web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ayuh Cuba 'Scrub' Badan Pulut Mangga Di Breeze Spa

Tetamu boleh menikmati suite spa persendirian yang dilengkapi dengan kemudahan sauna dan jakuzi yang menawarkan pelbagai pilihan rawatan untuk kesejahteraan tubuh badan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 4:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pengembara yang mencari penginapan yang menawarkan kemudahan spa di Johor Bahru, apa kata menginap di Amari Johor Bahru yang terletak hanya beberapa langkah dari Komtar JBCC, City Square dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. 

Rangkaian hotel dari Thailand ini dilengkapi dengan sebuah spa yang dikenali sebagai Breeze Spa, di mana ia menawarkan seleksi rawatan yang direka untuk memanjakan diri dan kesejahteraan tubuh badan.  

Breeze Spa mempunyai pelbagai jenis bilik dan suit rawatan peribadi, termasuklah tiga bilik untuk pasangan, dan salah satunya mempunyai jakuzi, serta bilik-bilik perseorangan yang dilengkapi dengan sauna. 

Menawarkan urutan Siam Sabai seperti Signature Muay Thai, Siamese Stones and Foot Massage, Siamese Back Tension Relief, dan Siamese Head Massage, spa ini menjanjikan sesi rawatan yang bakal dirindui kerana ia diterajui oleh barisan ahli terapi yang berpengalaman. 

Jika mencari kelainan, bolehlah mencuba rawatan badan yang unik seperti Scrub Badan Jasmine & Mint yang menawarkan pengelupasan kulit yang lembut, Scrub Badan Pulut Manga yang menggabungkan mangga tropika dengan beras melekit yang berkhasiat untuk kulit dan Sun Soother Body Wrap yang direka untuk memberikan kelegaan yang menenangkan.

Jika anda mendambakan rawatan yang menjanjikan manfaat dari hujung rambut ke hujung kaki, bolehlah mencuba pakej Johor Bahru Energy Boost yang direka untuk mencergaskan tubuh badan. Rawatan ini termasuklah Scrub Badan Kopi dan Sitrus, urutan badan yang menggabungkan teknik Thai dan Ayurveda, serta rawatan muka Crystal Fresh yang meremajakan kulit wajah. 

Di setiap penghujung sesi rawatan, tetamu juga akan berpeluang menghirup secawan teh istimewa iaitu Teh Butterfly Pea yang diketahui bermanfaat untuk kesihatan kulit dan peredaran darah.

Bilik Rawatan di Breeze Spa
Bilik Rawatan di Breeze Spa

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu ialah, sebelum rawatan bermula, tetamu perlu melalui satu sesi ‘ramah-mesra’ di mana pihak spa akan mengajukan beberapa soalan untuk dijawab bagi memastikan rawatan yang ingin diambil sesuai dengan keperluan dan kehendak tubuh badan. 

Selain itu, tetamu juga boleh menerokai mood urutan yang direka selaras dengan keadaan emosi, memenuhi pelbagai perasaan dan pilihan. Jadi tidaklah tersalah pilih sehingga akhirnya anda mendapati rawatan yang dilakukan itu hanya sia-sia. 

Untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang, https://www.amari.com/johor-bahru. Breeze Spa juga menawarkan program keahlian kesetiaan di mana ahli berpeluang menikmati pelbagai faedah, termasuk diskaun pada hari lahir, penjimatan untuk rawatan ala carte, pembelian produk serta akses kepada tawaran promosi. 

Produk rawatan yang boleh dibeli untuk pengalaman spa di rumah
Produk rawatan yang boleh dibeli untuk pengalaman spa di rumah

Lebih menarik, ahli juga mempunyai pilihan untuk berkongsi faedah ini dengan rakan-rakan atau pasangan masing-masing. Keahlian seumur hidup ini adalah eksklusif untuk Breeze Spa, Amari Johor Bahru. 

Foto : Breeze Spa, Amari Johor Bahru

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini