web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teringin Makan Mochi? Dalam Talian 'Kan Ada!

Anda peminat mochi? Kalau tidak tahu di mana hendak dapatkannya, di sini Getaran senaraikan beberapa pilihan yang boleh dicuba untuk membelinya secara dalam talian. 

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 1:01PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mochi adalah kuih Jepun yang terbuat dari beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional atau perayaan Tahun Baru Jepun. Namun, jenis kuih ini dijual dan dapat diperoleh di kedai-kedai kuih sepanjang tahun. Ia juga popular di Malaysia dan rantau Asia umumnya.

Anda peminat mochi? Selalunya di mana anda beli hidangan ini untuk memuaskan selera? Dengan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang ini mungkin ada kedai yang sering dikunjungi ditutup atau jauh dari rumah (luar daerah). 

Janganlah kecewa atau buntu, sekarang ini ada banyak cara untuk membeli hidangan kegemaran anda. Bukan setakat di platform tempahan makanan, di laman media sosial pun banyak. Capai telefon, intai Twitter, intai Instagram dan intai Facebook pasti keinginan anda dapat dipenuhi. Kalau tidak tahu di mana hendak dapatkannya, di sini Getaran senaraikan beberapa pilihan yang boleh dicuba. 

Tak perlu berkira-kira lagi, cuba bayangkan ketika anda bergelut dengan kerja-kerja pejabat yang tidak pernah habis (walaupun bekerja di rumah), anda dapat menikmati sebiji mochi yang intinya cair dimulut. Tak ternilai bukan? Jom beli!

Tip Top Durian

Kalau anda penggemar mochi dan juga durian, rebutlah peluang untuk menikmati mochi yang dijual oleh Tip Top Durian. Tiada penyesalan kerana inti duriannya mewah dan segar. 

Terdapat dua jenis inti durian yang boleh anda pilih iaitu D24 dan Musang King. Tiada bahan pengawet, tiada perisa tiruan yang digunakan. Malah, ia juga disahkan halal. Selain mochi, anda juga boleh beli durian, kek durian dan ais krim durian daripada jenama ini. 

Boleh hubungi di sini untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut.  

Royale Mochi

Kalau menjengah ke Instagram Royale Mochi, anda akan teruja dengan pelbagai pilihan perisa yang tersedia. Sesuai dengan namanya, rupa bentuk mochi ini juga cantik dan comel dengan warna-warna pastel yang menggoda. 

Dijual bermula pada harga RM15 sebungkus (10 biji) anda boleh dapatkan inti keju, kacang merah, bluberi, strawberi, matcha, kelapa, mangga, coklat, durian D24, keladi dan banyak lagi. Fakta yang anda harus tahu, mochi jenama ini adalah bebas gluten, boleh disimpan sehingga lapan bulan di dalam peti sejuk beku dan ia juga mengandungi bahan pengawet. 

Kawasan penghantaran Royale Mochi juga meluas, terutamanya di Lembah Klang. Selain itu, ia boleh didapati di beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang dan Perlis.

Mochewy

Jenama yang semakin mendapat tempat di hati peminat mochi ini menyediakan mochi tradisional dan juga mochi ais krim.  Kalau anda buat carian #halalmochi di Instagram, Mochewy antara posting teratas yang boleh dilihat. Menjengah ke akaun Instagram mereka, ramai pelanggan nampaknya memberi maklum balas positif. 

Antara perisa yang boleh didapati daripada Mochewy iaitu coklat, mangga, strawberi, matcha kacang merah dan yang paling laris Keju Hanjuku dan Durian Musang King. Tentang harga jangan bimbang, kerana ia dijual pada harga yang sangat kompetitif, iaitu serendah RM15. 

MyOishiMochi

Fluffy Sensation, itu yang dijanjikan oleh jenama dalam talian (Instagram) ini. Sedap, lembut dan halal, itu adalah kelebihan mochi jenama ini. Selain itu, intinya juga banyak, puas dimakan. Antara perasa yang mesti anda cuba ialah kacang merah, matcha adzuki, pandan dan durian. Keempat-empat perisa ini mewah dengan rasa dan terasa segar. 

Mochi ini juga sedia untuk dimakan, sama ada pada suhu bilik, ataupun disimpan sejuk terlebih dahulu. Hendak tahu sama ada tempat tinggal anda termasuk dalam kawasan penghantaran atau tidak? Cuba semak di sini

Sama seperti Royale Mochi, jenama ini juga punya liputan penghantaran yang meluas. Sehingga kini, selain boleh didapati di Lembah Klang, MyOishiMochi juga ada di pantai timur, selatan dan utara. Bahkan, ia juga sudah sampai ke Sarawak.  

Ais Krim Mochi Wall’s

Bukan baru, tetapi sudah lebih setahun produk keluaran Wall’s ini menjengah pasaran. Benar, ia bukanlah produk yang hanya dijual secara dalam talian, tetapi boleh didapati di kebanyakan pasaraya dan kedai serbaneka. Jika anda belum pernah menikmatinya, apa kata cubanya sekarang. 

Boleh didapati dalam tiga perasa menawan iaitu durian, strawberi keju dan durian matcha. Aiskrim mochi ini pasti tidak menghampakan, terutamanya jika anda penggemar ais krim Wall’s. Di antara ketiga-tiga perasa, durian matcha paling memikat selera. Kulitnya memberi rasa matcha yang kuat, dan sebaik sahaja gigitan anda mengena pada aiskrim, letusan rasanya tidak terkata.  

Cepat dapatkan di mana-mana pasaraya, atau lebih mudah lagi, tempah dalam talian. Ada di Shopee, Lazada, dan juga secara dalam talian di Tesco 

Selamat menjamu selera! - 10 Jul 2021.

Kredit foto dari Instagram setiap jenama

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini