101 D amat sesuai untuk latihan kawasan tertutup dan sebagai permulaan bagi individu yang mahu memiliki dron sebelum ke tahap yang lebih tinggi. - Getaran, 26 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan Adalah Dilarang - CAAM

2

TARA 11 bulan yang lalu

Apple Jalin Kerjasama Dengan Google Bagi Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan Pintar

3

TARA 11 bulan yang lalu

Mampu Berlegar Di Ruang Udara Selama 45 Minit, DJI Mavic 3 Pro Sebuah Dron ‘Flagship’ Luar Biasa!

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan Sepanjang SAREX LIMA 2023 - CAAM

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN