Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Japan Airlines Perkenalkan Pesawat A350-1000 Baharu, Lebih Canggih, Lebih Mewah

Kedua-dua kabin kelas pertama dan perniagaan A350-1000s baharu akan menawarkan apa yang dipanggil oleh syarikat penerbangan itu sebagai stereo tanpa fon kepala ‘pertama di dunia’

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 3:52PM

Pesawat A350-1000s baharu milik JAL

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila syarikat penerbangan membuat tempahan untuk pesawat baharu, ia merupakan peluang terbaik untuk mereka meningkatkan daya tarikannya, terutamanya jaminan berkaitan keselesaan. Ini kerana pengembara jarak jauh tidak pernah berhenti mencari keselesaan maksimum.

Japan Airlines (JAL) telah melakukan perkara itu  awal minggu lalu, apabila syarikat penerbangan ini mendedahkan bahagian dalam pesawat Airbus A350-1000 baharu berteknologi tinggi milik mereka.

Dalam satu kenyataan media di lawan sesawang JAL, mereka memberitahu pesawat ini akan menjadi peneraju baharu syarikat penerbangan itu untuk perkhidmatan antarabangsa selepas hampir 20 tahun.

Dengan penerbangan ini, pelanggan akan mengalami tahap keselesaan yang lebih tinggi di dalam pesawat dan boleh menjangka perjalanan keseluruhan yang unik yang disesuaikan secara individu. 

Pelancaran pesawat A350-1000 yang asalnya dirancang pada akhir November 2023 di laluan Tokyo (Haneda) ke New York (JFK), dijangka bermula sebelum akhir tahun ini berikutan berlakunya gangguan bekalan yang menjejaskan penghantaran komponen.

“JAL telah menempah 13 pesawat berbadan besar dan luas daripada Airbus. Pesawat itu pada asalnya akan memulakan penerbangan pada akhir November untuk digunakan di laluan Tokyo (Haneda) ke New York (JFK), namun terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah gangguan rantaian bekalan yang menjejaskan penghantaran komponen," kata kenyataan itu. 

Sebagai pengembara tegar dan suka menghabiskan masa di dalam pesawat, pasti anda mahu maklumat lebih lengkap tentang pesawat baharu ini bukan? Percayalah ia sememangnya canggih dan mungkin melepasi jangkaan ramai! Berikut adalah gambaran sekilas tentang pesawat A350-1000 terbaharu itu.

Stereo Tanpa Fon Kepala Pertama Di Dunia

Kemudahan seperti pancuran mandian dan suite peribadi sudah menjadi perkara biasa dalam penerbangan komersial. Untuk tampil berbeza, lain daripada yang lain, JAL menawarkan sesuatu yang tidak dijangka iaitu menghapuskan keperluan untuk set kepala di bahagian hadapan pesawat.

Kedua-dua kabin kelas pertama dan perniagaan A350-1000s baharu akan menawarkan apa yang dipanggil oleh syarikat penerbangan itu sebagai stereo tanpa fon kepala ‘pertama di dunia’. Penumpang boleh mendengar sistem hiburan dalam penerbangan menggunakan pembesar suara sandaran kepala terbina dalam tempat duduk. Fungsi ini sudah pasti memberi keselesaan yang diidamkan oleh pengembara kerana dapat merehatkan kepala tanpa sebarang gangguan. 

Kabin kelas pertama
Kabin kelas pertama

Teknologi yang dicipta oleh pereka dalaman pesawat Perancis Safran dengan kerjasama syarikat teknologi audio Devialet ini telah didedahkan pada Ekspo Dalaman Pesawat (AIX) tahun lalu di Hamburg, Jerman.

Kabin Kelas Pertama Dengan Tiga Mod Tempat Duduk

Pengembara atau penumpang yang mempunyai wang pasti akan tergoda dengan suite kelas pertama pesawat ini. Susunan tempat duduk baharu ini hanya menampilkan enam suite untuk mewujudkan persekitaran kabin yang unik dan eksklusif. Tempat duduk direka untuk memberikan keselesaan yang lebih besar dan dilengkapi dengan pintu gelongsor peribadi, buat pertama kalinya oleh JAL.  

Kabin kelas perniagaan
Kabin kelas perniagaan

Privasi dan ruang adalah pertimbangan utama di sini, dengan syarikat penerbangan itu juga menghapuskan petak overhed. Sebaliknya, setiap suite telah menambah ruang penyimpanan dan almari kecil.

Penumpang kelas pertama mempunyai pilihan tiga mod tempat duduk dalam suite mereka. Terdapat sofa penuh, kombo tempat duduk/katil single dan katil double penuh.

Bagi saiz, setiap dinding suite meningkat kira-kira 157 sentimeter (62 inci) ketinggian. Jarak tempat duduk adalah kira-kira 211 sentimeter, dengan lebar sekitar 123 sentimeter. Katil terbentang 203 sentimeter yang selesa, manakala setiap monitor bersiaz 41 inci.

Kabin Kelas Perniagaan Perkenalkan Pintu Buat Kali Pertama

Pesawat JAL yang dahulu mempunyai 49 buah tempat duduk untuk penumpang kelas perniagaan, tetapi untuk pesawat A350-1000 baharu ini, berlaku peningkatan kapasiti tempat duduk kepada 54 buah.  

Untuk keselesaan penumpang, mereka turut memperkenalkan pintu buat kali pertama untuk memastikan privasi, dan petak storan atas diletakkan secara eksklusif di bahagian tepi tingkap untuk mewujudkan suasana terbuka.

Dari segi saiz, dinding suite adalah kira-kira 132 sentimeter tinggi dan setiap monitor adalah 24 inci. Tempat duduk mempunyai lebar kira-kira 56 sentimeter, dengan kepanjangan 130 sentimeter. 

Apabila diubah menjadi katil, panjangnya lebih kurang 198 sentimeter. Syarikat penerbangan itu berkata struktur kusyen khas mengagihkan tekanan badan secara sama rata.

Kabin Ekonomi Premium Yang Pertama Di Dunia Dengan Fungsi Berbaring 

Jikalau anda merupakan pengembara yang suka berjimat untuk tambang penerbangan, apa kata untuk penerbangan bersama pesawat A350-1000 baharu ini anda membayar lebih untuk mengejar keselesaan terbaik dalam kabin ekonomi premiumnya. 

Kerusi di kabin kelas ekonomi premium
Kerusi di kabin kelas ekonomi premium

Ini kerana ia merupakan kabin ekonomi premium yang pertama di dunia yang memperkenalkan fungsi berbaring yang dikendalikan secara elektronik. Lebar tempat duduk di bahagian ini adalah kira-kira 48 sentimeter, dengan panjang 107 sentimeter.

Terdapat juga sandaran kaki elektrik yang boleh dilaraskan untuk duduk secara mendatar untuk keselesaan tambahan. Untuk kemudahan hiburan, monitor 4K baharu bersaiz 16 inci tersedia, iaitu - 1.3 kali lebih besar daripada model semasa, kongsi syarikat penerbangan itu.

Kabin Ekonomi Dengan Ruang Kaki Lebih Luas 

Jika wang masih menjadi isu, tidak mengapa, kerusi ekonomi yang tersedia juga cukup selesa untuk anda menempuhi perjalanan selama 13 jam. Dalam kenyataan yang sama,  JAL memaklumkan mereka telah meningkatkan lagi ruang kaki yang luas dan menambah baik tempat duduk untuk keselesaan yang dipertingkatkan.

Perlu diingat juga bahawa JAL telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Kerusi Syarikat Penerbangan Kelas Ekonomi Terbaik’ untuk lima tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia yang diadakan saban tahun.

Sementara itu, monitor untuk kabin ekonomi ini adalah 4k ,13 inci dan mempunyai sambungan Bluetooth. 

Jadi apa pandangan anda? Adakah anda sedia untuk membelanjakan wang untuk terbang dalam pesawat serba baharu ini? - Getaran, 8 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan