web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Pengagihan DDR SPX Express, ‘Point’ Penting Sebelum Barang Shopee Anda Diterima

Hab atau kilang di sini akan menempatkan semua barangan yang telah dipesan, sama ada dari dalam atau luar negara untuk proses pengagihan sebelum ia dihantar kepada pelanggan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 6:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembelian dalam talian kini sudah menjadi trend kepada semua golongan Masyarakat tanpa mengira usia. Shopee antara platform e-Dagang yang menjadi pilihan utama pembeli untuk pasaran tempatan.

Tahukah anda bagaimana bungkusan anda diproses sebaik dihantar oleh penjual, termasuk dari luar negara? Baru-baru ini, penulis dijemput untuk menyaksikan sendiri proses tersebut di pusat pengagihan DDR SPX Express (dahulu dikenali sebagai Shopee Express) di Pelabuhan Barat, Port Klang, Selangor.

Secara amnya, hab atau kilang di sini akan menempatkan kesemua barangan yang telah dipesan tidak kira dalam atau luar negara untuk proses pengagihan sebelum ia dihantar kepada pelanggan. Untuk aspek ini, terdapat empat proses penting yang perlu dilalui iaitu:

First Mile

Pemandu akan mengambil semua bungkusan daripada penjual atau tempat perkumpulan barang yang telah ditetapkan untuk dibawa ke Sorting Center DDR. 

Sorting Center DDR

Seluruh bungkusan tersebut akan diasing, disusun serta diagihkan mengikut kategori sebelum dihantar ke kawasan penerima.

Linehaul

Bungkusan yang telah dilabel mengikut kawasan penghantaran akan dihantar ke 130 hab Last Mile terlebih dahulu yang berperanan sebagai tempat pengumpulan di setiap kawasan seluruh negeri.

Last Mile Deliver

Akhir sekali, kurier akan mengambil bungkusan tersebut untuk dihantar kepada penerima dan bayaran biasanya dibuat secara tunai semasa penghantaran, atas talian atau dibuat semasa pengambilan sendiri (self collect).

Jadi proses yang berlaku di pusat DDR SPX Express ini melibatkan beberapa bahagian. Pertama, sejurus sahaja lori yang membawa trak dari First Mile sampai, barang anda akan dibawa keluar menggunakan mesin bergerak terus kepada bahagian pengasingan. 

Proses yang dipanggil Unloading ini memiliki 50 saluran yang bermakna 50 buah trak membawa bungkusan boleh diproses dalam satu-satu masa.

Kemudian, setiap barang akan diasingkan secara automatik mengikut berat menggunakan sistem yang dipanggil Cross Belt System (CBS) (kecuali kepada bungkusan yang tidak statik). 

Untuk bahagian ini, proses imbas kod QR menggunakan kamera yang ada di setiap sudut mesin akan dijalankan bagi mengenal pasti jenis barang dan lokasi, mengikut maklumat yang ada pada slip bungkusan.

Selepas itu, bungkusan akan terus dibawa masuk ke dalam guni mengikut saluran yang telah ditetapkan mengikut kawasan atau tempat penghantaran, sebelum dikumpulkan di bahagian Operation Belting System (OBS).

Di OBS, setiap saluran memiliki petugas yang akan menyusun semua bungkusan di atas palet disediakan, dan dibalut dengan pembalut lutsinar (kecuali guni) sebelum ia dibawa ke bahagian Outbound.

Kawasan Outbound merupakan tempat yang sama dengan tempat Unloading cuma bezanya, fungsinya adalah untuk memasukkan barang ke dalam trak dan dihantar ke 130 hab Last Mile seluruh Malaysia. 

Menurut Pengarah SPX Express, Lee Sun Cheah, sistem teknologi dan data yang ada membolehkan proses penghantaran barang kepada pelanggan berjalan lebih lancer, bahkan aplikasi khas yang digunakan oleh pemandu untuk merancang perjalanan menjadi lebih sistematik.

“Dulu memang manual, pemandu itu sendiri yang perlu merancang dan membuat keputusan di manakah penghantaran barang perlu dibuat dahulu bagi menjimatkan masa penghantaran. 

“Kini, apabila kita sudah mempunyai data, kita boleh menjangkakan berapa banyak bungkusan setiap hari perlu dihantar di suatu tempat itu berdasarkan Google Map. Perkara ini secara progresif membantu mengurangkan masa penghantaran oleh pemandu,” jelasnya. – Getaran, 5 November 2023

Gambar: Izwan Ramlan

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang