Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca dipendekkan kepada enam minggu mulai 1 Okt - Khairy 1 jam yang lalu: Tiada pembaziran vaksin di Malaysia - Khairy 2 jam yang lalu: Polis tahan 801 ‘Ah Long’ terbabit kegiatan pinjaman wang tanpa lesen sejak awal tahun ini hingga 31 Ogos lepas - Bukit Aman 2 jam yang lalu: Op Vulture 4 negeri tahan 52 individu terbabit sindiket pinjaman wang tanpa lesen - Bukit Aman 3 jam yang lalu: Mahkamah: 22 lelaki mengaku tidak bersalah anggotai 'Geng Sakai'

IKUTI KAMI


Singgah Ke 10 Lokasi Sohor Filem Hollywood

Ada peminat filem yang sanggup habiskan tabungan untuk berkunjung ke lokasi perfileman filem kegemaran mereka. Ada pula kaki 'travel' yang suka 'menyelitkan' lawatan ke tempat-tempat ini dalam jadual. Anda mana satu?

TARA Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 4:15PM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Eh, macam pernah nampaklah tempat ni dalam filem!” Kembara ke luar negara bersama keluarga atau teman rapat pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi kita akan pasti lebih teruja apabila sesuatu destinasi atau lokasi itu turut membangkitkan emosi lain yang peribadi dan istimewa. 

Sebagai seorang peminat filem yang juga gemar berkembara, itulah yang saya rasa apabila tiba ke suatu tempat yang pernah dilihat dalam filem-filem kegemaran saya, sama ada secara dirancang atau kebetulan. 

Dan inilah senarai 10 lokasi penggambaran filem Hollywood yang seronok untuk disinggah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

 

Empire State Building, New York

Struktur ikonik di kota New York ini telah lama hilang statusnya sebagai bangunan tertinggi di dunia, namun ia tetap menjadi imej pertama di fikiran apabila nama bandar raya ini disebut.

Menurut satu statistik, kelibat Empire State Building kelihatan dalam lebih daripada 250 buah filem setakat ini, termasuklah dalam adegan romantik di penghujung filem dibintangi Tom Hanks dan Meg Ryan, Sleepless In Seattle.

Kunjungan saya ke NYC di satu hari musim luruh tahun 2000 sangat singkat, tetapi tidak sanggup saya lepaskan peluang bergambar di lokasi sohor ini!

 

American Hotel, Amsterdam

Terasa pleasantly surprised apabila menonton filem The Fault In Our Stars sekitar 2013 dan ternampak sebuah hotel di Amsterdam yang saya kenal.

Kami sekeluarga pernah menginap di American Hotel pada tahun sebelumnya dan sempat bergambar di hadapan air pancut yang jelas kelihatan di dalam filem yang diadaptasikan dari novel John Green ini.

Selain daripada servis yang mesra dan bilik yang selesa, lokasi hotel ini juga sangat strategik dan berhampiran sebuah lagi tempat menarik yang digunakan di dalam filem ini yang turut sempat kami kunjungi iaitu Rijksmuseum. 

 

Burj Khalifa, Dubai

Siapa yang tak terpegun menonton adegan Tom Cruise memanjat bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dalam Mission Impossible: Ghost Protocol? Lebih-lebih lagi di skrin ekstra lebar IMAX, memang pantas degupan jantung dibuatnya.

Bangunan Burj Khalifa dengan ketinggian 828m itu sendiri sememangnya gah dan agak sukar untuk mengalihkan pandangan bila dah berdiri di hadapannya.

Tetapi bukan sekadar berasa kagum di ‘ground level’, saya juga sempat mengambil ‘feel’ Tom Cruise dengan mengikuti tour 'At The Top' yang membawa pengunjung naik terus ke tingkat 124! Yang gayat, need not apply

 

Pusat Bandar, Sydney

Bercakap mengenai Tom Cruise dan francais filem Mission: Impossible, filem keduanya pada tahun 2000 pula menggunakan kota raya Sydney, Australia sebagai lokasi utamanya.

Arahan John Woo, edisi yang turut dibintangi Thandie Newton itu juga menampilkan dengan indahnya lokasi menarik di sekeliling daerah New South Wales serta mercu ikonik seperti Harbour Bridge dan Sydney Opera House.

Kalau kena pada musim, dicadangkan juga untuk menyewa bot dan melihat sendiri migrasi ikan paus dari Antartika ke Queensland.  Tetapi kalau anda tidak begitu mesra laut seperti saya, pastikan anda telan pil mabuk dulu!

 

Notting Hill, London

My favourite bit of London,” ujar William Thacker, karakter yang dimainkan oleh Hugh Grant dalam filem Notting Hill, romcom berusia lebih 20 tahun yang semakin lama, semakin sedap untuk ditonton.

Dan sentimen itu juga sesuatu yang dikongsi saya sendiri dan sesiapa saja yang pernah sampai ke lokasi utama filem ini di sebelah barat kota London.

Notting Hill (merujuk kepada tempatnya) sangat indah dan menarik dengan barisan rumah lama yang berwarna warni, kedai dan gerai yang pelbagai di sepanjang Portobello Road dan bagi peminat filemnya, akan terasa cetusan emosi yang masih belum luntur untuk kisah cinta antara dua darjat Will dan Anna. (Mainkan lagu 'When You Say Nothing At All' di sini.)

 

Palais des Festivals, Cannes

Terletak di kawasan peranginan French Riviera, bandar Cannes terkenal dengan festival filem antarabangsa yang saban tahun diadakan selama lebih tujuh dekad, menghamparkan karpet merah buat bintang-bintang filem ternama dunia.

Peminat fesyen dan filem pasti tidak boleh lupakan penampilan berbusana ikonik Bella Hadid, Angelina Jolie, Elizabeth Hurley, Princess Diana dan ramai lagi di sini. Dan tempat yang menghoskan acara ini adalah Palais des Festivals, yang turut menjadi lokasi beberapa filem terkenal.

Ini termasuklah filem komedi kegemaran ramai Mr Bean’s Holiday. Dan jika anda sampai ke sana, pastikan anda cuba gelato dan macaron yang autentik dan sangat sedap!

 

Rodeo Drive, Beverly Hills

Terngiang di telinga lagu 'Pretty Woman' nyanyian Roy Orbison sebaik saja melangkah ke jalan yang paling terkenal di California ini. Ya, di sinilah adegan ikonik dari filem Pretty Woman yang dibintangi Julia Roberts dan Richard Gere difilemkan.

Sememangnya persekitaran di sini sesuai untuk golongan kayangan dengan barisan butik jenama haute couture paling berprestij di dunia. Kereta-kereta mewah juga turut kelihatan bersusun di sepanjang jalan.

Walaupun tidak (mampu) membeli apa-apa, hanya ber‘window shopping’ di sini pun sudah cukup membuat saya seronok, sambil merasakan aura glamor dunia Beverly Hills. 

 

Gardens by the Bay, Singapura

Harus saya akui ada rasa geram bila menonton filem Crazy Rich Asians lakonan Henry Golding beberapa tahun lepas kerana hasil sinematografi yang sangat berkesan dalam menggambarkan Singapura sebagai sebuah tropical paradise (kita boleh bercerita tentang lokasi yang “dicuri” di lain hari.)

Babak wedding party di Gardens by the Bay khasnya digarap dengan begitu menarik sekali membuatkan saya kini akan pasti singgah ke tempat yang begitu cantik ini – khasnya pada waktu malam – setiap kali turun ke Kota Singa. 

 

Oxford, United Kingdom

Hanya sejam perjalanan dengan keretapi dari kota London, bandar Oxford semestinya terkenal kerana universitinya yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia untuk sekian lama.

Tak hairanlah ia juga menjadi tumpuan ramai pelancong kerana keindahan seni bina dan suasana yang sangat damai dan menenangkan. Bagi peminat filem Harry Potter, Oxford akan kelihatan sangat familiar dengan aura istimewa Hogwarts.

Walaupun saya hanya seorang peminat kasual Harry Potter, dapat melihat sendiri bangunan-bangunan yang ditampilkan dalam siri filem ini, termasuk yang paling masyhur iaitu Bodleian Library, memang suatu pengalaman yang memegunkan.    

 

Musee Du Louvre, Paris

Muzium seni paling ternama di dunia, Musee Du Louvre merupakan tempat tinggal lukisan portrait ikonik Leonardo Da Vinci, 'Mona Lisa'.

Bagi peminat filem pula, façade kaca bangunan ini yang berbentuk piramid, merupakan lokasi yang sering dilihat dalam filem dan siri televisyen antarabangsa. Ini termasuklah filem pecah panggung 2006, The Da Vinci Code yang dibintangi Tom Hanks.

Dari sini juga, anda boleh berjalan kaki sepanjang Sungai Seine untuk sampai ke Menara Eiffel. Magnifique! - Getaran, 30 Mei 2021



Semua gambar: M. Zulkifli




 

Isu Pada

Syafiq Kyle – Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 jam yang lalu

'Olympic Dream' Tonjolkan Babak Perlawanan Badminton Mendebarkan 

2

Semasa 3 jam yang lalu

Langkawi Sepi, Undang Sebak Di Hati

3

Semasa 4 jam yang lalu

Melaka Tak Buka Sempadan Negeri - Sulaiman

4

Jelajah 1 hari yang lalu

Selain 'Staycation', Berkhemah Atau 'Glamping' Pun Seronok

Sorotan

1

Siri Animasi 'Mechamato' Disiarkan Secara Rasmi 4 Disember 

2

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Pertimbang Kemuka Representasi

3

Pos Malaysia Nafi Berlaku Penghantaran Tertunggak

4

TricValve, Opsyen Untuk Rawatan Kebocoran Injap Jantung

5

TricValve, Opsyen Untuk Rawatan Kebocoran Injap Jantung