Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Transformasi Ken Abdullah

Menemui kekuatan diri melalui tae kwan do, pemuda bernama Ken Abdullah ini sekarang bukan sahaja seorang atlet tapi juga seorang jurulatih berpotensi besar.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 10:50AM

Kejohanan Taekwondo Terbuka Jitra Mall Kedah ke-VIII 2019. Raih 3 emas, 6 perak dan 14 gangsa bagi kategori Individu Sparring, Pattern dan Team pattern

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir semua orang pernah melalui situasi diherdik, dicaci dan dipulau oleh pelajar lain sewaktu di bangku sekolah. Dalam erti kata lain dibuli. Bertindak atau tidak, pilihan itu terletak pada empunya diri.

Bagi pemilik nama Abdullah Syukur Ramli yang lebih mesra disapa Ken Abdullah, dek penat menjadi mangsa buli akhirnya beliau membina semula keyakinan diri dengan menyertai kelas seni bela diri, tae kwan do pada usia 14 tahun.

Jika dilirik pada tubuh sasanya itu, memang sukar untuk mempercayai sejarah pahit yang pernah dilalui Ken satu ketika dahulu.

Ken Abdullah mula bertapak di gelanggang seni bela diri sejak dua dekad lalu. Gambar: Zulqarnain Abu Hassan
Ken Abdullah mula bertapak di gelanggang seni bela diri sejak dua dekad lalu. Gambar: Zulqarnain Abu Hassan

“Tapi masa di sekolah rendah badan saya tidaklah macam sekarang. Dulu kecil, telinga pula capang. Sekarang ini almaklumlah sudah siap,” katanya sambal ketawa kecil.

“Masa zaman kanak-kanak dulu boleh dikatakan saya seorang anak kecil yang pendiam di sekolah.

“Mungkin selain fizikal, perwatakan juga menjadi antara faktor kenapa pelajar bermasalah atau yang terpengaruh dengan rakan lain berani membuli pelajar yang lemah.

“Sampai satu tahap, masuk sekolah menengah saya ambil keputusan untuk sertai kelab tae kwan do,” katanya.

Sebagai pemegang Diploma Pengurusan Sukan dan Asas Lagak Ngeri di Akademi Stunt Australia, Ken mempunyai pengalaman yang luas.

Dia turut mengajar di UiTM Shah Alam serta Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Ken Abdullah yang memiliki 3 Dan Black Belt bakal mengikuti peperiksaan ke peringkat seterusnya sejurus PKP tamat. Gambar: Zulqarnain Abu Hassan
Ken Abdullah yang memiliki 3 Dan Black Belt bakal mengikuti peperiksaan ke peringkat seterusnya sejurus PKP tamat. Gambar: Zulqarnain Abu Hassan

Ken juga pernah bergelar juara tae kwan do sebanyak tujuh kali kala mewakili daerah Gombak dari tahun 2003 hingga 2008. Malah dia juga menjadi juara kebangsaan tae kwan do semasa mewakili Selangor di Pahang pada 2006 dan Perak pada 2008.

Tambah Ken, awalnya beliau cuma menjadikan seni mempertahankan diri itu hanya untuk pendinding diri sahaja.

Lama-kelamaan, dek banyak terpengaruh dengan filem aksi luar negara oleh lakonan Jackie Chan dan Donnie Yen. Pejam celik, beliau sudah bertapak di dalam gelanggang seni mempertahankan diri itu sudah lebih dua dekad.

Manakala pada usia 17 tahun, Ken diberi kepercayaan dan amanah menyandang status sebagai jurulatih sandaran bagi menggantikan guru yang tidak dapat hadir ketika itu.

“Nak kata saya terkejut tidak, sebab saya ada minat yang mendalam dalam bidang ini. Jadi bila dilantik menjadi jurulatih, saya terima dengan hati yang terbuka.

Ken Abdullah bersama para pelajar UiTM Puncak Alam
Ken Abdullah bersama para pelajar UiTM Puncak Alam

“Rasanya seperti semalam saya ambil kelas. Ajar mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Di awal pengajian saya ada terfikir, mungkin ada yang tak dapat berikan kerjasama. Yalah, budak sekolah.

“Begitu pun, di dalam medan ini kami semua saling hormat-menghormati dan percaya dengan pengalaman dan kebolehan masing-masing.

“Apa-apa pun, ilmu yang kita nak curahkan mestilah ikhlas dan sabar, Insya-Allah, ada keberkatan dan hasilnya kita nampak,” imbasnya.

Kata orang yang lebih makan garam, kata-kata ibarat satu doa. Daripada jurulatih sandaran di usia pucuk muda, kini Ken sudah mengajar lebih 200 pelajar dan mengendalikan lebih tiga kelas.

Bagi tujuan keselamatan diri, Ken sempat juga berkongsi antara tip-tip yang mudah untuk kegunaan khalayak umum.

 

Tip Keselamatan Diri

  1. Surrounding Awareness: Kaji terlebih dahulu kawasan yang akan menjadi laluan anda. Lebih selamat jika melalui jalan yang digunakan oleh orang ramai berbanding menggunakan jalan pintas.
  2. Jika kawasan itu sering berlaku jenayah. Dinasihatkan tidak berjalan seorang diri dan sebaiknya berteman.
  3. Jangan lalai dan kurangkan pakai barangan kemas: Tanpa disedari, ada mata yang memerhati dari jauh. Elakkan bermain telefon bimbit atau bermain gajet.
  4. Bagi mereka yang gemar memakai barangan kemas. Sebaiknya tidak memakai sampai menarik perhatian penjenayah.
  5. Pepper spray atau pemedih mata: Mudah untuk dibawa ke mana saja. Tujuannya adalah untuk melambatkan pergerakan penjenayah.


 

Semoga perkongsian pakar seni mempertahankan diri ini akan membuka mata kita untuk lebih berjaga-jaga dan mengambil langkah yang mampu untuk mempertahankan diri. - Getaran, 20 Jun 2021.

Semua gambar milik Ken Abdullah

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

2

Karier 2 tahun yang lalu

Esther dan Ethan Memperjuangkan Naratif 'Self Love'

3

TARA 2 tahun yang lalu

Puasa Dan Kecergasan: 5 Cara Bersenam Semasa Ramadan

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Jangan Zalim. Jagalah Alam, Masyarakat Dan Diri Sendiri

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu