web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Super Sunday Masih Menyengat, Tawar 27 Koleksi Pakaian The Runway

KLFW 2023 baru-baru ini mempersembahkan rekaan pakaiannya yang terbaharu dengan bilangan koleksi 27 persalinan dari Super Sunday

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Julung kali penulis menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) ialah pada tahun lepas dan itu adalah kali pertama penulis menyaksikan jenama Super Sunday. 

Jenama ini membuatkan penulis kagum akan kehebatannya menembusi pasaran fesyen dengan membawa konsep streetwear.

Antara koleksi 27 persalinan yang dinamakan The Runway
Antara koleksi 27 persalinan yang dinamakan The Runway

Jenama yang dimiliki oleh anak tempatan ini telah berkembang besar dan sekali lagi menampilkan persembahan memukau menerusi 27 rekaan baharu  yang dinamakan The Runway semasa KLFW 2023 baru-baru ini.

Pada masa sama, Super Sunday telah mengambil kesempatan semasa acara tersebut berlangsung untuk memperkenalkan Pengarah Kreatif Bersama yang baharu sahaja dilantik iaitu Raffiq Corbin. 

Dia bersama pengasas jenama ini, Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Bob telah bekerja keras untuk mengilhamkan serta menghasilkan koleksi tersebut. 

Pengarah Kreatif Bersama Super Sunday, Raffiq Corbin
Pengarah Kreatif Bersama Super Sunday, Raffiq Corbin

Berusia 28 tahun, Raffiq yang juga seorang rapper dan penari hip hop telah bekerja dengan jenama ini sejak Mac 2020, dan amat mengambil berat tentang perkembangan industri fesyen di Malaysia serta di luar negara. 

Koleksi The Runway adalah bukti minatnya terhadap budaya seni jalanan yang menjadi inspirasi untuk beliau mempelbagaikan bentuk dan perubahan industri fesyen dunia. 

“Pada pendapat saya, fesyen yang tidak dapat mengisi kehendak umum terutamanya di jalanan, mungkin tidak dapat memberikan emosi yang sepatutnya. Cara kita berpakaian merupakan satu cara berhubung dan berkomunikasi. Setiap kali kami lihat sesiapa saja menyarung helaian Super Sunday di Malaysia dan di negara lain, ia begitu membanggakan,” katanya.

Koleksi The Runway mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan
Koleksi The Runway mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan

Koleksi The Runway itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan, dan berhasil membuatkan penonton terpukau melihat rekaan yang diperagakan.

Koleksi ini menyaksikan kolaborasi pintar yang tidak asing lagi iaitu dua jenama yang sudah pasti bersama dengan mereka, jenama pakaian lelaki, Meg KL dan jenama dari kelompok e-sports MPL atau Mobile Legends. 

 Antara persalinan kasual yang diolah menjadi lebih profesional
Antara persalinan kasual yang diolah menjadi lebih profesional

Bercerita tentang koleksi The Runway, Raffiq memaklumkan, dia bereksperimen dengan rekaan fesyen jalanan yang seringkali dilihat. 

Terdapat persalinan yang lebih ‘fitted’ dan dia juga mengolah pakaian kasual untuk digayakan pada waktu formal. Dari segi warna serta inovasi produk,  terdapat juga beberapa kelainan seperti penggunaan aksesori pertahanan diri.

Super Sunday sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platform digital sama ada mainstream atau alternatif
Super Sunday sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platform digital sama ada mainstream atau alternatif

Rafik memberitahu, koleksi ini sudah boleh dibeli bertepatan dengan konsep ‘dari pentas peragaan terus ke jalanan’. Selain itu, Super Sunday juga sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platform digital sama ada mainstream atau alternatif. 

Ini amat penting untuk memastikan jenama ini kekal relevan dan terus menghasilkan koleksi-koleksi hebat di masa akan datang. 

Untuk penggemar streetwear, apa kata anda mula menabung dan membeli sekurang-kurangnya sepersalinan jenama Super Sunday.

Percayalah, pembelian ini pasti akan berbaloi kerana rekaan dan kualiti yang ditampilkan amat memuaskan hati. - Getaran, 16 September 2023

Gambar: JCPR

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini