web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ascott Star Klcc Dilancarkan Secara Rasmi, Tawar Pemandangan Hebat Di Tingkat 99

Apartment perkhidmatan 57 tingkat ini dikelilingi oleh bangunan tinggi dan pencakar langit, termasuklah Menara Berkembar Petronas, Tun Razak Exchange Square, dan Menara Kuala Lumpur.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 5:14PM

Pemandangan di tingkat 99 - gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah lebih setahun memberikan servis kepada orang ramai, CapitaLand Investment Limited (CLI), unit perniagaan penginapan miliknya, The Ascott Limited (Ascott), secara rasminya melancarkan pembukaan Ascott Star KLCC Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. 

Membawa jenama hospitaliti kelas pertama antarabangsa mereka ke dalam kota Kuala Lumpur yang bertenaga, lokasi penginapan ini merupakan hartanah keempat yang beroperasi di Malaysia.

Terletak di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur, atau lebih tepat di Jalan Yap Kwan Seng, Ascott Star KLCC memberikan kemudahan kepada tetamu untuk bergerak ke pelbagai tarikan menarik di sekitar Kuala Lumpur. Tetamu boleh memilih untuk memandu sendiri, menggunakan servis e-hailing, atau menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam.

Dilancarkan untuk menjadi sebuah oasia bandar yang luar biasa, apartment perkhidmatan 57 tingkat ini turut dikelilingi pencakar langit kontemporari seperti Menara Berkembar Petronas, Tun Razak Exchange Square, Menara Kuala Lumpur dan Merdeka 118. 

Dalam erti kata lain, segalanya ada di depan mata. Jika berjalan kaki tidak menjadi isu kepada anda, ini bermakna anda boleh menjelajah tempat-tempat bersejarah dan tarikan utama di Kuala Lumpur dengan mudah. 

Menara Berkembar KLCC yang futuristik hanya beberapa langkah dari hotel, jadi boleh luangkan masa untuk bersiar-siar di tamannya yang menghijau dan membeli-belah di Suria KLCC mengikut masa yang diingini. 

Pengurus Negara Ascott untuk Malaysia, Mondi Mecja, ketika majlis pelancaran berkata, Ascott Star KLCC berusaha untuk meluaskan kecemerlangan operasi jenama ini di ibu negara, dengan harapan untuk terus berkembang dalam industri, bersandarkan pengalaman kukuh berkelas dunia dalam industri hospitaliti.

“Nikmati penginapan mewah bergaya bersama kami sambil menikmati percutian idaman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Jualan & Pemasaran, Datuk Chin Tzer Pinn menambah, apartmen perkhidmatan ini mempamerkan suite yang direka khas dengan pemandangan sekeliling yang tiada halangan.

"Terletak secara strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, apartment perkhidmatan ini menyediakan suite yang direka khas untuk mempamerkan pemandangan sekeliling tanpa halangan. Sebaik sahaja tetamu melangkah masuk, mereka akan terpesona dengan karya seni yang dipamerkan di seluruh bangunan Ascott Star KLCC,” ujarnya.

Ascott Star KLCC mempunyai 298 jumlah unit yang terdiri daripada pelbagai pilihan penginapan premium, daripada Studio Eksekutif hinggalah dua Bilik Tidur Premier. Ideal untuk tetamu kelas perniagaan dan rekreasi, unit ini dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, bilik mandi ensuite dan dapur yang lengkap bergaya. 

Jika menginap di sini, jangan sesekali lepaskan peluang ke Sky Pool yang terletak di tingkat 99 bagi menikmati pemandangan yang cukup hebat ketika bersantai dan berenang. Menara Berkembar Petronas tersergam di depan mata, sementara Menara Kuala Lumpur dan Merdeka 118 dapat diintai dari kejauhan. 

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai kemudahan lain, termasuklah gimnasium yang lengkap, bilik permainan, bilik KTV, bilik yoga, dan sebuah pavilion luar untuk majlis barbeku. - Getaran, 14 Oktober 2023

Foto : Ascott Star KLCC / Rahayu MN

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini