web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haram Mewarnakan Anak Ayam Sebagai Tarikan Perniagaan 

Mewarnakan anak ayam sebagai teknik pemasaran bagi menarik perhatian pengunjung adalah salah di sisi Islam

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 2:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda melihat anak ayam berwarna-warni dijual di acara pertanian dan penternakan? Bukan hanya di acara seumpama itu, anak ayam jenis ini turut dijual di kedai haiwan peliharaan, bertujuan menarik perhatian pelanggan.

Hakikatnya warna tersebut tidak akan kekal lama, kerana ia akan berubah kepada asal sebaik anak ayam tadi mulai membesar.

Persoalannya, apakah cara ini dibenarkan oleh agama?

Jawapannya tidak! 

Jika perbuatan ini berlandaskan perniagaan atau mengikut kehendak diri untuk melakukan apa yang disukai oleh mereka, hukumnya haram. Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini salah dan merupakan satu bentuk kezaliman terhadap binatang.

Anak ayam yang berwarna-warni ini banyak dijual di kedai haiwan 
Anak ayam yang berwarna-warni ini banyak dijual di kedai haiwan 

Walaupun haiwan itu disembur dengan warna yang menarik seperti biru, merah dan sebagainya, ia adalah satu bentuk penganiayaan terhadap makhluk ciptaan Allah. Ini kerana cat atau cecair pewarna itu mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan anak ayam ini sakit, dan seterusnya membawa kepada kematian.

Islam itu sendiri menuntut umatnya agar memiliki belas ihsan dan sentiasa berbuat baik terhadap haiwan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A.

Katanya, Rasulullah SAW bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.”

Riwayat Muslim (1955)

Beberapa dalil turut melarang sebarang bentuk kezaliman terhadap haiwan. Antara kisah yang terkenal diceritakan adalah tentang seorang perempuan yang diazab kerana mengurung kucing miliknya sehingga ia mati kelaparan.

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

Maksudnya: “Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”

Riwayat al-Bukhari (2365)

Anak ayam yang diasingkan mengikut warna.
Anak ayam yang diasingkan mengikut warna.

Oleh itu, kepada peniaga yang menjual haiwan hidup, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak berfaedah ini hanya untuk menarik perhatian pelanggan.

Isu ini turut berkait rapat dengan kejujuran seseorang itu ketika berniaga. 

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid. 

[Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Maka, walaupun cantik berwarna  dan kelihatan comel, elakkan daripada mewarna anak ayam berkenaan kerana ia adalah satu bentuk kezaliman. - Getaran, 16 September 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini