web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Sarung Telefon ‘Fancy’ Iphone 15 Dari CASETiFY Patut Anda Guna Sebelum Tamat 2023

CASETiFY menawarkan rekaan yang lebih profesional sehinggalah corak animasi yang menarik

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa saja yang tidak mahu telefon pintar mereka nampak ‘fancy’ dengan penggunaan sarung telefon yang menarik dan menyerlah? Khas buat pengguna iPhone 15, apa kata anda lihat dan cuba menggunakan sarung telefon premium terkini dari CASETiFY?

Penulis berkongsi lima tema ditawarkan CASETiFY dengan rekaan berkonsep profesional dan corak animasi yang begitu menarik.

Wabi Sabi

Dinamakan sempena perkataan Jepun, model ini menandakan kesederhanaan dan kecantikan yang lembut dengan tawaran silikon warna pepejal pertama CASETiFY.  Sarung telefon pintar ini nampak lebih simple dan dibina dengan bahan buatan kalis habuk yang mempunyai ciri sentuhan bersama cincin kamera untuk mengelakkan berlakunya calar pada lensa.

Ia turut didatangkan dengan Perlindungan Gred Tentera dan telah melalui ujian impak setinggi 2m. Menariknya, ia juga dihasilkan menerusi penggunaan 50 peratus bahan kitar semula dan 100 peratus pembungkus kitar semula.

Nothing

Ini merupakan kerjasama terbaharu CASETiFY dengan jenama telefon pintar Nothing. Ia umpama dua dalam satu. Model ini tidak sahaja khusus kepada pengguna iPhone 15, tetapi juga menawarkan saiz untuk iPhone 14 serta beberapa pilihan model dari jenama Samsung dan Google.

Nothing memiliki reka bentuk ikonik dengan penampilan sarung telefon yang berteknologi dan tahan lasak.

One Piece D 3

Khas buat peminat kartun animasi One Piece, pastikan anda dapatkan sarung telefon hasil kolaborasi bersama CASETiFY ini. Sarung telefon edisi khas One Piece D 3 ini telah dicipta dan diilhamkan dari transformasi terkini karakter Luffy iaitu "GEAR5".

Model ini menawarkan tiga barisan corak terbaru dengan penggunaan warna asas hitam dan emas yang menakjubkan serta bergaya. Corak tersebut termasuk lakaran pertempuran epik "GEAR5" antara Luffy dan Kaidou yang tidak dapat dilupakan.

Lamborghini

Bagi mereka yang berminat dengan kenderaan mewah dan pantas iaitu Lamborghini, CASETiFY telah mengambil peluang untuk mewujudkan kerjasama dengan pacuan empat roda ini bagi mengeluarkan sarung telefon khas sempena ulang tahun Lamborghini yang ke-60.

Berkonsepkan corak kenderaan Lamborghini yang direka dengn penuh berprestij dan nampak garang, kolaborasi ini merupakan kerjasama pertama CASETiFY bersama industri automotif. 

Selain itu, CASETiFY turut menawarkan beberapa sarung pelindung untuk peranti lain seperti sarung fon telinga, komputer riba dan banyak lagi untuk melengkapkan koleksi Lamborghini sempena meraikan ulang tahun jenama  tersebut.

The Powerpuff Girls

Buat mereka yang meminati warna merah jambu, CASETiFY mempersembahkan koleksi terbaharu The Powerpuff Girls edisi kedua. Kartun superhero kanak-kanak dari Nickelodeon yang begitu comel ini telah menawarkan dua lagi bentuk terbaharu sarung telefon selepas kerjasama pertama mereka berjaya menarik ribuan pengguna.

Kali ini, koleksi The Powerpuff Girls menampilkan watak Blossom, Bubbles dan Buttercup pada sarung merah jambu edisi terhad dan rekaan ikonik berbentuk hati. Turut ditawarkan ialah tali telefon seperti sebuah ikatan azimat yang mewakili setiap watak superhero kanak-kanak ini. Sarung telefon ini tersedia dalam lima kategori iaitu Impact, Ultra Impact, Impact Ring Stand, Clear, dan Bounce Case.

Apa kata tukar sarung telefon pintar anda dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh CASETiFY sebelum 2023 berakhir? Barulah mantap, menarik dan menyerlah.

Maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi mereka untuk melihat lebih banyak lagi pilihan sarung telefon dari CASETiFY. - Getaran, 19 November 2023

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini