Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Veto’ Menemukan Dua Generasi Hip Hop Terunggul

Sebuah lagi karya hip hop hasil gabungan dua generasi berbeza mencetus fenomena baharu dalam industri muzik tanah air.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 9:26AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hip hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. 

Oleh sebab itulah dua generasi dari dunia hip hop tempatan telah bergabung dan bersuara melalui ‘Veto’, sebuah karya hebat keluaran Def Jam Recordings Malaysia. Lagu ini telah mempertemukan senior industri, iaitu DJ Cza, bersama pasangan hip hop unggul TujuLoca dan juga bintang rap terkini, MK

Mereka memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

DJ Cza atau nama sebenarnya Ceza Mutyara mengakui bahawa bekerjasama dengan MK dan TujuLoca (Tuju K-Clique dan Loca B)  dalam ‘Veto’ adalah pengalaman yang cukup menarik. 

“Sebelum ini saya sudah pernah bertemu mereka dalam program 'Showcase 16 Baris.'

“Mereka membuat persembahan dan pada waktu itu terdetik di hati saya bahawa suatu hahti nanti mereka akan jadi penyanyi hip hop yang meletup.

“Dan, ia memang benar. Mereka antara artis hip hop yang sedang mencipta nama pada masa kini,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan hip hop Ahli Fiqir. 

Bekerjasama dengan MK dan TujuLoca juga ibarat deja vu buat DJ Cza. 

“Ia seperti mengingatkan semula dengan Ahli Fiqir. Ada tiga lelaki dan seorang wanita yang menganggotainya. Saya terasa kolaborasi ini seolah-olah seperti The New Ahli Fiqir,” katanya DJ Cza yang pernah meledak dengan lagu 'Samseng' dan 'Angguk-Angguk Geleng-Geleng' bersama Ahli Fiqir. 

'Veto' adalah muzik ciptaan sepenuhnya DJ Cza yang mana inspirasinya tercetus kala dia sedang berjoging di suatu pagi. 

Beat itu sentiasa berulang-ulang di dalam kotak ingatan saya. Lalu, saya cuba siapkan melodinya. Ia mengambil masa selama 5 hingga 10 minit. Memang sangat cepat. 

“Saya hantarkan pada Tuju dan dia menyukainya. Akhirnya kolaborasi ini tercetus,” katanya.

Saat ditanya apa erti 'veto' pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa.'

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, 'Veto' adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique iaitu MK dan Tuju memberikan persembahan terbaik dalam lagu ini dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara Loca B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya. 

Korusnya, "Ku memveto, veto / Pusing bulatan metro / Selok belok yang bahaya /Jangan tergopoh-gopoh”, adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita. Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai pesanan.

Penulisan lirik ‘Veto’ yang mengetengahkan pengunaan kasta bahasa yang agak sukar difahami rata-rata membuat pendengar juga cukup kagum sehingga ada pengguna laman media sosial Twitter cuba mengkaji bait-bait perkataan itu mengikut kefahaman mereka sendiri.

Malah karya ini juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu 'Ciao' oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum. 

Semoga lebih banyak lagi kolaborasi positif gabungan aneka generasi seperti ini akan terhasil di masa hadapan dalam arena muzik serantau dan tempatan – Getaran, 11 Jul 2021.



Semua gambar: Def Jam Malaysia

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 12 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah