Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Persediaan Menunggang Motosikal

Sebelum menunggang motosikal siapkan lima perkara ini bagi memudahkan perjalanan anda di atas jalan raya.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Nov 2021 8:39AM

Gambar: BW9ki_tmouE, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benarkah motosikal lebih sesuai digunakan di kawasan bandar yang sesak? Ada yang berpendapat sedemikian kerana ia mempunyai kelebihan ‘menyelit’ dan melalui ruang yang lebih kecil saat kesesakan berlaku.

Tambahan pula, jika menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja, ia lebih menjimatkan kos perjalanan dari segi jumlah minyak yang digunakan. 

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kadar kemalangan jalan raya membabitkan pengguna motosikal mencatat angka yang lebih tinggi daripada pemandu kereta. 

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya MIROS, Azhar Hamzah, lebih 60 peratus kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu. 

Untuk itu, mereka yang menunggang motosikal haruslah berhati-hati di jalan raya. Segmen teknovasi hari ini berkongsi lima persediaan yang wajar diamalkan oleh penunggang motosikal. 

Gambar: Kseniia Ilinykh, Unsplash
Gambar: Kseniia Ilinykh, Unsplash

Topi Keledar

Topi keledar adalah salah satu peralatan yang wajib dipakai ketika menunggang motosikal kerana ia  melindungi hentakan pada kepala jika berlaku kemalangan. Ia bukan sekadar untuk mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis tetapi undang-undang memang mewajibkan setiap penunggang motosikal memakainya.

Pastikan juga tali topi keledar dipasang dengan betul dan kemas. Ramai ambil mudah perkara ini terutamanya individu yang sering menggunakan alasan jarak dekat tidak perlu bertopi keledar.

Pengguna jalan raya perlu sedar kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekalipun mahu ke kedai berdekatan dengan kawasan perumahan anda, kemalangan tetap boleh berlaku. 

Malah, tiada alasan kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak memakai topi keledar bersaiz kecil kerana boleh didapati di semua kedai berkaitan. 

Gambar: Ben Weinstein, Unsplash
Gambar: Ben Weinstein, Unsplash

Baju Hujan

Namanya sahaja sudah jelas fungsi baju hujan. Ia untuk melindungi kita daripada dibasahi hujan dan percikan air. 

Malah, kini baju hujan dicipta untuk pelbagai kegunaan. Ia bukan sekadar dipakai untuk menghindari basah hujan tetapi boleh juga disarung di siang hari bagi melindungi kulit daripada terkena terik mentari. 

Biasakan diri menyimpan baju hujan di motosikal setiap masa tanpa mengira keadaan cuaca. 

Gambar: Polina Tankilevitch, Pexels
Gambar: Polina Tankilevitch, Pexels

Wang tunai

Sungguhpun zaman semakin maju dan teknologi penggunaan wang semakin canggih, menyediakan sedikit wang tunai dalam poket atau diletakkan di bawah tempat duduk motosikal sangat digalakkan. 

Perkara ini boleh diamalkan bagi tujuan bayaran kecemasan seperti saat tayar bocor akibat terlanggar paku atau minyak habis di tengah jalan. Jika perkara ini berlaku, kita tidak boleh mengandaikan semua bengkel motosikal atau stesen minyak mempunyai kemudahan teknologi pembayaran seperti perbankan dalam talian dan seumpamanya.

Bahkan, masih terdapat lagi sesetengah perniagaan yang tidak menggunakan teknologi ini khasnya di kawasan pedalaman. Jadi, tidak salah untuk anda menyediakan sedikit wang tunai apabila menunggang motosikal.

Walau bagaimanapun, anda tidak disarankan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana masih terdapat risiko jenayah mungkin berlaku sewaktu perjalanan. 

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Bateri telefon bimbit atau power bank dan telefon bimbit

Power bank atau bateri telefon bimbit adalah sejenis peranti yang membekalkan tenaga melalui wayar usb. Ia boleh disambungkan ke telefon pintar untuk mengecas bateri telefon bimbit. 

Zaman sekarang hampir semua orang membawa telefon bimbit ke mana-mana sahaja. Kedua-dua peranti ini sangat penting terutamanya bagi individu yang menunggang motosikal dalam jarak jauh. 

Jika anda menggunakan aplikasi penunjuk arah seperti Google Maps di telefon bimbit, sudah tentu banyak tenaga bateri telefon bimbit akan terpakai. Jadi, pastikan anda ada bekalan bateri tambahan yang cukup melalui penyediaan power bank.

Dua peranti yang melengkapi antara satu sama lain ini bagus untuk dibawa semasa menunggang. 

Memakai Kasut

Kasut perlu dititikberatkan jika mahu menunggang motosikal. Kebanyakan individu ambil mudah perkara ini dengan hanya berselipar.

Kebaikan memakai kasut ialah ia dapat menghindari kaki anda daripada mengalami kecederaan akibat percikan batu-batu kecil. Malah, kini sudah ada kasut kalis air yang sesuai dipakai ketika menunggang motor.

Malang tidak berbau tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah pencegahan sebelum terjadi sebarang kecelakaan. 

Jadi, sebelum menunggang motosikal siapkan lima perkara ini bagi memudahkan perjalanan anda semasa berada di atas jalan raya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 13 jam yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Dekat Selekoh Pun Nak Memotong

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki