Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muzik – Intervensi Mengurangkan Rasa Takut Berjumpa Doktor Gigi

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan rasa gelisah di kalangan pesakit pergigian. Tapi tahukah anda muzik sebenarnya berkesan sebagai cara intervensi? Teruskan membaca.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:50AM

Jangan takut jumpa doktor gigi! Gambar: Anna Shvets, Pexels

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai pesakit berasa takut untuk mendapatkan rawatan pergigian. Menurut kajian, dianggarkan 3 peratus hingga 16 peratus orang dewasa dan 20 peratus hingga 70 peratus kanak-kanak berasa gelisah dan takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Antara penyebab kerisauan ini adalah penggunaan jarum picagari semasa pemberian bius, bunyi gerudi yang mengilukan, prosedur cabutan gigi, pendarahan dalam mulut, pengalaman buruk terdahulu semasa menerima rawatan pergigian dan banyak lagi.

Akibatnya, mereka mula mengelakkan diri daripada berjumpa dengan doktor gigi dan mengabaikan kesihatan mulut. Mereka cuma hadir pada ketika keadaan kecemasan sahaja.

Gambar: Caroline Im, Unsplash
Gambar: Caroline Im, Unsplash

Secara tidak langsung, ini memberi impak yang negatif kepada kesihatan mulut pesakit itu sendiri. Menurut kajian, pesakit yang mengelak untuk bertemu doktor gigi secara berkala mempunyai banyak masalah didalam mulut seperti gigi berkaries, penyakit gusi, nafas berbau dan lain-lain.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan rasa gelisah di kalangan pesakit pergigian. Di antaranya pemberian rawatan secara painless dentistry dengan menggunakan ubat penenang dan jarum yang halus, hipnosis, pengurusan tingkah laku dan banyak lagi.

Rawatan berorientasikan tingkahlaku ini termasuklah prosedur desentisasi secara bersistematik dan teknik bertenang (relaxation technique) menerusi pengawalan pernafasan semasa rawatan pergigian.

Ada dalam kalangan pesakit tidak gemar penggunaan ubat-ubatan untuk mengurangkan ketakutan kerana khuatir dengan kesan sampingan yang mungkin diperolehi.

Kini, intervensi muzik menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian masalah ini.

Muzik mempunyai kesan yang sangat kuat kepada emosi seseorang.

Genre muzik yang berbeza dapat memberi kesan yang signifikan terhadap mood seseorang dengan sangat cepat dan dapat membantu mereka mengalami dan memproses berbagai emosi dari kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, ketenangan dan perhatian.

Muzik mempengaruhi jumlah rembesan hormon yang mengawal stres, seperti adrenalin dan kortisol, dalam tubuh badan manusia. Pengurangan rembesan hormon ini dapat membantu menghilangkan gejala kegelisahan.

Gambar: Anna Shvets, Pexels
Gambar: Anna Shvets, Pexels

Dalam dunia perubatan, kajian telah menunjukkan keberkesanan muzik dalam mengurangkan kebimbangan dan keresahan pesakit.

Menurut sebuah tinjauan sistematik, muzik mampu menenangkan pesakit kanser, pesakit yang mempunyai masalah jantung dan pesakit yang sedang mendapatkan bantuan di unit rawatan rapi.

Selain itu, muzik juga dikatakan dapat membantu meredakan kegelisahan pesakit yang sedang menunggu di luar bilik peperiksaan atau di luar bilik pembedahan.

Ada juga berpendapat, kesan mendengar alunan muzik adalah lebih baik daripada pengambilan ubat penenang seperti Benzodiazepine.

Terdapat beberapa kajian telah dilakukan untuk menilai keberkesanan penggunaan muzik kalangan pesakit yang hadir ke klinik pergigian.

Di China, kajian mendapati bahawa mendengar muzik instrumental (tanpa vokal) berjaya meredakan kegelisahan pesakit yang sedang menjalani prosedur rawatan kanal akar berbanding mereka yang tidak mendengar muzik.

Kajian di Korea Selatan juga melaporkan bahawa pesakit berasa kurang takut sepanjang rawatan pembedahan membuang gigi geraham bongsu dijalankan sambil mendengar alunan muzik.

Selain itu, tahap toleransi kesakitan juga rendah berbanding mereka yang tidak mendengar muzik.

Muzik juga memberi kesan dikalangan pesakit pergigian kanak-kanak.

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

Di India, kajian mendapati kanak-kanak kurang merasa takut semasa rawatan cabutan gigi dilakukan. Mereka ini adalah kumpulan pesakit yang mendengar muzik pilihan mereka sendiri semasa rawatan diberikan.

Ia dibuktikan dengan penurunan kadar denyutan nadi dan tekanan darah mereka semasa rawatan diberikan sambil mendengar muzik.

Namun begitu, ada kajian yang menegaskan bahawa intervensi muzik ini hanya berkesan kepada pesakit kanak-kanak yang mempunyai tahap ketakutan yang sederhana dan rendah sahaja dan kurang berkesan pada kanak-kanak yang mempunyai tahap ketakutan yang melampau.

Siapa yang tidak rasa cemas sementara menunggu giliran dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan pergigian.

Di Switzerland, kajian menunjukkan pesakit yang mendengar muzik Latin untuk tempoh 10 minit sebelum dipanggil masuk ke bilik rawatan berjaya mengurangkan rasa bimbang berbanding mereka yang tidak mendengar muzik.

Sebuah kajian di India pula, menyatakan bahawa majoriti pesakit kanak-kanak mahukan alunan muzik dipasang di ruang menunggu fasiliti pergigian.

Tambahan lagi, kanak-kanak yang berumur 6 hingga 8 tahun lebih gemarkan muzik pilihan mereka sendiri dimainkan manakala kanak-kanak berumur 9 hingga 11 tahun gemarkan muzik instrumental.

Ternyata mendengar alunan muzik ini memberikan kesan yang positif kepada pesakit-pesakit di klinik pergigian.

Jadi, usah gusar lagi untuk hadir mendapatkan rawatan pergigian.  Cuba alihkan perhatian anda dengan mendengar muzik atau minta kakitangan klinik untuk memutarkan lagu kegemaran anda.

Sekiranya bunyi bur atau gerudi mengganggu anda, bawalah fonkepala atau fontelinga supaya anda dapat mendengar muzik audio kegemaran anda.

Mendengar alunan muzik boleh membawa emosi seseorang itu ke kemuncak dan berasa tenang. Anda mungkin akan dapat melupakan seketika keresahan anda. - Getaran, 26 Jun 2021

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

4

Muzik 5 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini