web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TM, Astro Bekerjasama Untuk Beri Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi

Kerjasama ini menandakan komitmen kedua-dua syarikat menyokong inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam menyediakan liputan jalur lebar lebih luas dan pengalaman yang lebih baik di seluruh negara.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 5:28PM

Unsplash, JJ Ying

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Telekom Malaysia Bhd (TM) dan anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) hari ini menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam memberikan pengalaman digital berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama itu juga menandakan komitmen kedua-dua syarikat untuk menyokong inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam menyediakan liputan jalur lebar lebih luas dan pengalaman yang lebih baik di seluruh negara, kata TM dan Astro dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Melalui kerjasama strategik ini, TM, melalui TM Wholesale, cabang perniagaan global dan borongnya akan menyediakan Astro dengan rangkaian lengkap infrastruktur dan penyelesaian sambungan yang merangkumi seluruh rangkaian perkhidmatan borong termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), lebar jalur, ‘backhaul’ dan akses Internet.

“Infrastruktur rangkaian gentian yang luas dan kukuh ini akan membolehkan TM dan Astro menyediakan kesambungan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai kepada pengguna mereka.

"Dengan perkhidmatan HSBB TM, Astro juga akan dapat memberikan perkhidmatan jalur lebar kepada pelanggannya tanpa membina infrastruktur baharu sambil memperluaskan liputannya ke kawasan yang lebih luas di seluruh negara melalui rangkaian gentian," kata kenyataan tersebut.

Bagi perkhidmatan Internet, penyelesaian akses internet TM akan membolehkan Astro menawarkan kesambungan internet berprestasi tinggi dan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggannya.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM Imri Mokhtar sebagai sebagai rakan infrastruktur utama untuk perkhidmatan borong HSBB, TM telah memanfaatkan rangkaian berkualiti tingginya di seluruh negara untuk menyokong pertumbuhan jalur lebar industri.

"Kerjasama strategik ini juga membuktikan komitmen kami untuk memastikan rakyat Malaysia diberi pengalaman kesambungan yang lancar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata perkongsian itu meletakkan asas untuk Astro menjadi penyedia perkhidmatan internet.

"Matlamat Astro adalah untuk memberikan pengalaman digital dan jalur lebar terbaik kepada rakyat Malaysia.

"Menggunakan kekuatan rangkaian HSBB TM yang luas, ia membolehkan Astro merealisasikan aliran pendapatan baharu, meningkatkan perkhidmatan jalur lebar kami dengan kandungan pelbagai atau jalur lebar bergerak sendiri dan rangkaian produk-produk lain," katanya.

Kerjasama itu akan memberi Astro lebih banyak fleksibiliti untuk menawarkan nilai dan kemudahan terbaik kepada pelanggannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TM Perkenal Pakej Jalur Lebar Unifi Baharu Serendah RM99 Bagi 100mbps

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN