web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nintendo Lantik Chris Pratt Sebagai Mario!

Illumination dan Nintendo umum tarikh tayangan dan senarai pelakon suara untuk filem animasi 'Super Mario Bros'.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 8:30AM

Gambar: www.denofgeek.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Illumination dan Nintendo mengumumkan Chris Pratt sebagai Mario dan Anya Taylor-Joy sebagai Princess Peach untuk filem animasi, Super Mario Bros.

Dua syarikat gergasi ini turut mendedahkan senarai pelakon suara untuk watak-watak lain seperti Luigi (Charlie Day), Bowser (Jack Black), Toad (Keegan-Michael Key), Donkey Kong (Seth Rogen), Cranky Kong (Fred Armisen) dan Kamek (Kevin Michael Richardson). 

Super Mario Bros dihasilkan oleh Chris Meledandri bersama Shigeru Miyamoti dan diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic. Skrip pula ditulis oleh Matthew Fogel. Setiap pelakon suara dipilih berdasarkan keupayaan mereka menjiwai semangat watak-watak animasi ini.

Anya Taylor-Joy Gambar: Instagram @anyataylorjoy.ar
Anya Taylor-Joy Gambar: Instagram @anyataylorjoy.ar

“Mario dan Luigi adalah dua wira yang paling disayangi dalam budaya pop. Kami merasa berbangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Shigeru Miyamoto dari Nintendo untuk menghidupkan watak-watak ikonik ini,” kata Chris Meledandri, Pengasas Illumination.

Shigeru Miyamoto selaku wakil Pengarah Nintendo pula berkata, “Kami bekerjasama dengan Chris dan pasukannya yang berpengalaman bagi menghidupkan Super Mario Bros di layar perak untuk penonton menikmati, tanpa mengira mereka tahu atau tidak tentang permainan ini.

“Setakat ini, penghasilan animasi ini adalah konstruktif dan berjalan dengan baik. Kedua-dua pihak saling belajar antara satu sama lain. Kami dengan rendah hati meminta peminat menunggu sedikit masa lagi untuk tayangan perdana Super Mari Bros,” ucap Miyamoto. 

Filem animasi ini mengisahkan tukang paip bermisai ikonik, Mario bersama adiknya, Luigi yang dalam kembara bagi menyelamatkan Princess Peach di Mushroom Kingdom daripada cengkaman watak penjahat bernama Bowser.

Direka oleh Shigeru Miyamoto pada 1985, permainan arkib bergenre kembara aksi ini sangat popular di era 80-an, sehinggakan pernah diangkat menjadi filem Hollywood (dengan nama sama) pada 1993 dan masih kekal relevan selepas 36 tahun berada di pasaran.

Super Mario Bros dijadualkan untuk tayangan perdana pada 21 Disember 2022 di wilayah Amerika Utara, sementara tayangan seluruh dunia bakal diumumkan pada satu tarikh akan datang. Animasi ini dibiayai oleh Universal Pictures dan Nintendo. – Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Ron’s Gone Wrong', Robot Juga Punya Hati

2

Filem & TV 5 tahun yang lalu

Semangat Serantau Runut Bunyi 'Raya And The Last Dragon'

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan