Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


VW Arteon R-Line 4Motion Baharu – Sangat Berkuasa!

Baca ulasan lanjut mengenai Volkswagen Arteon R-Line 4Motion facelift oleh Shazreeq Alhadi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi peminat kenderaan berprestasi tertinggi seperti saya, melihat kenderaan seperti Volkswagen (VW) Arteon di atas jalan raya adalah sesuatu yang mengujakan.

Terdahulu, peminat VW cukup sinonim dengan kereta Golf atau Scirocco kerana prestasi enjin yang sanagt mantap. Tetapi ianya kereta kompak, mungkin kurang memberi maksud kepada peminat kenderaan sedan.

Pada Ogos tahun lalu, VW Arteon R-Line telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Tahun ini peminat jenama VW pasti lebih gembira dengan kehadiran Arteon R-Line facelift, yang telah kemaskini prestasi enjinnya, 2.0 TSI 4Motion, dengan tambahan lebih kuasa dan pacuan kesemua roda.

 

PRESTASI & PEMANDUAN

Jentera ini sangat berkuasa. Kuasanya dijana oleh unit enjin EA888 (yang digunakan oleh kesemua platform MQB) 2.0 liter turbocas empat-silinder.

Enjin ini menghasilkan 280 PS dari 5,100 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm antara 1,700 dan 5,600 rpm. Ianya mempunyai peningkatan sebanyak 90 PS dan 30 Nm berbanding model sebelum ini.

Daya pecutan yang dimiliki amat memberangsangkan. Pecutan dari 0 hingga 100km/j memerlukan hanya 5.6 saat adalah sesuatu yang menggembirakan penggemar kereta berprestasi tinggi.

Kuasa yang dijana oleh enjin 4 silinder ini mampu memberikan anda pengalaman pemanduan yang mengujakan, ditambah dengan kotak gear direct shift klac berkembar basah DSG 7-kelajuan untuk memacu kesemua empat roda.

Sistem suspensi yang lembut juga membantu meningkatkan prestasi pemanduan. Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Multi-Link (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar Pirelli P Zero bersaiz 245/40 R19.

Untuk penggunaan petrol pula, ianya serendah 7.4 liter/100 km (mengikut risalah yang diberikan).

Pemandu boleh mengubah suai pemanduan mereka melalui ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dengan 15 pilihan peningkatan dan lima mode pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

 

KESELAMATAN

Arteon R-Line 4Motion ini dilengkapi dengan sistem-sistem keselamatan bertaraf antarabangsa.

Ia dilengkapi dengan rangkaian bantuan pemandu untuk melindungi penumpang. Ini termasuklah ciri Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert system bagi memastikan setiap perjalanan kekal selamat.

Ciri Rear Cross Traffic Alert memberi amaran objek yang mendekat dalam sudut 180 darjah, pada jarak sehingga 50 meter dengan kelajuan mencecah 12km/j ketika kereta diundur.

Sistem 360° Area View Arteon menggunakan empat unit kamera yang diletakkan secara strategik untuk memberikan pandangan 360°. Ini membolehkan pemandu melihat kawasan keliling untuk memudahkan urusan memarkir kenderaan.

Ciri-ciri keselamatan lain yang ada pada Arteon baharu termasuklah Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua.

Intelligent Crash Response System (ICRS) pula mengambil langkah awal ketika kemalangan dengan menyekat saluran bahan api, membuka pintu dan menyalakan lampu amaran.

Manakala Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.

Ciri keselamatan standard pada Arteon baharu ialah seperti Electronic Stability Control (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS), Brake Assist (BA) dan Active Bonnet untuk melindungi pejalan kaki.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar berperanan memantau tekanan setiap tayar, sementara ciri Manoeuvre Braking akan menekan brek secara automatik apabila ia mengesan objek pada kelajuan sehingga 10km/j. Arteon juga dilengkapi dengan tujuh unit beg udara.

 

KABIN

Ruangan kabin sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kereta VW Passat B8 milik saya. Ruang kabin amat selesa dengan balutan kulit pada kerusi serta stereng dan sentuhan futuristik menambahkan kehebatan reka bentuk kabin.

Tempat duduk ErgoComfort dibalut dengan sempurna oleh kulit Nappa Carbon. Pemandu turut ditawarkan dengan pilihan 14 larasan dan fungsi urutan untuk memberi lebih keselesaan ketika memandu.

Logo R juga disulam berbeza dengan model sebelum ini, dimana ianya disulam dengan logo R-Line. Ruang dalaman Arteon baharu yang luas nyata elegan dan sporty, lengkap bersama kemasan perak R-Line dan stereng baharu.

Ciri untuk pemandu juga inovatif, intuitif dan boleh diubahsuai. Semua maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro (9.2 inci) yang kini menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Aspek ketersambungan tersebut ditambah baik menerusi butang sentuhan haptik pada stereng yang memberi maklum balas tepat. Paparan Digital Cockpit bersaiz 11.7” yang memaparkan maklumat penting apabila diperlukan.

Pemandu boleh mengakses maklumat pemanduan menerusi enam pilihan skrin dan lebih 30 gabungan, ini termasuklah navigasi 2D dan 3D serta paparan peta penuh 100%.

Sistem audio premium Harman Kardon 700-watt menyempurnakan lagi ruang dalamannya yang mewah dengan 12 unit pembesar suara yang memberikan kualiti akustik terbaik. Ia menawarkan kualliti akustik terbaik dalam empat mode – Pure, Chill Out, Live dan Energy.

Suasana mewah ruang kabin ditingkatkan dengan lampu ambien bersama pilihan 30 warna yang boleh dilaras kepadatannya. Sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ tiga zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan.

 

REKA BENTUK

Ini adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi bagi saya, reka bentuk Arteon R-Line 4Motion sangat maskulin.

Dengan reka bentuk luaran dan garis badan tersendiri, Arteon baharu tampil berani. Garis badan yang beralun pada keseluruhan kereta, memberikannya penampilan cukup dinamik dan mantap.

Dilengkapi sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu hadapan itu juga dipasang dengan ciri Dynamic Cornering Lights. Lampu belakang LED 3D hadir bersama lampu isyarat membelok secara berturutan.

Arteon juga dilengkapi ciri All Weather Light untuk memberikan iluminasi lebih luas bagi meningkatkan pandangan ketika cuaca buruk dan cahaya kelam.

Arteon baharu menetapkan standard apabila berbicara tentang ruang. Ketika tingkap tanpa bingkai memberi gayaan tipikal sebuah grand tourer, pintu belakang dengan engsel di bahagian atas membolehkan bukaan optimum kepada ruang but yang luas.

Bukaan pintu yang luas itu menawarkan ruang mencecah 563 liter, terbaik dalam kelasnya. Sebagai tambahan, ciri Easy Open and Easy Close membolehkan but dibuka tanpa sentuhan tangan dan but ditutup lebih perlahan.

Ini membolehkan pemandu untuk mengeluarkan barangan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan lebih mudah.

Harga bermula pada RM247,670.97 dengan pengecualian cukai jualan. Ia hadir bersama penyelanggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Warna-warna yang ditawarkan: tiga pilihan warna metalik iaitu kelabu (Manganese Grey), biru (Lapiz Blue) dan perak (Pyrite Silver); serta dua warna mutiara; hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).

Untuk lebih info, layari https://www.volkswagen.com.my/ - Getaran, 21 Ogos 2021

Semua gambar: https://www.volkswagen.com.my/ 

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Entah Siapa Yang Salah, Ku Tak Tahu...

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kenapalah Buat Kereta Orang Macam Tu...

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok