web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bidaan Diharuskan, Tidak Termasuk Dalam Larangan Belian Atas Belian

Apakah yang dimaksudkan dengan bidaan? Adakah ia dibenarkan dalam Islam? Getaran ada jawapannya

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 6:51PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyerahkan jam tangan Rolex kepada pemilik baharu yang membuat bidaan berjumlah RM135,000 - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jam tangan Rolex milik Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang meraih bidaan berjumlah RM135,000
Jam tangan Rolex milik Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang meraih bidaan berjumlah RM135,000

Bidaan atau lelongan seutas jam tangan mewah milik mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri baru-baru ini meraih perhatian ramai.

Jam jenama Rolex itu dihadiahkan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud kepada Zulkifli.

Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat, yang masih tidak jelas dengan hukum bidaan dari aspek agama.

Bidaan merupakan proses jual beli melibatkan tawaran bayaran dalam jumlah bayaran tertentu, yang diumumkan menerusi acara khas. Majoriti ulama termasuk Imam As Syafie berpendapat, hukum jual beli menggunakan kaedah ini adalah diharuskan.

Acara bidaan tidak begitu popular di Malaysia, tetapi ia kerap kali dijalankan di luar negara.

Sebagai contoh, seorang Sheikh dari Qatar membuat bidaan berjumlah RM26 billion untuk membeli kelab bola sepak Manchester United pada Februari lalu.

Hadis riwayat Anas bin Malik RA menyebut:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْهُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah menjual alas pelana dan gelas (bagi pihak seorang sahabatnya yang susah), lalu beliau menawarkan: "Siapa yang akan membeli alas pelana dan gelas ini?" Seseorang berkata; Saya akan membelinya seharga satu dirham, Nabi SAW menawarkan lagi: "Siapa yang mau membelinya lebih dari satu dirham?" Lalu seorang laki-laki memberinya dua dirham, beliau pun menjual kepadanya.”

Acara membida motosikal yang dijalankan oleh Enid Motor
Acara membida motosikal yang dijalankan oleh Enid Motor

Menerusi hadis di atas, jelas bahawa bidaan untuk mendapat sesuatu barangan tidak termasuk dalam perkara dilarang ketika berjual beli. Ini termasuk bidaan untuk hartanah, perkhidmatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah negara mengharamkan aktiviti ini kerana ia berpotensi memberi saingan ke atas landskap ekonomi.

Namun secara logiknya setiap kaedah jual beli yang digunakan oleh peniaga perlulah telus dan tidak melibatkan unsur penipuan serta rasuah. Ia perlu ditekankan kerana jika berlakunya perkara tersebut, hukumnya haram walaupun barang tersebut sah dan halal digunakan.

Berdasarkan penjelasan, bidaan dibuat Zulkifli terbukti bukan perkara yang menyalahi hukum agama.

Ia tidak perlu dipolitikkan, apatah lagi tujuannya adalah murni iaitu menyumbang kepada misi membantu penduduk Palestin. - Getaran, 4 November 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini