web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warna-Warni Wisata Wellington

Ketahui sudut-sudut menarik kota Wellington yang juga pusat pentadbiran serta ibu negara New Zealand.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 1:05PM

Wellington dari puncak Gunung Victoria

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah sebuah negara yang semakin mendapat tempat di kalangan para pelancong Malaysia gara-gara penerbangan tambang rendah serantau adalah New Zealand.

Negara kecil ini terletak bersebelahan Australia dan lebih dikenali oleh ramai orang sebagai negara yang mempunyai keindahan semula jadi yang menakjubkan. Oleh kerana itu juga, ia menjadi lokasi pilihan siri filem Lord Of The Rings dan juga The Hobbit.

Namun, ramai yang mungkin tidak tahu tentang ibu negara New Zealand sendiri, iaitu Wellington. Sebuah bandaraya yang agak kecil namun mempunyai tarikannya tersendiri.

Gambar: Pat Ho, Unsplash
Gambar: Pat Ho, Unsplash

Wellington bukan sahaja merupakan ibu negara New Zealand tetapi ia juga merupakan kota kedua paling banyak penduduk di New Zealand selepas Auckland.

Walau bagaimanapun untuk sampai ke Wellington, tiada penerbangan langsung dari Malaysia, jadi kebanyakan pengunjung akan terbang ke Auckland ataupun Christchurch, kemudian dari salah satu kota tersebut terdapat banyak penerbangan murah ke Wellington.

Sejajar dengan kedudukan Wellington sebagai ibu negara New Zealand, pusat pentadbiran negara tersebut juga tertumpu di situ dan kawasan parlimen New Zealand juga merupakan sebuah tempat yang sangat cantik untuk mengambil gambar!

Bangunan Parlimen di Wellington
Bangunan Parlimen di Wellington

Cara paling cepat untuk menjelajah Wellington adalah dengan menaiki perkhidmatan bas ‘Hop On Hop Off’ kota tersebut.

Berbanding bas ‘Hop On Hop Off di kota-kota besar lain yang menggunakan bas dua tingkat, bas pelancong di Wellington ini menggunakan perkhidmatan bas kecil dengan jumlah penumpang yang tidak terlalu ramai.

Namun ia lebih peribadi dan mudah untuk bertanya kepada pemandu pelancong.

Antara lokasi yang harus dilawati adalah Mount Victoria Lookout, yang merupakan tempat paling ideal untuk melihat keseluruhan kota Wellington dari puncak yang paling tinggi. Ia terletak di Gunung Victoria dan dikelilingi rumah-rumah indah penduduk setempat.

Untuk mengenali budaya serta sejarah penduduk New Zealand pula, jangan lupa lawati Muzium Te Papa yang mempunyai banyak peninggalan sejarah serta informasi tentang asal-usul negara tersebut.

Perjalanan ke muzium itu juga sangat menyenangkan kerana ia terletak berdekatan kawasan dermaga atau ‘waterfront’ yang cantik.

Contoh arca seni di Muzium Budaya Te Papa
Contoh arca seni di Muzium Budaya Te Papa

Tidak ketinggalan juga adalah Zoo Wellington yang bukan sahaja sebuah tarikan pelancongan, tetapi mereka juga mempunyai misi untuk menyelamatkan haiwan liar.

Sebagai contoh, mereka menyokong persatuan pemeliharaan Free The Bears di mana mereka mempunyai beberapa Beruang Malaya di situ. Malah mereka satu-satunya tempat di New Zealand yang mempunyai beruang tersebut.

Memerang di Zoo Wellington
Memerang di Zoo Wellington

Mereka juga mempunyai sebuah hospital binatang iaitu ‘The Nest Te Kohanga’ yang merawat aneka haiwan liar. Para pengunjung boleh melihat sendiri prosedur rawatan yang dilakukan oleh doctor haiwan di zoo tersebut.

 Zoo Wellington juga adalah satu-satunya tempat di mana anda boleh melihat burung Kiwi di waktu siang, walaupun mereka sebenarnya adalah burung yang aktif di waktu malam sahaja.

Untuk membeli-belah pula jangan lupa singgah ke kawasan Lambton Quay yang merupakan jalan utama serta pusat perdagangan Wellington. Pelbagai butik dan kedai terdapat di situ dengan ajnas produk menarik.

Kawasan membeli-belah Lambton Quay
Kawasan membeli-belah Lambton Quay

Di situ jugalah di sebuah lorong kecil, letaknya pangkalan utama stesen kereta kabel Wellington. Kereta kabel ini mirip kereta api di Bukit Bendera Pulau Pinang yang membawa penumpang ke bahagian atas untuk melihat pemandangan sekitar.

Stesen kereta kabel Wellington
Stesen kereta kabel Wellington
Pemandangan Wellington dari atas stesen kereta kabel
Pemandangan Wellington dari atas stesen kereta kabel

Walau bagaimanapun, tempat paling menarik dan harus dilawati di Wellington adalah bengkel WETA yang juga dikenali sebagai WETA Workshop.

Penulis bersama replika Azog dari filem 'The Hobbit' di bengkel studio WETA
Penulis bersama replika Azog dari filem 'The Hobbit' di bengkel studio WETA

Ia merupakan sebuah bengkel atau studio di mana banyak kesan khas ‘watak-watak’ filem direka dan dicipta. Selain watak-watak filem Lord of The Rings dan The Hobbit, mereka juga menghasilkan ratusan produk dengan kesan khas untuk filem-filem Hollywood lain. 

Salah seorang pereka set di bengkel studio WETA
Salah seorang pereka set di bengkel studio WETA

Di sini anda dapat menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir dalam pembikinan watak, topeng, pakaian, senjata, model bangunan dan macam-macam lagi ‘props’ atau peralatan yang digunakan dalam filem Hollywood sebenar!

Terdapat juga lawatan khas ke studio yang membuat pembikinan siri animasi patung kanak-kanak, Thunderbirds yang sudah wujud sejak lewat 70-an. Tarikan pelancong ini boleh dianggap eksklusif dan tidak terdapat di tempat lain.

Model rumah untuk siri animasi 'Thunderbirds' di Bengkel WETA
Model rumah untuk siri animasi 'Thunderbirds' di Bengkel WETA

Jadi jika berpeluang untuk melancong ke New Zealand selepas pandemik nanti, pastikan Wellington tersenarai dalam jadual percutian anda! - Getaran, 27 Jun 2021.

Semua gambar: Shah Shamshiri

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

New Zealand Kuat Kuasa Peraturan Baharu Bagi Kawal Penggunaan Vape

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini