web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hukum Boikot Bersifat Fardu Ain, Tetapi Perlu Pertimbangan Yang Wajar

Pada dasarnya, ulama menggariskan bahawa hukum boikot sebagai pembelaan terhadap bumi Palestin adalah bersifat fardu ain, namun begitu dalam konteks semasa, tindakan memboikot ini perlu diteliti dengan mendalam dan tidak boleh digeneralisasi

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 11:29AM

Senarai produk yang menyokong Israel - gambar X

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gerakan memboikot barangan atau produk yang berkaitan dengan Israel kini sedang rancak dijalankan oleh penduduk dunia. Warga Malaysia antara yang begitu lantang menggerakkan inisiatif sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini sengsara akibat ditindas, diserang dan dibunuh oleh rejim Zionis.

Setiap kali gerakan boikot ini diadakan, pasti menimbulkan banyak reaksi. Ada yang tanpa berbelah bahagi menyatakan sokongan, ada yang teragak-agak atau 50-50 dan ada juga yang tidak mempedulikannya kerana menganggap ia tidak memberi sebarang impak. 

Di Malaysia selalunya yang berkobar-kobar menyatakan sokongan adalah umat Islam kerana gerakan memboikot ini melibatkan isu agama secara khususnya. Jika dilihat pada situasi semasa, gerakan memboikot produk yang terkait dengan Israel kali ini memberi impak yang lebih besar dan berpanjangan kerana sehingga kini, Palestin masih diserang tanpa henti oleh rejim Zionis walaupun gencatan senjata telah diarahkan. 

Penjelasan oleh McDonald's Malaysia bahawa restoran itu tidak menyokong Israel - gambar X
Penjelasan oleh McDonald's Malaysia bahawa restoran itu tidak menyokong Israel - gambar X

Ekoran itu juga, terdapat segelintir pihak yang terkesan dalam usaha mencari rezeki untuk menyara hidup dan keluarga tersayang. Ini kerana mereka bekerja dengan syarikat yang terang-terangan atu disyaki menyokong Israel. Contoh terbaik ialah pekerja McDonald's yang kini dikatakan berdepan dengan masalah apabila direhatkan, malah berdepan pemotongan gaji kerana ketiadaan pelanggan.

Biarpun pihak pengurusan rangkaian restoran segera ini telah beberapa kali tampil memberi penjelasan mengenai cara francais berfungsi, namun agak sukar merobohkan keraguan yang tersemat di hati pelanggan.

Justeru, bagaimana sebenarnya kita perlu berhadapan dengan isu boikot ini, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan syarikat berasaskan francais luar negara? 

Jangan Boikot Membabi-Buta

Menurut Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli, dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, kita boleh bersepakat untuk memboikot, tetapi dalam keadaan yang melibatkan syarikat berasaskan francais dari luar negara, pertimbangan berasaskan maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) perlu diambilkira. 

 Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli - gambar UM
Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli - gambar UM

Ia melibatkan beberapa produk yang memegang sijil halal Malaysia dan mempunyai ramai pekerja muslim, bahkan mereka turut menyumbang kepada tabung Palestin. 

“Pada dasarnya, ulama menggariskan bahawa hukum boikot sebagai pembelaan terhadap bumi Palestin dan Baitul Muqaddis adalah bersifat fardu ain. Ramai ulama yang menfatwakan tentang kewajipan untuk memboikot produk dan perkhidmatan yang menyalurkan bantuan kepada Israel kerana ia sebahagian daripada jihad fi sabilillah.

“Namun begitu, dalam konteks semasa, tindakan memboikot ini perlu diteliti dengan mendalam dan tidak boleh digeneralisasi kerana ia boleh menimbulkan kesan berantai terhadap ramai pihak yang tidak bersalah.

“Dalam persoalan ini, penelitian daripada aspek maslahah dan mafsadah amat dititikberatkan supaya dapat mencapai matlamat syariah yang sebenar. Para ulama telah menggariskan panduan dalam menentukan aspek maslahah ini dapat dicapai supaya ia mampu mendatangkan kebaikan kepada manusia.

“Ini kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan maslahah, iaitu mendatangkan manfaat dan menghindari kemudaratan. Islam menolak mafsadah kerana ia membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada manusia,” katanya.

Tambah beliau, tindakan pemboikotan selari dengan maslahah, iaitu mendatangkan kebaikan dengan memberi tekanan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi dan Israel serta penyokong rejim Zionis. 

Serangan Israel ke atas Palestin bermula 7 Oktober lalu sehingga kini telah meragut ribuan nyawa - gambar fail
Serangan Israel ke atas Palestin bermula 7 Oktober lalu sehingga kini telah meragut ribuan nyawa - gambar fail

Tekanan berbentuk ekonomi ini mampu untuk mengurangkan keuntungan walaupun tidak menyebabkan kerugian besar kepada mereka. Sebaliknya, jika syarikat yang bersifat francais, pertimbangan mafsadah atau keburukan perlu dipertimbangkan. 

“Ini kerana ramai orang Islam yang terlibat dalam rantaian produknya dan kemudaratan akan berlaku kerana kelangsungan hidup mereka yang terlibat akan terjejas. Sekiranya tiada jualan dan premis ditutup, mereka akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

“Kesan ini turut melibatkan pelbagai pihak yang berada dalam rantaian ekonomi terbabit seperti pembekal, pengedar, penyedia logistik, penghantar makanan dan lain-lain. Pertimbangan ini selari dengan kaedah fikah, mengelak kemudaratan lebih utama dari mendapatkan kemaslahatan.

“Jadi, jika dibuat pertimbangan antara maslahah yang boleh diperolehi dengan mafsadah yang boleh berlaku, maka kedudukan mafsadahnya lebih besar. Apabila mengambil kira kaedah fiqh di atas, maka pemboikotan terhadap syarikat francais boleh mendatangkan mafsadah yang jelas berbanding maslahah,” ujarnya.

Penjelasan Dr. Mohd Anuar ini sebenarnya mengajak kita untuk sama-sama berfikir secara rasional. Memang benar apabila syarikat francais menanggung kerugian, jumlah wang yang dapat disalurkan kepada Israel akan berkurangan.

Namun, kita juga perlu melihat sejauh mana pembabitan syarikat francais di Malaysia sedangkan mereka mempunyai pendirian yang berbeza dengan pihak francais yang berada di Israel.  

Malahan syarikat francais di Malaysia turut bersolidariti dan menyumbangkan derma dengan jumlah yang besar kepada tabung Palestin.

Cuba anda tanya pada diri sendiri, adakah pihak yang menganjurkan kempen boikot secara besar-besaran menyediakan sebarang pelan tindakan lanjutan untuk membela nasib pemilik tempatan dan pekerja setempat yang terjejas agar mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan tanpa terkesan? 

“Dalam tindakan boikot terhadap produk syarikat francais yang berada di Malaysia, yang mana mereka tidak menyokong serangan pihak Israel ke atas rakyat Palestin perlu dibuat pertimbangan yang adil dan jernih, bukan sekadar desakan populis, sentimen semasa dan ledakan emosi semata-mata.

“Sekiranya tindakan boikot ingin juga dilakukan, nasib mereka yang terkesan terutama para pekerja dan pencari nafkah perlu dibela dengan menawarkan bantuan pekerjaan yang lebih baik agar dapur mereka terus berasap dan tiada yang kebuluran,” jelas Dr. Mohd Anuar. - Getaran, 4 November 2023

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 7 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini