Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Perlu e-Plate Dulu, Cukup Dengan Plat Seragam!

Hasratnya bernas tapi benarkah ‘e-plate’ pilihan terbaik untuk kita? Tidakkah kita mahu cuba sistem plat seragam dahulu?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:50AM

Spesifikasi nombor plat yang digunakan sekarang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal bulan lalu, mantan Pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya telah mencadangkan pengenalan e-Plate untuk membantu menghalang kegiatan jenayah.

e-Plate ialah nombor plat kenderaan seragam yang mempunyai mikrocip tertanam bagi tujuan identifikasi yang lebih sukar untuk ditiru.

Pada pendapat saya, ia adalah satu cadangan yang bernas tetapi menurut pengalaman saya pula, e-Plate akan mendatangkan kesukaran dalam fasa implementasi.

Mari kita lihat apa kebaikan dan keburukan plat seragam dan e-Plate.

Seragam 

Nombor plat yang seragam bukan sahaja nampak kemas dan mudah dibaca, tetapi membolehkan sistem pengecaman berkamera yang digunakan oleh pihak berkuasa, operator lebuh raya dan operator parkir membaca nombor plat kenderaan dengan lebih mudah.

Hampir kesemua negara di dunia ini mengamalkan plat kenderaan seragam, cuma tidak seperti di Malaysia, ia hanya boleh dikeluarkan oleh satu agensi sahaja - contohnya, JPJ.

Di Malaysia, semasa cadangan plat seragam diutarakan dalam tahun 2016, seorang Timbalan Menteri menyatakan kerisauan beliau mengenai plat seragam yang hanya boleh dihasilkan oleh sebuah agensi bakal memberi efek negatif kepada ‘industri pembuat plat nombor.’

Saya tidak pernah tahu wujudnya industri tersebut kerana setahu saya, ia hanya dibuat oleh kedai-kedai aksesori. Hanya segelintir sahaja kedai yang menghasilkan produk plat nombor sahaja dan mereka ini ialah penyumbang utama masalah plat fancy.


 

Sistem kamera 

Plat nombor seragam juga diperlukan jika kita mahu sistem tol tanpa palang di lebuh raya kerana sistem tersebut (multilane free flow) memerlukan kamera sebagai langkah terakhir untuk ‘membaca’ kenderaan yang lalu dan mengenakan kadar tol.

Plat nombor seragam tidak memerlukan mikrocip kerana sistem komputer menggunakan teknologi kamera sahaja untuk membaca nombor tersebut.

Keburukannya, ia tidak boleh mengenalpasti plet seragam yang palsu atau tidak.


 

Kos

Kos untuk menghasilkan e-Plet adalah lebih tinggi kerana kita perlu menghasilkan mikrocip itu. Pihak penguatkuasa juga perlu alatan tambahan untuk membaca mikrocip tersebut.

Dari pengalaman saya semasa PKP, QR kod pada surat CIMS MITI saya tidak pernah diimbas oleh mana-mana pihak berkuasa pun.

Adakah mereka akan mengimbas mikrocip dalam plet nombor pula? 

Nombor plat kenderaan di Amerika Syarikat
Nombor plat kenderaan di Amerika Syarikat


 

Lebih mudah dihasilkan

Plat nombor seragam lebih mudah dihasilkan berbanding e-Plate.

Di Amerika Syarikat, penghuni penjara menjana pendapatan dengan menghasilkan plat nombor seragam di bengkel-bengkel di penjara mereka.

Cadangan ini menerima cemuhan dari ramai VIP yang saya jumpa. Mungkin pada pendapat mereka penjara bukan cara yang kos efektif atau ‘faedahnya’ tidak boleh digunakan oleh rakan-rakan niaga mereka? 

Apapun, jika e-Plate yang dipilih, sebuah syarikat besar diperlukan untuk menghasilkan mikrocip yang diperlukan dan jika tidak dipantau oleh pihak neutral, ini akan membuka peluang ketirisan dan rasuah.

Lebih cepat diganti

Bila plat perlu diganti kerana rosak, patah atau hilang, plat seragam lebih mudah dan murah diganti.

Plat mikrocip akan mendatangkan masalah dan kerumitan jika ia lambat untuk diganti. Adakah kenderaan langsung tidak boleh digunakan selama menunggu mikrocip siap? Berapa lama untuk menunggu? Seminggu? Sebulan?

Dari pengalaman sekarang, pelekat cukai jalan sendiri berbulan-bulan tidak mampu diganti.


 

Perlukah plat hadapan untuk motosikal?

Sebenarnya, motosikal tidak pernah direka untuk dipasang dengan plat hadapan. Ini ialah kerana permukaan hadapan motosikal terlalu kecil dan tidak ada ruang sesuai.

Plat seragam di belakang cukup memadai untuk motosikal kerana ia masih mudah dilihat. Sekarang ini pun, plat hadapan motosikal memang sukar untuk dibaca pun.

Jangan salah anggap, saya memang menyokong penggunaan e-Plet kerana ia lebih telus, lebih efisen dan lebih selamat tetapi dari kaca mata seorang wartawan permotoran selama lebih dari 25 tahun, adalah lebih baik jika negara mengambil langkah yang lebih mudah untuk peringkat awal.

Contoh terbaik ialah selepas 64 tahun merdeka, Malaysia masih tidak mampu mewujudkan seorang pemimpin pun yang berani menukar sistem plat nombor sekarang. 

Ajaib bukan? - Getaran, 5 Jun 2021









 

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Alahai Bang, Takkan Kena Hon Sikit Dah Marah?

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi