Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Pilihan Beg Tote Terbaik Untuk Percutian

Bukan semua beg tote layak dijadikan ‘item’ percutian, jika silap pilih, mungkin ia tidak mampu menampung barangan yang ingin anda bawa

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 12:08PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beg tote merupakan salah satu item yang paling berbaloi untuk digalas sepanjang percutian. Ini kerana beg ini mempunyai fungsi pelbagai guna kerana ia selalunya mempunyai ruangan yang banyak untuk mengisi itu dan ini apabila anda mengembara. 

Bagaimanapun, bukan semua beg tote layak dijadikan item percutian. Jika silap pilih, mungkin ia tidak mampu menampung barangan yang ingin anda bawa. Lebih menyakitkan hati, jika anda terpaksa pula mengeluarkan duit untuk membeli beg baharu di destinasi dilawati.

Jadi, pilihlah beg tote yang kukuh untuk perjalanan anda. Sama ada perjalanan itu untuk urusan perniagaan atau percutian, beg tote yang kukuh menjanjikan pengalaman yang lebih menyenangkan. Anda boleh memuatkan komputer riba, botol air dan semua aksesori percutian lain dengan lebih mudah. 

Golongan ibu pula boleh memuatkan mainan atau makanan ringan untuk anak-anak yang selalunya mempunyai banyak ragam ketika dalam perjalanan jauh. Berikut adalah lima pilihan beg tote yang bersaiz besar, tahan lasak, serta mempunyai banyak poket. 

Harganya mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, namun percayalah ia adalah pembelian berbaloi dan boleh digayakan dalam tempoh yang panjang. Mungkin bertahun-tahun lamanya.

1. Beg Tote Bellroy Tokyo Wonder 

Foto : https://bellroy.com/ 

Dengan saiz 15 liter, beg tote jenama ini mendahului senarai. Beg yang tampil ringkas bergaya ini ringan untuk dibawa, terdapat banyak ruang dan poket untuk memastikan semuanya kemas dan teratur. 

Ia boleh dizip sepenuhnya dan mempunyai ruangan untuk menempatkan komputer riba, dua poket untuk botol dan payung, serta poket jaringan yang lebih kecil untuk barangan berharga. 

Poket luaran pula boleh digunakan untuk meletakkan telefon, dua pen, pasport dan keperluan perjalanan lain. Paling penting, ia juga diperbuat daripada bahan kalis air.

2. Beg Tote Longchamp Le Pliage Original Large

Foto : https://www.longchamp.com/ 

Beg tote kulit dan nilon minimalis daripada Longchamp ini didatangkan dalam beberapa warna neutral. Oleh kerana ia kalis air, ia adalah beg yang bagus untuk dibawa bersama jika anda mengembara ke destinasi yang sukar diramal cuacanya.

Bahagian yang terbaik tentang beg ini ialah anda boleh melipatnya menjadi segi empat sama kecil dan boleh diselitkan di dalam beg yang lain. Ini bermakna ia juga sangatlah sempurna untuk dijadikan ‘beg kecemasan’ apabila anda memerlukan bagasi ekstra setelah galak berbelanja itu dan ini ketika bercuti.  

Longchamp mendapat inspirasi daripada origami apabila mencipta beg tote ini dan sejak dilancarkan, ia menjadi idaman ramai di seluruh dunia. 

3. Delsey Chatelet Air 2.0

Foto : https://int.delsey.com/ 

Jenama Perancis terkenal Delsey membuat tote ini dengan mengambil pendapat pengembara yang suka membeli-belah apabila ke mana-mana. Selain mudah dilipat, beg tote ini juga mempunyai gelung khas di bahagian belakang yang membolehkannya ia disangkut ke pemegang beg pakaian tanpa risiko terjatuh. 

Fabrik yang digunakan untuk beg tote ini diperbuat daripada rPET (recycled polyethylene terephthalate), bahan yang dihasilkan daripada enam botol air plastik kitar semula sepenuhnya! Teknologi antimikrob SILVADUR™* yang dirawat dengannya menghalang pembentukan bakteria. 

4. Beg Tote North Face Borealis

Foto : https://www.thenorthface.co.uk/ 

Beg tote yang satu ini boleh juga dijadikan sebagai beg galas untuk pengembaraan luar yang lebih lasak. Bahagian dalamnya boleh menempatkan komputer riba, manakala bahagian luar menawarkan dua poket untuk menyimpan botol air, payung, atau tripod kecil.

Kemasan yang tahan lasak dan kalis air menjadi beg tote ini lebih bernilai.

5. Beg Tote Marc Jacobs

Foto : https://www.selfridges.com/ 

Jenama fesyen yang terkenal dengan fesyen bergaya dan eksklusif ini juga menghasilkan beg tote yang praktikal untuk sebuah percutian idaman. Beg tote kanvas bersaiz besar ini boleh dilipat dengan mudah, jadi mudah untuk membawanya ke mana-mana.

Bahagian dalamnya mempunyai tiga ruangan storan dan zip penuh untuk memastikan barangan yang dimuatkan tidak berselerak dan mudah untuk dicari. Ia juga cukup besar untuk sebuah komputer riba, jadi anda juga boleh menggunakannya sebagai tote kerja jika anda suka. Tersedia dalam pelbagai pilihan warna seperti hitam, kuning air, hijau, biru dan banyak lagi. - Getaran, 22 Oktober 2023

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji