web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Hotel Menarik di Singapura

Biarpun negaranya kecil, namun Singapura mempunyai ratusan pilihan hotel yang menarik. Kami kongsikan sembilan hotel yang menawan untuk anda kunjungi kala pandemik usai nanti.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Aug 2021 11:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ya, dunia masih dilanda pandemik COVID-19 dan semua orang sedang menantikan mimpi ngeri ini berakhir. Buat yang suka mengembara pasti sudah tidak sabar lagi untuk menjelajah ceruk-ceruk dunia sebaik sahaja kita dibenarkan merentasi sempadan antarabangsa.

Namun sebelum berangan jauh hendak ke benua lain, berdoalah dulu untuk kita sekurang-kurangnya dapat melawat negara jiran terhampir seperti Singapura, Indonesia serta Thailand. Ketiga-tiga negara ini mempunyai banyak tarikan pelancongan dan jiran terdekat kita, iaitu Singapura menjanjikan ajnas pilihan penginapan buat para pelancong.

Jadi, jika sudah menyimpan hajat untuk melawat Kota Singa itu sebaik sahaja diberi kebenaran selesai wabak ini berakhir, kami syorkan anda untuk mencuba salah satu (atau mungkin kesemua) sembilan hotel yang disenaraikan di sini.

 

Oakwood Studios Singapore

Terletak di kawasan perumahan berdekatan pusat kota Singapura di daerah Mount Elizabeth, Oakwood Studios bukan hotel biasa tetapi berkonsep serviced apartment atau pangsapuri dengan perkhidmatan.

Ini terlihat dengan konsep seni reka dalaman serta seni binanya yang cukup ranggi dan menakjubkan. Malah terdapat beberapa unit studio yang lengkap dengan piano sendiri bagi mereka yang suka bermain piano dan mahukan unsur muzik dalam bilik mereka.

 

One Farrer Hotel

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Hotel ini mudah ditujui kerana berada betul-betul di atas stesen Farrer Park. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen MRT sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel.

Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, ia diserikan dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Escape Restaurant and Lounge.

Paling istimewa, daging ayam dan lembu yang disajikan di restoran mereka adalah berstatus halal. Tidak ketinggalan mereka juga mempunyai kebun kecil mereka sendiri di mana, hasilnya digunakan untuk ramuan masakan di dapur mereka.

Kawasan kebun terbuka ini juga sering dijadikan tempat penganjuran acara buat mereka yang inginkan kelainan.

 

Parkroyal Collection, Marina Bay

Parkroyal Collection, Marina Bay telah pun selesai transformasinya menjadi 'taman-dalam-hotel' yang pertama di Singapura. Ini menjadikan hotel ini sebagai salah satu hotel yang paling tertumpu kepada sudut ekologi serta inovasi di negara tersebut.

Hotel ini menempatkan lebih dari 2,400 tanaman, pokok, belukar dan penutup tanah daripada lebih 60 jenis flora. Reka bentuk landskap secara keseluruhan mengintegrasikan tumbuh-tumbuhan tersebut ke bahagian dalaman hotel, untuk memberi ilusi berada dalam hutan berlapis dan menghijau.

Berjalan-jalan di sepanjang Skybridge sambil menikmati laluan pejalan kaki di atas kanopi hutan, diapit oleh paviliun yang menggambarkan pemandangan sarang burung yang tersembunyi di sebalik puncak pohon membezakan hotel ini dengan hotel lain.

Tidak ketinggalan Restoran Aquamarine mereka menyajikan makanan yang disahkan halal.

 

Shangri-la Singapore

Hotel yang mempunyai dua bangunan utama ini menawarkan penginapan di beberapa sayap bangunannya. Ia menyediakan 792 buah bilik dan suite yang menakjubkan.

Tersergam indah di tengah-tengah kawasan perumahan, ia juga tidak jauh dari pusat bandaraya serta sangat berhampiran dengan stesen MRT Orchard. Ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah dan aneka restoran.

Dengan segala keperluan yang harus ada pada sebuah hotel serba mewah, hotel ini wajar diberi peluang jika anda berkemampuan.

 

Jen Tanglin Singapore

Hotel Jen ini melakar kejayaan yang tersendiri apabila menjadi hotel antarabangsa pertama menggunakan ‘autonomous relay’ robot di Asia. ‘Pekerja robot’ ini mampu menghantar pesanan menu dan menyediakan kemudahan kepada tetamu terus ke bilik, apabila pesanan dibuat.

Terletak di lobi hotel setiap hari, Jena disesuaikan dengan pakaian seragam mereka yang terang merah jambu sebagai warna jenama Jena, dilekatkan dengan basikal signatur yang memudahkan perjalanannya.

Jena berketinggian hampir satu meter dan datang dengan keupayaan untuk bergerak tanpa pemandu di sekitar hotel dengan kelajuan yang selamat sekitar 2.5km/j, separuh daripada kelajuan purata manusia yang normal.

 

Carlton Hotel Singapore

Sebagai salah satu hotel persendirian terbesar di Singapura, Carlton Hotel berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Lokasi hotel ini sangat berdekatan dengan stesen MRT Bras Basah. Rekaan bangunan hotelnya juga sangat unik, gara-gara seni reka bentuk hotel ini yang mempamerkan jendela-jendela kaca serta lengkungan di bahagian tengah menara hotel ini.

 

Quincy Hotel Singapore

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Apa yang membezakan Quincy Hotel dengan hotel-hotel lain adalah imejnya yang lebih ‘mudah’ tapi ranggi. Lebih menarik lagi, setiap tamu yang bermalam akan diberi makanan percuma di mini bar, koktel serta minuman petang dan hidangan ringan sepanjang hari!

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Hotel ini juga mempunyai sebuah kolam renang indah dengan pemandangan pencakar langit Singapura yang lengkap dengan lampu LED warna-warni yang menyala secara automatik di waktu malam.

 

30 Bencoolen

Terletak di Jalan Bencoolen, hotel ini juga berdekatan dengan beberapa stesen MRT seperti Bencoolen, Bras Basah dan juga Dhoby Ghaut.

Bilik-bilik di hotel ini direka minimalis namun indah. Dan ada beberapa kamar yang dimeriahkan lagi dengan balkoni yang dihiasi pohonan hijau yang membuat anda tidak berasa seperti di tengah kota. Saiz kamarnya juga pelbagai dan tidak sekecil hotel-hotel lain berdekatan.

Tak lupa juga kolam renang di rooftop hotel ini. Satu-satunya di Jalan Bencoolen! Dengan lokasi strategik dan harga yang berpatutan, ia memang patut masuk dalam senarai penginapan anda.

 

Studio M Hotel Singapore

Buat anda yang gemarkan keunikan serta kelainan dalam tempat penginapan anda, cubalah bermalam di Studio M Hotel yang terletak berdekatan dengan Robertson Quay dan Clarke Quay di Singapura.

Ia merupakan hotel berkonsep loteng pertama di Singapura semasa dibuka sekitar sedekad lalu. Oleh kerana konsep bilik-biliknya adalah seperti loteng, kesemua bilik dilengkapi dengan tangga untuk naik ke bahagian atas loteng masing-masing.

Ada beberapa bilik yang mempunyai katil di bawah dan meja serta televisyen di atas ataupun sebaliknya.

Ada juga yang mempunyai katil di atas dan di bawah tetapi secara amnya kesemua bilik membuatkan anda berasa anda tinggal di sebuah pangsapuri yang sangat trendy. - Getaran, 8 Ogos 2021.

Semua gambar ihsan setiap hotel, kecuali tertera

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini