Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Atilia Cinta Sampai Mati

Wajah TARA kali ini menampilkan penyanyi genit, Atilia Haron yang popular dengan lagu Kekanda Adinda. Ada cerita yang ingin dikongsi bersama peminat. Diam bukan bererti hilang dari radar, tetapi ada naskhah istimewa yang ingin  dihadiahkan kepada peminat setia

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 12:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini ialah kali pertama penulis berurusan dengan selebriti untuk dijadikan penghias muka depan TARA. 

Sejujurnya, penulis mengambil masa beberapa untuk memikirkan siapakah selebriti yang hendak dipilih bagi menghiasi wajah TARA kali ini. 

Ingatan penulis lantas dibawa kepada sebuah lagu yang pernah menjadi fenomena pada 2011 dan masih kedengaran di corong radio hingga hari ini, iaitu Kekanda Adinda dendangan Atilia dan Monoloque. 

Justeru, penulis membuat keputusan untuk menampilkan Atilia, seterusnya mengintai perkembangan terbaharu artis kecil molek ini.

Atilia mengenakan busana dari Khoon Hooi
Atilia mengenakan busana dari Khoon Hooi

Mood Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron begitu ceria ketika ditemui dan biarpun ini pertemuan pertama kami, Atilia mudah dirapati dan begitu mesra. 

Membuka bicara, Atilia memberitahu dia sebenarnya aktif sebagai guru yoga.

“Saya masih mengajar senaman yoga setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat, jadi semua aktiviti nyanyian atau shooting saya akan buat pada hari tersebut sahaja.

Pada waktu yang sama saya banyak jadi emcee (pengacara majlis) untuk acara dan banyak perkara baharu yang saya cuba selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain daripada menyanyi. Alhamdulillah semua benda yang saya buat saya suka,” ceritanya.

Buat yang tidak tahu, Atilia sudah berkecimpung dalam dunia yoga selama 20 tahun dan membuka studio yoga sendiri di Damansara Perdana dan Seksyen 5, Shah Alam.

“Saya mula aktif dalam yoga ketika berusia 30 tahun. Tahun depan saya dah 50 tahun, bermakna sudah 20 tahun bergelumang dalam aktiviti ini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk membina studio tersebut kerana saya seorang diri.

“Sebagai seorang peniagawati pasti ada banyak cabaran seperti persaingan. Jadi saya banyak buat job yang tak ada kena mengena pun dengan seni nyanyian, namun masih lagi dalam dunia seni cuma kategorinya agak berbeza sedikit,” katanya.

Atilia memaklumkan, yoga bukan sekadar bermain dengan fizikal tetapi ia juga mencabar mental dan bukan satu perkara yang mudah. Ia sedikit sebanyak membantu Atilia dalam nyanyian dan menenangkan mindanya.

“Mula-mula saya ingat yoga adalah aktiviti yang paling senang, tetapi sebenarnya tidak. Awak nampak macam tak pergi mana, duduk relaks, tapi sebenarnya ia sangat susah. Yoga banyak membantu saya dalam pernafasan, nyanyian dan juga minda, termasuklah saya sebagai seorang yang ada anxiety ini, selalu nk buat itu dan ini, tak boleh nak duduk diam,” jelasnya.

Atilia merasakan yoga telah membantunya untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik berbanding dahulu
Atilia merasakan yoga telah membantunya untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik berbanding dahulu

Atilia turut mengakui bahawa yoga membantu mengubah dirinya menjadi individu yang lebih positif berbanding dahulu.

“Doktor mengesahkan saya ada ADHD (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) tapi yoga ini bantu saya untuk relaks. Banyak benda-benda positif yang datang dalam hidup saya. Berbanding dulu, saya terlalu negatif, nak marah saja. Masuk industri bila orang tak terima muzik, nak merajuk. Kini Atilia seorang yang positif dan suka senyum,” katanya sambil tersenyum manis.

AT 4- Kapsyen:

Single lagu terbaharunya bertajuk Cinta Sampai Mati dari Atilia akan dilancarkan pada 2 November 2023
Single lagu terbaharunya bertajuk Cinta Sampai Mati dari Atilia akan dilancarkan pada 2 November 2023

Beralih cerita tentang  nyanyian, Atilia bakal melancarkan single terbaharunya pada 2 November nanti, bertajuk Cinta Sampai Mati. 

“Dah lama saya tak keluar lagu, orang selalu ingat lagu Kekanda Dinda saja. Betul, tapi sebenarnya ada banyak lagu-lagu yang saya keluarkan seperti jazz, akan tetapi tak komersil sangat atau kata orang, tak ke arus perdana.

“Single terbaharu yang akan datang Cinta Sampai Mati ini adalah sebuah lagu yang sangat emosi. Saya nyanyi daripada hati, untuk arwah ayah saya (Raja Haron Raja Aziz) yang telah meninggal dunia tahun lepas. Lagu itu saya rasa sampai kepada semua orang kerana ia betul-betul daripada jiwa saya.

“Boleh rasa kehilangan seseorang itu dengan lagu itu. Ini lagu pertama saya yang seperti ini berbanding lagu-lagu lain sebelumnya,” katanya. 

Atilia turut menerima respon positif daripada rakan terdekat dan rata-ratanya tidak sabar untuk menunggu lagu tersebut dilancarkan.

“Saya dah bagi ramai kawan saya untuk dengar, termasuk berkongsi teaser lagu ini di nstagram. Banyak respon cakap ‘cepat lah keluar lagu ini’.

“Allhamduliah selepas sudah berapa kali kita rekod sebab saya tak puas hati dengan mix lagu itu, berulang-alik Malaysia (Kuala Lumpur) ke Indonesia (Jakarta), kini ia dah siap dan akan dilancarkan pada 2 November ini. Saya memang sangat bersemangat,” katanya yang jelas teruja.

Lagu tersebut dicipta khas buat ayahnya yang telah meninggal dunia tahun lepas
Lagu tersebut dicipta khas buat ayahnya yang telah meninggal dunia tahun lepas

Tidak terhenti di situ, Atilia turut memaklumkan bahawa lagu tersebut merupakan satu daripada sepuluh lagu yang akan dimasukkan ke dalam album keempatnya. Ia bakal dilancarkan pada tahun depan dan kos pembikinan album tersebut ditanggung sepenuhnya oleh beliau sendiri.

Video muzik (MV) lagu tersebut turut melibatkan beberapa rakan karib Atilia yang bersama-sama membantu.

“Saya gunakan kawan-kawan saya seperti Sazzy Falak, Yasmine Hani, Daphne Iking, Dynas Mokhtar dan Aishah Sinclair secara percuma. Semua MV yang saya menyanyi saya panggil mereka, tak perlu bayar pun sebab kita kawan cinta sampai mati. 

“Kami berkawan dah berpuluh tahun dan memang rapat. Ada yang dah kahwin, tak kahwin, kahwin balik. Kami melalui banyak fasa kehidupan bersama,” katanya. 

Atilia memberitahu, MV tersebut berjalan dengan lancar dan semua rakan-rakannya itu memainkan peranan masing-masing tanpa perlu diberikan arahan secara terperinci, kerana mereka amat memahami perjalanan hidupnya selama ini.

Dynas bahkan turut mengalirkan air mata semasa menjalani penggambaran.

“Aishah pula mengakui lagu itu seolah ada kaitan dengan dirinya. Saya tak tahu apa yang dia fikir, mungkin dia terfikir kepada arwah abang dia. Dynas masa buat video itu pun menangis. Kerana itu saya tahu mereka boleh buat secara natural sebab kami berkawan dah lama,” maklumnya. 

Atilia turut berkongsi kisah hidupnya yang terlalu rapat bersama ayah 
Atilia turut berkongsi kisah hidupnya yang terlalu rapat bersama ayah 

Atilia turut berkongsi serba sedikit tentang dirinya yang amat rapat bersama bapa. Dia kerap meluangkan masanya semasa ayahnya sakit dan berkorban banyak perkara sehingga sanggup menjual rumah ketika PKP untuk kegunaan kecemasan ayahnya.

“Sejujurnya nak beritahu semua orang, masa PKP job tak banyak. Ayah sakit dengan tak ada insuran, saya memang resah dan tak tahu apa nak buat. Alhamdulillah, saya berjaya jual rumah. Ada orang nak beli rumah saya, dan itulah satu-satunya aset yang saya ada masa itu dan duit tersebut saya simpan untuk kegunaan kecemasan ayah.

“Walaupun saya rasa sedih (tentang pemergian ayah) tapi sebagai anak saya dah buat yang terbaik. Alhamdulillah dia pun dah berada di tempat yang baik. Nak luahkan susah, kalau orang tengok dekat IG (Instagram) saya tak tulis sangat tentang ayah. Hanya orang-orang terdekat saja tahu masa itu melalui IG story. Jadi dengan lagu inilah saya luahkan apa perasaan saya sebenarnya,” katanya dengan tenang.

Atilia ingin memberitahu ayahnya jika dia masih hidup, 'anak perempuannya yang seorang ini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kehidupan dengan baik'.

“Saya nak cakap dengan dia, saya okey. Dia dulu tak nak tinggalkan (dunia) sebab dia takut. Atilia ini tak ada orang jaga, keseorangan, adik beradik saya semua dah kahwin. Jadi dia kata, papa nak duduk di dunia ini untuk lihat awak okey. Maka saya nak beritahu dia sekarang yang saya okey,” kata Atilia, sebak.

Atilia berpendapat bahawa kumpulan ini mempunyai bakat yang hebat dan mereka menyegarkan lagi industri hiburan tanah air
Atilia berpendapat bahawa kumpulan ini mempunyai bakat yang hebat dan mereka menyegarkan lagi industri hiburan tanah air

Bertukar topik tentang pandangan terhadap penyanyi baharu atau digelar BBNU, Atilia berpendapat golongan ini mempunyai bakat yang hebat dan menyegarkan industri hiburan tanah air. Malah ibu bapa sekarang juga banyak memberi sokongan kepada anak mereka yang ingin mengembangkan kerjaya sebagai penyanyi.

‘Kita lihat Oh My God! Nak cakap pelik, tak pelik tapi kita nak tengok mereka ini. Jadi ia memang betul-betul refreshing dan kreatif,” katanya.

Namun Atilia turut menasihatkan, pendatang baharu perlu berhati-hati dalam mengejar trend dan pengikut di media sosial supaya kualiti yang ada pada mereka tidak terjejas.

“Apabila mengikut trend, kadang-kadang ia akan lemahkan diri. Kita berbakat tapi bila nyanyi tidak ada kualiti. Bahkan jika kita tidak ada kudrat dan kemahuan termasuklah minat pada diri sendiri, kualiti itu akan cepat hilang dan tak jadi ‘klasik’. Ini bukan perkara yang negatif, ia bagus tapi mereka kena pandai serta tahu menilai bakat sendiri dan jangan terlalu terikut-ikut.

“Sebagai seorang yang sudah lama dalam industri sejak dari kecil, saya mula sayang budaya muzik kita yang lama-kelamaan dah hilang. Kalau dulu ada lagu-lagu seperti Spring atau Iklim, lagu mereka dikenali sampai di Indonesia sehingga sekarang.

“Tapi sekarang lagu kita banyak dah diinfusikan dengan banyak sangat benda-benda lain. Saya harap budaya lagu Malaysia itu tak lari, sayang sebab kita punya bunyi asli seperti keroncong, best! Macam lagu Kekanda Adinda itu, ada dia punya alunan asli,” tambahnya.

Rahsia Atilia kekal berdiri dalam industri untuk tempoh yang lama adalah disebabkan kerja kerasnya dan tidak mengejar atau terlalu berfikir untuk kekal relevan
Rahsia Atilia kekal berdiri dalam industri untuk tempoh yang lama adalah disebabkan kerja kerasnya dan tidak mengejar atau terlalu berfikir untuk kekal relevan

Atilia mendedahkan, rahsia dia kekal berdiri dalam industri untuk tempoh yang lama adalah disebabkan kerja kerasnya dan tidak mengejar atau terlalu berfikir untuk kekal relevan. Sebagai artis, apa sahaja yang disampaikan, perlu dibuat dengan terbaik dan percaya pada proses.

“Awak hanya perlu buat yang terbaik, benda ini akan ambil masa yang lama tapi anda juga akan ada dekat situ untuk tempoh yang lama. Itu satu perkara yang saya belajar dari Roslan Aziz, bila kita ada kualiti dan percaya dengan diri kita, ia akan menarik vibe tersebut.

“Motto saya, jangan berkira sebab bakat yang kita dapat ini daripada Allah. Bukan susah pun kita nak buat, bukannya kita kena menyangkul dekat tengah panas berpeluh-peluh. Orang nak minta nyanyi dua atau tiga lagu extra, tak mengapa, nyanyi saja. Kalau buat macam itu, kita akan jalan lagi jauh.

“Jadi be nice, happy and be kind, itu saja. Sebagai seorang penyanyi, lagu tambahan dan lain-lain itu bukan susah nak buat. Kita pandai-pandailah berbincang dengan pengurus bila ada persembahan,” terangnya.

Atilia turut memperlihatkan solidaritinya dalam menyokong Palestin dan mula membaca tentang sejarah untuk lebih memahami apa yang berlaku sebenarnya
Atilia turut memperlihatkan solidaritinya dalam menyokong Palestin dan mula membaca tentang sejarah untuk lebih memahami apa yang berlaku sebenarnya

Sebagai penutup bicara, penulis turut bertanya tentang isu semasa, iaitu konflik antara Palestin dan Israel. Selepas berminggu-minggu perkara ini berlaku, Atilia sedar bahawa ia adalah sesuatu yang begitu berat seakan-akan sudah berlakunya darurat di bumi Gaza. 

Bahkan dia sudah lebih memahami apa yang berlaku di sana apabila mula membaca tentang sejarah dan hal yang sebenarnya berlaku.

“Pada mulanya, kita tak tahu sebetul-betulnya. Selepas saya mula membaca dan didik diri saya untuk tahu tentang isu ini, baru saya sedar. Okey, ini adalah satu situasi yang sudah darurat,” maklumnya.

Atilia turut menyeru golongan selebriti supaya menggunakan platform yang ada untuk berkongsi tentang keganasan yang berlaku di sana walau apa cara sekalipun.

“Kita sebagai seorang artis, tak kiralah Instagram itu tak cantik atau algorithm larikah, macam mana pun kita perlu post and share. Jadi itu yang saya buat beberapa hari ini malah banyak juga komen-komen di sebelah pihak sana di ruangan komen saya, kerana saya ada juga follower dari negara lain.

“Mereka 'berbalas pantun' di situ dan saya tak pernah padam komen tersebut. Saya nak orang baca dan adalanya saya minta tolong untuk jelaskan beberapa komen yang saya tak boleh nak respond sebab tak faham, jadi di situlah saya belajar,” kongsinya.

Atilia menyeru kepada selebriti di luar sana untuk bersama-sama menyebarkan perkongsian tentang perkara yang sebenar tentang konflik peperangan di antara Palestin dan Israel
Atilia menyeru kepada selebriti di luar sana untuk bersama-sama menyebarkan perkongsian tentang perkara yang sebenar tentang konflik peperangan di antara Palestin dan Israel

Atilia mengakui, beliau pada mulanya tidak mahu terlibat dengan perkara ini kerana tidak begitu memahami, namun selepas faham dan melihat keganasan yang sangat dahsyat berlaku di sana,dia merasakan penglibatannya sebagai selebriti adalah satu tanggungjawab bersama.

“Saya sangat bangga sebagai rakyat Malaysia terhadap sokongan kita tentang perkara ini. Macam perhimpunan Palestin dekat Dataran Merdeka baru-baru ini. Fuh! Berdiri bulu roma saya tengok,” ujarnya.

Atilia turut berkongsi pandangan terhadap rakannya yang berada di luar negara dan menyatakan media di sana menutup perkara yang sebenar tentang apa yang berlaku di Palestin.

“Macam kawan saya dari Amerika, mereka punya timeline satu habuk pun tak ada pasal benda ini. Media di sana sudah tutup mata mereka dan isi dengan perkara-perkara yang mereka percaya sahaja,” jelasnya sebagai penutup bicara. - Getaran, 28 Oktober 2023

Wajah TARA : Atilia Haron @atiliaharon

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Teks : Izwan Ramlan

Jurusolek & Rambut:  Ummi Kalsum Abdullah @ummi_kayy

Jurufoto : Salwa Farhana Ismail

Tajaan Busana : khoonhooi_official @khoonhooi_official

Reka Letak: Jusmiyati Jufri

Tajaan lokasi : Commune Home Malaysia @mycommunehome

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja