Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesona Nana Mahazan

Nana Mahazan punya pesona yang tidak semua selebriti mampu memiliki. Biarpun kini penampilannya berbeza, dia masih Nana Mahazan yang dahulu, seorang yang mudah didekati, mesra dan memahami

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 2:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kagum dan terpesona. Dua perkataan ini paling sesuai menggambarkan perasaan penulis apabila mengikuti kisah hijrah pemilik nama Nurul Hana Che Mahazan atau nama pentasnya, Nana Mahazan. 

Sebagai seorang artis yang terkenal dengan imej stylo dari segi berpakaian dan stail rambut, penghijrahan Nana sebelum usianya menginjak ke 40 tahun sebenarnya agak tidak terduga. Benarlah hidayah itu milik Allah SWT, dan sesiapa yang menemuinya mendapat keberuntungan besar. Nana antara insan yang bertuah dan dia juga antara selebriti yang membuatkan penulis terinspirasi untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. 

Biarpun Nana tidak mempamerkan itu dan ini mengenai penghijrahannya, tetapi kesungguhan untuk menjadi seorang ‘hamba’ yang taat pada perintahNya sukar disembunyikan. Secara santai dan bersahaja, perkongsian Nana di akaun Instagram berjaya menjentik hati 841,000 orang pengikut.  Rata-rata peminat memberi maklum balas positif dan berterima kasih atas perkongsiannya itu.

Pendek kata, Nana punya pesona yang tidak semua selebriti mampu memiliki. Benarlah, andai kita selalu berdamai dengan kebaikan, pasti Allah kurniakan sesuatu yang indah. Itulah yang terjadi kepada Nana, wanita yang mempunyai misi mencari reda Allah, wanita yang semakin selesa mengorak langkah membina empayar perniagaannya. 

Setelah sekian lama penulis tidak bertemu mata dengannya, saya terpanggil untuk memotret bekas bintang Akademi Fantasia ini sebagai penghias muka hadapan TARA kali ini. Lamaran disambut baik oleh Nana. Tanpa perlu sesi pujuk-memujuk, Nana dengan pantas berkata ‘ya’.  Tiba hari penggambaran, Nana sekali lagi membuatkan hati ini senang sekali, dia masih Nana Mahazan yang dahulu! Seorang yang mudah didekati, mesra dan memahami. Berperangai diva? Jauh sekali. 

Berkongsi Kisah Hijrah

Benar, hijrah Nana bukanlah baru sehari dua, jadi tidak mustahil ramai yang sudah maklum tentang kisah di sebaliknya. Namun, benda yang baik tiada salahnya jika dikongsi berulang kali. Lebih-lebih lagi jika ia boleh mencetus inspirasi. 

Memulakan bicara, Nana dengan senang hati menyingkap episod penghijrahannya yang bermula pada Ogos 2021. 

“Mungkin ada orang yang terkejut dengan penghijrahan saya. Ada yang tertanya kenapa berubah begitu cepat. Saya punya jawapan adalah, selalu fikirkan tentang mati. Setiap kali mahu melelapkan mata dan bangun daripada tidur, saya akan tanya pada diri sendiri, bila aku akan mati?

“Sebagai seorang manusia biasa, saya tidak mungkin tahu tentang waktu kematian sendiri. Kita semua tidak punya kawalan tentang mati.  Kita tak akan tahu bila masa akan pergi meninggalkan dunia ni. Saya tanya pada diri, sempat ke nak berubah? Tidur itu adalah kematian kecil, jadi saya tanya lagi pada diri sendiri, adakah akan bangun pada keesokan hari? Kalau tak sempat macamana?

“Jadi, apabila perkara ini mula bermain di fikiran, saya tahu sudah sampai masanya untuk  berubah menjadi lebih baik dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Allah sangat baik dengan saya. Itu yang membuatkan saya rasa malu dengan Dia. Saya tidak pernah susah. Ketika orang lain berhempas-pulas untuk meneruskan kehidupan, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Saya ada bisnes untuk terus bertahan,” ujarnya, sedikit sebak.

Cerita pengacara ini lagi, pandemik COVID-19 sesungguhnya membuka ruang untuk dia bermuhasabah diri. Kesempatan ‘memenjarakan’ diri di rumah membuatkan dirinya banyak berdialog dengan diri sendiri, cuba mencari pengertian sebenar tentang bersyukur.   

“Selalunya kita akan melafazkan rasa syukur di mulut, tetapi apakah maksud sebenarnya tentang bersyukur. Jadi saya terus mendalami maksud bersyukur. Saya dapati ia ada tiga iaitu dari segi, lisan, perbuatan, dan dari hati. Apabila jawapan ini ditemui, saya mahu menzahirkan rasa syukur kepada Allah, saya mahu menggembirakanNya dengan mengikut segala suruhan. Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan yang mudah,” kata Nana. 

Bagaimanapun, Nana tidak menafikan dia mengambil masa yang agak lama untuk mencari kekuatan mengubah imej. Selain berbincang dengan suami, dia juga meminta pendapat kawan-kawan rapat, dan mereka yang terlibat dalam industri seni. Maklumlah ketika itu dia terikat dengan dua program televisyen (TV) yang masih dalam penggambaran. Ketika Nana sudah bersedia untuk melepaskan segalanya, dia menerima khabar gembira yang  stesen TV terbabit tidak mempunyai masalah dengan penampilan baharunya. 

“Bagi saya pakai tudung tu adalah 10 peratus sahaja membawa kepada hijrah. Hijrah yang paling besar ialah hijrah dalam diri kita, iaitu cara kita memperbaiki diri, cara menghayati dan cara berfikir. Hijrah itu adalah tentang segalanya. Pakai tudung bukanlah bererti sudah menjadi baik, tetapi sebenarnya perjalanannya masih jauh lagi. Kena kekal istiqamah, pastikan apa yang kita buat ini mudah-mudahan diredai Allah,” ujar Nana positif. 

Senang Berkongsi Tip

Jika anda mengikuti Nana di akaun media sosial, pasti anda tahu ibu kepada Althea, 13, dan Aaqib,11 ini sering memberi tip atau kata-kata yang boleh memberi motivasi kepada mereka yang mendengarnya. Biarpun dia bukanlah pakar motivasi, tetapi setiap bait yang diperkatakan ada kebenarannya dan sesuai dipaktikkan dalam kehidupan harian. 

“Saya tidak rasa pandai atau pakar dalam memberi motivasi tetapi saya lebih kepada berkongsi. Saya hanya berkongsi dari pengalaman yang ada dan ilmu yang saya perolehi daripada pembelajaran. Saya rasa gembira apabila dapat berkongsi, sebabnya saya nak jadi manusia yang memberikan manfaat pada orang sekeliling. Ia memberikan kepuasan pada saya juga. Dalam masa yang sama saya dapat bertukar pendapat dengan mereka yang menonton,” kata Nana.

Sesungguhnya aura yang ada pada Nana tidak boleh dipertikaikan. Dia berjaya mengangkat dirinya sebagai individu yang dikelilingi aura positif. Tidak terlalu mencuba, tidak terlalu memaksa diri, Nana menjalani kehidupan seperti kebanyakan daripada kita. Dia adalah isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang sedang melakukan yang terbaik di muka bumi ini. 

Dek itulah, dia dengan rendah hati mengatakan seandainya perkongsian yang dilakukan memercik inspirasi kepada orang lain, dia rasa bersyukur dan terharu. 

“To be honest, saya rasa terharu. Saya sealu merasakan saya ni bukan siapa siapa pun untuk memberi inspirasi tapi saya bersyukur jika ada yang terinspirasi, dan saya percaya yang baik baik itu adalah dari Allah dan atas izinNya. Kalau ada yang terinspirasi dengan apa yang saya buat dan kongsi, saya betul-betul bersyukur. Sebab secara tak langsung sebenarnya mereka yang support saya dari dulu hingga sekarang adalah inspirasi terbesar saya untuk to keep on going. I am blessed!” katanya.

Pro-Palestin

Sebelum mengakhiri bicara, kami sempat berbual tentang penderitaan rakyat Gaza yang teruk dibedil Israel ketika ini. Sebagai individu yang terlibat dengan misi kemanusiaan, Nana memberitahu dia cukup tersentuh dan berduka dengan kekejaman yang berlaku. Sebagai selebriti yang punya pengaruh kepada orang ramai, Nana mahu terus menyatakan sokongan dan cuba menyampaikan maklumat yang tepat bagi membuka mata dan hati mereka yang masih teragak-agak menyatakan sokongan. 

“Saya pro-Palestin. Saya akan terus nyatakan sokongan. Walaupun tidak mampu berjuang di sana, saya akan gunakan platform media yang sosial untuk mewujudkan kesedaran. Selebriti ada tanggungjawab yang orang lain tidak ada. Sebagai orang yang punya pengaruh, cubalah sampaikan maklumat yang boleh difahami oleh semua orang untuk memahami konflik yang berlaku. Kadang-kadang orang tak sokong sebab tak faham. 

“Kita kena bersatu. Kita kena bantu semampu yang kita boleh. Mungkin ada yang dah rasa penat, atau putus asa sebab tak nampak sebarang perubahan. Sedih dan putus asa. Tapi kita kena teruskan hebahan, derma dan sama-sama doa agak mereka semua diberikan kemenangan. Percayalah apa yang berlaku mesti ada kebaikan yang Allah janjikan. Have faith dan keep going!” katanya, mengakhiri perbualan.

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Nana Mahazan

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Penyelaras dan teks : Rahayu Mat Nah

Rekaletak : Jusmiyati Jufri

Penata Gaya : Tym Fatimah

Jurusolek :  Fazz Ariffin

Jurufoto : Salwa Farhana Ismail

Tajaan Busana : Tym Fatimah

Tajaan lokasi : Glenmarie Hotel & Golf Resort, Kuala Lumpur

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City