web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Cuti Ke Eastin Hotel Penang, Ada Tawaran Istimewa Untuk Pembaca Getaran!

Antara kelebihan bermalam di sini ialah, anda boleh menikmati sarapan pagi yang mewah, tanpa perlu memandu keluar, dan hotel ini juga 100 peratus bebas rokok

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 2:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari lokasi penginapan di Pulau Pinang, bukanlah sesuatu yang sukar kerana terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan di sana. Daripada  hotel bertaraf lima bintang hinggalah ke taraf butik. 

Salah satu pilihan yang menanti di sana ialah Eastin Hotel Penang yang terletak di Bayan Lepas. Biarpun ia merupakan hotel kelas perniagaan, namun ia juga sesuai untuk percutian keluarga memandangkan terdapat beberapa jenis bilik yang boleh menempatkan lebih daripada dua tetamu. Bahkan, ia juga tidak jauh dari pusat bandar yang menempatkan pelbagai lokasi selera idaman ramai.

Lain-lain kelebihan bermalam di sini ialah ia 100 peratus bebas rokok dan anda boleh menikmati sarapan pagi yang mewah, tanpa perlu memandu keluar. Jangan risau tentang rasa, kerana hidangan yang tersedia memang enak dan mereka yang pernah bermalam di sini pasti tidak akan menyangkal. Jadi, bolehlah makan sepuas-puasnya sebelum mula memburu staple dish Pulau Pinang yang lain.

Jika masih mahu menikmati hidangan ‘mamak’ boleh panjangkan langkah ke Restoran Kapitan yang hanya beberapa langkah di luar. 

Selain itu, anda juga perlu tahu  bahawa bilik-bilik yang tersedia mempunyai keluasan yang selesa, sesuai dengan harganya. Biarpun anda memilih kategori bilik yang paling ‘biasa’ iaitu deluxe, tidak perlu risau jika membawa banyak bagasi kerana pasti ada ruang untuk menempatkannya.

Club Deluxe
Club Deluxe

Lain-lain jenis bilik yang tersedia ialah deluxe seaview, club deluxe, soho duplex, soho suite, eastin deluxe suite, family friendly dan eastin suite. 

Soho Duplex
Soho Duplex

Hanya lima kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Eastin Hotel Penang juga terletak di sebelah Queensbay Mall yang memberi peluang untuk anda datang membeli belah seandainya ke sini pada musim perayaan dengan tawaran pelbagai diskaun hebat. Terdapat juga kemudahan spa, bilik mesyuarat, dewan besar, pusat kecergasan dan kolam renang untuk kegunaan tetamu. 

Ballroom
Ballroom

Istimewa untuk pembaca Getaran yang ingin berkunjung ke Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi, Eastin Hotel Penang berbesar hati menawarkan diskaun menarik untuk direbut. Tempah bilik deluxe pada harga RM288++ pada hujung minggu dan nikmati bufet sarapan pagi percuma untuk dua orang. 

Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2023 dan tempahan mesti dilakukan di laman web rasmi hotel, https://penang.eastin.com/rooms/ dengan memasukkan kod ‘GETARAN’. Jadi tunggu apa lagi, lekaslah rancang percutian ke sini! - Getaran, 11 November 2023

Foto : Eastin Hotel Penang

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini