Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jadi Diriku - Tunku Rania

Sedang bertatih mencipta nama, Tunku Rania punya pesona tersendiri dan personaliti yang menarik. Perkongsian diari hidup di media sosial memancing rasa ingin tahu peminat, apatah lagi dia bukan sahaja cantik, tetapi juga lincah dan lasak di tengah padang

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 11:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari wajah penghias sampul digital TARA kali ini membuatkan saya sedikit tergesa-gesa kerana ia perlu diselesaikan dengan segera sebelum mengambil cuti panjang. Bukan satu atau dua nama yang terlintas di fikiran, banyak. 

Namun, saya sangat memahami dengan jadual kerja barisan personaliti yang sentiasa padat. Lebih-lebih lagi jika dia punya nama besar. Mencari masa yang ‘perfect’ untuk kedua-dua pihak adalah cabaran besar.

Ketika inilah saya membuat keputusan untuk mengetengahkan bakat baharu buat dipersembahkan kepada pembaca TARA. Tak kenal, maka tak cinta bukan? Saya sendiri terpesona sebaik sahaja ‘diperkenalkan’ secara maya dengan pemilik nama, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi atau lebih mesra disapa sebagai Rania. 

Pendatang baharu yang sedang bertatih untuk mencipta nama ini punya personaliti yang menarik. Biarpun tidak pernah bertemu mata, tetapi perkongsian diari kehidupannya di media sosial memancing perasaan ingin tahu. Dia bukan sahaja cantik, tetapi juga lincah dan lasak di tengah padang. 

Tanpa membuang masa, saya mengatur temujanji untuk sesi fotografi. Syukur, pihak Rania tidak cerewet dengan permintaan saya. Segalanya berjalan dengan lancar. Bahkan, Rania senang menjawab satu demi satu soalan yang saya tujukan. 

Sebagai pembuka bicara, saya mulakan dengan pertanyaan bagaimana dia memulakan langkah seninya? 

“Mungkin ada yang tidak tahu bahawa, Rania merupakan pemenang tempat kelima pertandingan Dewi Remaja edisi 2018/2019. Pertandingan inilah yang membuka jalan Rania dalam bidang seni. Biarpun tidak menjadi juara, Alhamdulillah ada rezeki untuk Rania. Ada pihak yang sudi memberi peluang untuk Rania mencuba sesuatu yang berbeza. Maklumlah sebelum ini Rania sibuk bersukan sahaja.

“My mom pun sebenarnya adalah peserta akhir Dewi Remaja, tahun 1988/1989 iaitu tahun di mana model terkenal, Aleeza Kasim dinobatkan sebagai juara. My mom, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah,  dapat tempat kedua dan memenangi gelaran ‘Dewi Favourite’. Jadi, kiranya apa yang Rania ada ketika ini adalah atas galakan dia. Dia yang mahu saya cuba sesuatu yang lain, selain sukan. 

“Sebagai anak tunggal, rasanya Rania mewarisi minat kedua-dua orang tua. Minat sukan sebab ayah merupakan jurulatih bola sepak dan bidang seni pula dapat dari my mom,” ceritanya yang telah membintangi siri drama seperti Rindu Yang Terindah, Puteri Yang Ditukar dan Tuan Danial.

Selain berlakon dia juga mendapat peluang menjadi pengacara untuk sebuah program majalah di RTM, yang memerlukan dia melakukan aktiviti selam skuba. Jelas Rania, peluang mengacarakan program yang melibatkan aktiviti sebegitu memang ditunggu-tunggu kerana dia mahu menjadi dirinya apabila mendapat tugasan mengacara.

“Berlakon dan mengacara, kedua-dua bidang ini Rania suka. Setiap satu memberi kepuasan yang berbeza. Sebagai orang dalam industri, Rania mahu menjadi seorang yang versatil. Tidak mahu terarah kepada satu bidang sahaja.

“Apabila berlakon Rania tidak boleh menjadi diri sendiri, perlu ikut skrip. Sebaliknya dengan mengacara, Rania boleh menjadi diri sendiri. Lebih menguntungkan jika program itu melibatkan aktiviti-aktiviti lasak yang sememangnya sesuai dengan perwatakan Rania yang lasak ini,” ujarnya  yang kini sibuk berlatih sukan flag football untuk mewakili pasukan Malaysia dalam sedikit masa lagi. 

Bercerita lanjut tentang sukan itu yang baru diceburi beberapa bulan lalu, Rania memberitahu sukan ini baru mendapat ruang di Malaysia walaupun sebenarnya sudah popular di luar negara. 

“Sukan flag football ini baru masuk sahaja masuk ke Malaysia. Rania pun mula sertai pada tahun lalu. Macam yang Rania jelaskan awal-awal tadi, ayah adalah jurulatih bola sepak. Sebab itu, Rania sejak kecil sudah bersukan, iaitu bermain bola sepak.

“Rania tidak boleh berpisah dengan sukan yang satu ini kerana ia bagaikan sudah sebati dengan diri. Flag ball menarik minat Rania kerana ia memerlukan tahap kecergasan yang tinggi, lasak dan perlukan keberanian untuk merebut bola dengan lawan. Mungkin ada yang berpendapat sukan ini tidak sesuai dengan golongan perempuan atau wanita, tetapi Rania tidak bersetuju. Tidak salah mencabar diri dengan sesuatu yang di luar kebiasaan bukan,” ujarnya dengan penuh  teruja. 

Berada Di Hadapan Kamera, Berpanas Di Tengah Padang

Sebagai orang yang berada di hadapan kamera, saya tertanya-tanya tidakkah Rania bimbang sukan yang diceburinya boleh mendatangkan cacat-cela di wajah atau lebih teruk lagi mengundang kecederaan serius di mana-mana anggota badan. 

“Memang ada yang bertanya tentang perkara ini kerana mereka berpendapat, untuk berada di hadapan kamera, Rania perlu tampil cantik. Pendapat ini ada benarnya, dan Rania tahu sukan ini ada risiko kecederaan.

“Tetapi kalau difikirkan, ada banyak lagi perkara lain yang boleh mendatangkan kecelakaan. Tentang menjaga penampilan di hadapan kamera, Rania amalkan rutin penjagaan kulit yang mesti dilakukan. Walaupun rasa penat melampau, Rania tidak akan ambil mudah. Paling penting kena pakai sunscreen sentiasa. Nasib baiklah tak punya masalah kulit yang serius,” katanya.

Mengulas tentang perwatakannya yang tomboy, Rania menjelaskan dia tidak kisah dengan pandangan sesetengah orang yang menganggap dia seorang yang kasar. Baginya, cantik dan lasak bukanlah kombinasi yang pelik. Kalau pun begitu, dia masih tidak kisah kerana dia ingin menjadi diri sendiri. 

Sukan Atau Karier Seni Jadi Keutamaan? 

Melihat kepada rutin hariannya, Rania tidak menafikan buat masa ini dia lebih banyak memberi ruang kepada sukan flag ball berbanding aktiviti lakonan. Namun, itu tidaklah bermakna dia mengabaikan bidang yang turut menjanjikan peluang yang cerah untuknya pergi lebih jauh. 

“Memang agak susah sebenarnya untuk beri tumpuan kepada kedua-dua bidang. Namun, Rania cuba lakukan yang terbaik. Sekarang  memang fokus pada sukan. Bagi Rania pada usia 24 tahun ini, Rania perlu rebut peluang bersukan yang ada. Ini kerana faktor usia main peranan kerana apabila usia semakin meningkat, susah dapat peluang. Energi pun pasti berkurangan. 

“Rania akan terima tawaran berlakon atau mengacara sesuai dengan masa latihan sukan. Susah dan korbankan salah satu. Kalau ada tawaran untuk telemovie, Rania akan terima. Kalau yang tempoh penggambaran terlalu panjang, Rania terpaksa tolak,” ujarnya, positif. 

Sebelum menutup bicara, saya sempat bertanya tentang kehidupan peribadinya. Maklumlah selepas pernah digosipkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Aiman Tino, tidak pernah lagi kedengaran kisah cintanya. 

“Kisah cinta saya dengan Aiman Tino itu sebenarnya hanyalah gosip semata-mata. Kami sekadar kawan rapat sahaja. Emak kami juga berkawan, jadi persahabatan kami lebih erat. Buat masa ini Rania belum punya sesiapa yang boleh dipanggil teman lelaki. Belum jumpa orang yang pemikirannya sama dan lasak bersukan macam Rania. Rasanya, tidak ramai lelaki yang memahami dan boleh menerima teman wanita seperti Rania,” katanya, mengakhiri perbualan. - Getaran, 30 September 2023

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Tunku Rania @affierania

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Teks : Rahayu Mat Nah

Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini

Jurusolek & Rambut:  Wirakastrya @wirakastrya

Jurufoto : Nooreeza Hashim

Tajaan Busana : Holy Number 7, M Store Lab & Axel Arigato M Store Lab

Tajaan lokasi : M Resort & Hotel, Kuala Lumpur @mresortandhotelk



 

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman