Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Khasiat Protein Soya Yang Ramai Tidak Tahu

Bersama Dr. Hasnah Haron merungkai persoalan tentang soya yang selalu disalah faham oleh masyarakat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika tempoh hari kami telah membongkar tentang mitos-mitos soya bersama Profesor Madya Dr. Hasnah Haron, untuk artikel kali kami akan berbicara pula tentang protein soya. Ya, soya juga berfungsi sebagai protein.

Menurut pakar khasiat pemakanan dari Persatuan Nutrisi Malaysia ini, ramai yang tidak tahu soya juga menghasilkan protein. Ramai yang hanya mengaitkan protein dengan makanan-makanan ruji seperti ayam atau ikan dan beranggapan fungsinya hanyalah untuk membina otot.

Namun fungsi protein lebih daripada itu. Protein adalah asas bagi kehidupan! Malah protein ialah komposisi kedua terbanyak di dalam tubuh selepas air. Ia sejenis nutrisi mikro yang penting dalam setiap tahap kehidupan dan memainkan peranan penting untuk tubuh kita.

Sebagai contoh, pengambilan protein yang mencukupi semasa peringkat bayi dan kanak-kanak akan memastikan tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Ia juga berperanan dalam mengekalkan pelbagai fungsi penting. 

Profesor Madya Dr. Hasnah Haron
Profesor Madya Dr. Hasnah Haron

Protein membolehkan tindak balas kimia penting berlaku dalam badan, menggantikan atau memperbaiki tisu rosak, membina struktur tisu dan menyokong imunisasi dan kesihatan. Semestinya protein juga sangat penting dalam membina jisim otot-otot di dalam tubuh. 

Lumrah manusia semakin berusia, semakin memerlukan protein bagi mengekalkan kekuatan otot supaya kekal aktif. Dr. Hasnah menambah, bermula 40-an, badan manusia akan mula mengalami kemerosotan pada jisim otot secara berperingkat, jika gagal mengambil protein secara optimum. 

Menariknya, sungguhpun fungsi-fungsi protein amat jelas dan penting, Tinjauan Mitos Pemakanan Asia Pasifik 2020 oleh Herbalife Nutrition mendapat 37 peratus rakyat Malaysia percaya tubuh mereka memerlukan kurang protein apabila melangkah ke usia tua.

Ini menunjukkan masih ramai yang masih mempunyai kefahaman yang salah mengenai peranan protein. Jadi, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa hal berkaitan protein, terutamanya yang berkaitan soya, salah satu sumber utama protein dalam diet pemakanan kita.

 

Protein: Bukan Daging Semata-mata

Badan kita tidak menyimpan protein sepertimana ia menyimpan lemak dan karbohidrat. Protein yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak atau disingkirkan terus dari badan melalui cernaan. Maka, protein perlu sentiasa dibekalkan daripada makanan yang mengandungi protein.

Namun, kajian mendapati hanya 40.4 peratus rakyat Malaysia memenuhi saranan pengambilan protein (Nur Azna et al, 2015). Ini bermakna lebih daripada separuh populasi Malaysia tidak mengambil jumlah protein yang mencukupi dalam diet pemakanan mereka.

Selain itu, apabila berbicara tentang protein dalam diet mereka, ramai lebih tertumpu kepada sumber-sumber protein yang boleh didapati daripada haiwan sahaja seperti ikan, daging lembu, kambing, ayam dan itik serta telur dan susu lembu. 

Hakikatnya, Garis Panduan Diet Kebangsaan sebenarnya lebih menggalakkan pengambilan protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang. Dr. Hasnah menyarankan pengambilan soya sebagai pilihan utama dalam mendapatkan protein dalam pemakanan. 

 

Kebaikan Protein Soya

Antara sumber protein berasaskan tumbuhan ialah protein soya. Protein soya merujuk kepada protein yang didapati dalam kacang soya. Ia juga boleh didapati dari aneka produk-produk berkaitan soya seperti tauhu, tempe, susu soya, serbuk protein soya dan lain-lain. 

Protein soya ialah protein yang lengkap dan berkualiti tinggi. Ia membekalkan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Protein soya juga sangat bermanfaat kerana kaya dengan sejenis fitonutrien, iaitu isoflavon yang mempunyai sifat antioksida, anti radang dan anti kanser.

Ia turut mengandungi serat larut dan tidak larut, tiada kolesterol dan rendah lemak tepu. Selain itu, protein soya juga kaya dengan zat besi, kalium, Omega-3 dan Omega-6 serta vitamin B. Ia protein sempurna untuk golongan vegetarian mendapatkan protein dalam pemakanan mereka. 

Bagi yang alah terhadap susu lembu atau buat mereka yang memiliki sistem penghadaman yang tidak toleransi kepada laktosa, susu soya yang diperkaya dengan kalsium adalah pengganti terbaik untuk susu lembu. 

Protein soya terbukti boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan dalaman. Dr Hasnah berkata, menambahkan protein soya ke dalam diet amat bermanfaat untuk kesihatan jantung. 

Ia memberikan perlindungan daripada penyakit kardiovaskular dengan merendahkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (Messina, 2016, Tokede, 2015; Montgomery, 2003).

Makanan berasaskan soya juga membekalkan protein berkualiti tinggi dan kalsium mudah serap. Ia menyumbang kepada keutuhan tulang (Messina, 2016). Pengambilan protein soya turut dapat memperbaiki berat dan komposisi badan (Speaker, 2018). – Getaran, 26 Jun 2021

Semua gambar: Herbalife Nutrition Malaysia

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini