Berita Terkini

6 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


C SEED M1: TV Boleh Lipat Pertama Di Dunia

Mempersembahkan televisyen pintar teknologi masa hadapan yang mentakrif semula definisi mewah dan gaya.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 9:06AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

C SEED melancarkan C SEED M1 iaitu televisyen (TV) berlayar LED Mikro 4K berukuran 165 inci boleh lipat pertama di dunia, lengkap dengan evolusi terbaru teknologi AV. 

Revolusioner, C SEED M1 mencorak seni terkini dalam teknologi dan reka bentuk TV. Ia hadir bersama tiang berbentuk arca yang muncul secara senyap dari lantai, lalu menyingkap paparan layar 165” yang gah mengembang.

Kerangka aluminiumnya pula bergred pesawat untuk memberikan anda pengalaman tontonan yang ulung. Teknologi LED Mikro 4K menghasilkan warna, kontras dan kecerahan yang mengagumkan. Resolusinya juga sangat menakjubkan.

Oleh kerana layar yang boleh dilipat-lipat, C SEED M1 turut dilengkapi teknologi Adaptive Gap Calibration (AGC), bertujuan untuk ‘menghilangkan’ garisan pinggir antara sisi paparan agar langsung tidak kelihatan. 

“Gaya kontemporari yang kemas, bebas daripada beban pandangan. Sekarang, layar TV besar yang dipasang di dinding sudah menjadi hiasan dalaman yang ketinggalan zaman,” kata Alexander Swatek, Pengurus C SEED.

“C SEED mengorak langkah berbeza dan tampil dengan reka bentuk TV revolusioner,” tambahnya.

 Minimalis, mewah & elegan

Perekanya, Stefan Pani mencipta reka bentuk bingkai yang pintar, lagi menyakinkan dengan sistem pembesar suara bersepadu dan berprestasi tinggi yang muncul dari dasar, tersergam dengan gah di atas tapaknya yang cukup elegan.

Berdasarkan pengalaman hampir sedekad dalam penghasilan TV mewah, C SEED sekali lagi mencipta reka bentuk, kejuruteraan dan teknologi yang terbaik tanpa kompromi. Ini dibuktikan menerusi rekaan Porsche Design Studio yang telah memenangi banyak anugerah. 

C SEED M1 menyediakan hiburan unik dengan kualiti cemerlang tanpa menjejaskan susun atur sesebuah ruang. Ia satu penyelesaian ideal, menggabungkan sistem TV (dengan layar besar) dengan hiasan dalam kontemporari bagi menzahirkan ruang yang lebih luas.

C SEED M1 boleh didapati dalam empat warna dan pelbagai pilihan bingkai untuk dipadankan dengan citarasa dan keperluan ruang. 

Layari C SEED  untuk maklumat lanjut. – Getaran, 3 Mac 2021

Semua gambar : C SEED

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

2

Semasa 2 minggu yang lalu

UMS Laksana Projek Inovasi Atasi Masalah Bekalan Air Serius Dalam Kampus

3

TARA 3 minggu yang lalu

Teknologi Volvo Dalam Bas Dua Tingkat Sani Express - Volvo B11RLE

4

TARA 2 bulan yang lalu

DJI RS 3 Lebih Kecil Dan Masih Berada Ditahap Penggunaan Profesional

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan