Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jadi Cef 'Instant' Dengan 3 Resipi Mudah Ini

Anda sudah bosan mencuba masakan viral yang entah sedap entahkan tidak? Apa kata cuba resipi tiga hidangan setanding restoran yang lebih mesra dengan cita rasa tempatan ini?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 8:58AM

oleh

Ely Azyze

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan tahun lalu, Malaysia melihat perubahan ketara dalam penyediaan masakan di rumah. Tidak terhad pada para ibu dan suri rumah, lebih ramai remaja dan anak muda mula bereksperimentasi di dalam dapur dan berkongsi pengalaman mereka di medsos (media sosial).  

Jika anda sudah bosan mencuba masakan viral yang entah sedap entahkan tidak, apa kata cabar skill masakan anda dengan 3 hidangan setanding restoran yang lebih mesra dengan cita rasa lokal? Kesemua bahan boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai runcit dan pasar raya. Sedia… jom mula! 

 

AYAM IJAU SUPSAP!

Bagi peminat makanan Padang, lauk balado atau masak cili hidup kasar ini sememangnya tidak asing lagi. Samada menggunakan cili merah atau hijau, pedas menyengat atau sedap-sedap sahaja, masakan balado boleh diolah mengikut kadar kepedasan yang bersesuaian.

Resipi ayam balado hijau ini telah diubah suai dengan tambahan daun kari bagi rasa yang unik dan ummphh. Ia sangatlah mudah dan pantas disediakan, supsap supsap dah siap!

Bagi yang berkerja dari rumah, anda pasti sempat memasak dan menjamah lauk ini dalam tempoh makan tengah hari anda. Hidangkannya dengan nasi panas, sedikit kicap dan ulam-ulaman, tentu syok!

Kosnya pun kecil jadi ia juga sesuai dijadikan lauk ‘save budget’ buat si teruna dan dara (tak perlu ikat perut lagi!).

Tahap kesukaran: 1      Bajet: RM10 untuk 3 orang

Sesuai untuk: Makan tengah hari atau malam yang pantas

  • 4-5 ketul ayam
  • Kunyit dan garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak

Bahan Kisar Kasar A:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas

Bahan Kisar Kasar B:

  • 8 cili hijau
  • 5 cili padi merah
  • Segenggam daun kari
  • 2 serai, titikkan
  • *½ kiub ayam atau 1 sudu kecil perasa makanan
  • *1 asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam hingga masak. Keluarkan dan ketepikan ayam.
  2. Keluarkan separuh minyak gorengan ayam dari kuali. Dengan api sederhana, masukkan bahan kisar A, daun kari dan serai ke dalam kuali. Tumis selama 3-4 minit sehingga berbau harum.
  3. Masukkan bahan kisar B dan bahan (*), gaul sebati dan biarkan sehingga cili masak. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan ayam goreng, gaul sehingga cili meliputi ayam. Tutup api dan hidangkan lauk ini panas-panas.

 

 

PESTO PASTA & SALMON PANGGANG

Terperuk dalam rumah dek PKP bukan alasan untuk tidak menyambut hari istimewa keluarga atau pasangan tercinta. Apa kata cuba kombinasi pasta pesto rosso, salmon panggang dan salad yang tampak mewah dan rumit, tapi sebenarnya mudah tak terkata!

Pesto rosso, atau adunan pesto dari tomato kering, badam, herba Itali, bawang putih serta minyak zaitun merupakan sos versatil yang boleh juga digunakan untuk sandwic, masakan berdaging mahupun ikan.

Untuk menjimatkan masa, kita akan gunakan pesto rosso yang dijual di pasar raya. Selain itu, sos bijan panggang dan salad segar memberi dimensi umami berkrim yang mengimbangi juadah ini dengan sempurna.

Dengan rupa yang instaworthy, jangan terkejut jika si dia teruja memuji anda anda di media sosial.

Tahap kesukaran: 1      Bajet: RM50 untuk 2 orang

Sesuai untuk: Makan malam romantis bersama si dia

  • 2 keping ikan salmon
  • Secubit garam, serbuk lada hitam dan serbuk cili
  • ½ pek pasta spageti
  • 5 sudu besar adunan pesto tomato kering (pesto rosso)
  • 2 sudu besar serbuk parmesan
  • 2-3 jeruk zaitun dan sedikit caper (jika mahu)
  • Daun salad
  • 1 paket sos bijan panggang Kewpie
  • Sos Sriracha (jika mahu)

Cara-cara

  1. Lumur salmon dengan secubit garam, serbuk lada hitam dan serbuk cili. Anda boleh buat serbuk cili sendiri dengan mengisar cili kering tanpa air.
  2. Panaskan kuali leper kalis-lekat. Bila sudah panas, masukkan salmon (kulit ke atas). Masak setiap sisi selama 3-4 minit. Tutup api dan angkat.  
  3. Panaskan air dalam periuk dan masukkan secubit garam. Bila air mendidih, masukkan spageti dan masak mengikut waktu yang tertulis di bungkusan. Angkat dan toskan pasta bila ia sudah al dente (masak tapi masih sedikit kenyal).
  4. Dalam mangkuk, gaulkan spageti dengan pesto rosso, zaitun dan caper. Bila sebati, taburkan serbuk parmesan dan gaul lembut.
  5. Susun salmon dan salad di dalam pinggan. Gulungkan spageti dengan penyepit dan hidangkan agar tampak kemas. Letakkan secolek sos Sriracha di atas salmon dan akhiri dengan tuangan sos bijan panggang ke atas salad.

 

 

LAKSA UTARA

Tahukah anda, perkataan laksa merupakan frasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’ kerana bahan-bahan untuk membuat masakan terkemuka utara ini sememangnya banyak dan renyah dibuat secara tradisional?

Walau bagaimanapun, jangan gentar mencuba makanan kegemaran ramai ini kerana kita mempunyai kelebihan berbanding nenek moyang kita – teknologi.

Berbekalkan pengisar dan sedikit kesabaran, anda juga boleh menjadi ‘cef’ kesayangan mertua!  

Tahap kesukaran: 3      Bajet: RM40 untuk 5 orang

Sesuai untuk: Makan-makan sekeluarga / bersama teman

  • 1 bungkus laksa beras
  • 1kg ikan kembung
  • 1 cekak daun kesum*
  • 3 bunga kantan, dibelah 2*
  • 3-4 asam keping*
  • Belacan sebesar ibu jari, dibakar*
  • Gula & garam secukup rasa*

Bahan kisar A:

  • 10 cili kering , potong dan rebus, buang biji
  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis, cuci bersih

Bahan-bahan tambahan perasa (condiment):

  • 15 cili padi, hiris
  • 1 timun, hiris nipis
  • 1 limau nipis, potong serong
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun pudina
  • Secekak daun selom, hiris
  • 5 telur rebus, dibelah 2

Cara-cara:

  1. Rendam laksa selama 10 minit, dan rebus sehingga laksa lembut. Toskan. 
  2. Siang ikan kembung dan rebuskan dalam periuk bersama 1 asam keping selama lebih kurang 20 minit. Bila ikan masak, toskan dan ketepikan kuah tersebut.
  3. Asingkan isi ikan ke dalam pengisar. Kisar dengan sedikit air rebusan ikan sehingga tekstur halus. Masukkan semula ke dalam periuk air rebusan tadi.
  4. Kisar pula kesemua tulang ikan dengan sedikit lagi air rebusan sehingga halus. Tapis dan tuang air tapisan tersebut ke dalam periuk. Buangkan saki-baki tulang halus yang tinggal.
  5. Buka api dan masukkan Bahan Kisar A. Masak pada api sederhana selama 20-30 minit.
  6. Masukkan bahan (*) dan biarkan kuah mendidih untuk menyebatikan rasa. Tutup api.
  7. Masukkan laksa dan kuah laksa ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan kondimen. Siap!

Selamat mencuba! - Getaran, 24 Julai 2021

Semua gambar: Ely Azyze

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 57 - Rahsia Masak Nasi Lemak Buat 'First Timer'

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 52 - 2 Hidangan Mudah Anda Wajib Cuba Untuk Sahur

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 50 - Jom Makan: 3 Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang

4

Selera 2 tahun yang lalu

Resipi Biskut Oat Cip Coklat Rangup

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi